Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2007

Gambar tahun 60an

Gambar adalah sebahagian daripada sejarah yang      tidak dapat dibohongi kebenarannya.Tidak percaya coba anda lihat dan tenong    betul-betul gambar                anda yang terdapat dalam album gambar anda itu.  Sudah pasti gambar  yang ada ambil pada       zaman                                                              dahulu dengan gambar      yang   anda    ambil                                    sekarang jauh bezanya.      Itulah namanya perubahan.                  Hakikat    perubahan yang  dilalui oleh makhluk yang  bergelar manusia yang tidak dapat lari dari  menerima    perubahan.                                    Yang tidak  berubah dan yang kekal abadi buat selama-lamanya hanyalah Allah swt.            sahaja. Semua makhluk  akan binasa akhirnya .Mungkin terdetik dalam     hati anda    dan             coba memasang angan-angan kalaulah zaman muda itu boleh di kembalikan semula banyak lagi perkara yang boleh aku lakukan.                       Itu hanyalah angan-angan dan        masa yang berlalu  itu tidak akan dapat ambil semula.      Maka nya wajarlah apabila kita melihat gambar pada masa         yang silam      hendaknya  menimbulkan              keinsafan dan di jadikan iktibar bahawasanya masa    itu  adalah sebahagian daripada kehidupan kita.    Biarpun masa yang silam itu telah berlalu   namun kita boleh lagi menyemai benih kebaikan                         walaupun sesa’at seblom kiamat berlaku.      Lantaran itu masa lapang dan masa sihat                        jangan disia-siakan. Manfa’atkan lah ianya untuk   berbakti kepada agama. Kata Ibn Umar ra”                                    Apabila engaku berada   diwaktu    petang  maka                            janganlah menunggu sampai waktu pagi.       Ayuh!!! mari kita maju   kehadapan untuk menegakkan                                           ADDIN dan Daulah supaya ia menjadi kenyataan     di                  persada bumi Allah ini sebagai amal salih kita. Berjihadlah!                     Allah  tetap   bersama-sama                                               dengan  para   mujahidin fi sabilillah. Allah Akbar!!!

 

Advertisements

Read Full Post »

Seorang mukmin  bagaikan  cermin

Sabda  Rasulullah saw yang bermaksud “ Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain”(HR:At-Thabbrani dari Anas ra.). Dari  sabda Rasulullah saw itu dapat disimpulkan beberapa hikmah darinya:

1.Seorang mukmin hendaknya menjadi teladan kebaikan bagi mukmin yang lain. Orang lain akan melihat dan memperhatikannya serta meniru sifat, perkataan dan perbuatannya. Oleh kerana itu  dia hendaklah senantiasa menjaga setiap perkataan dan perbuatannya dan memperbaiki sifat-sifat keperibadiannya. Jangan sampai dia menjadi teladan keburukan bagi orang lain kerana keburukan sifat dan prilakunya serta kecelaan sikap dan tutur katanya.

2. Seorang mukmin memiliki tanggungjawab soasial untuk memperbaiki masyarakatnya. Dia hendaklah selalu mendatangkan perubahan yang baik bagi mereka. Bertekad menularkan semua kebaikan dirinya agar menjadi sifat dan karakter masyatakatnya. Sehingga menjadi masyarakat yang bermartabat dan penuh wibawa serta dihormati oleh masyarakat lain, persis seperti cermin yang selalu membawa perubahan, siapa pun yang berdiri di hadapaannya, mendorongnya untuk merapikan apa yang masih tak kemas, membersihkan kekotoran yang melekat di badan dan pakaiannya, dan menyedarkan bahawa dirinya memiliki kelebihan yang mungkin tidak terlihat oleh orang lain sehingga tetap percaya diri dengan segenap kelebihan dan kekurangan yang dimilikinya.

3. Menyedari bahawa dia boleh mempengaruhi dan dipengaruhi oleh orang lain. Dia selalu waspada untuk menjaga tutur kata dan perilakunya agar tidak memberikan pengaruh yang buruk kepada orang lain. Senantiasa menjaga pergaulan dan berhati-hati terhadap orang yang akan dijadikan sebagai kawan yang edkat sahabat karibnya, kerana keburukan kawan dan sahabat akan memberikan pengaruh buruk bagi idirnya. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya” Seseorang akan mengikuti sahabat akrabnya, maka he4ndaknya nsalah seorang di antara kamu enantiasa memperhatikan siapakah orang yang akan dijadikan sebagai sahabat akrabnya”.(HR:Abu Daud)

Rahsia disebalik perkataan cermin

Kualiti yang terbaik

1. Kaca termasuk barang yang dibuat dari pasir dari jenis yang terbaik apabnila dibandingkan dengan barang-barang lain yang diperbuat dari dari  pasir  seperti ceramic dan perkakas lainnya. Terutama untuk membuat kaca cermin diperlukan pasir yang terbaik dari yang terbaik. Apabila kualiti kurang baik, kaca yang dihasilkan tidak boleh digunakan untuk bercermin kerana tidak boleh menghasilkan pantulan yang sempurna sehingga gambar yang ditampilan tidak terlihat sebagaimana wajah aslinya. Seorang mukmin handanya menyedari bahawa dia adalah makhluk yang mulia dan termasuk maknusia pilihan kerana Allah telah memilihnya di antara jutaan manusia untuk menerima anugerah terbesar dari Allah iaitu anugerah iman dan Islam. Kesadaran ini akan malahirkan sikap izah,bangga, sebagai seorang mukmin, sikap waspada dan berhati-hati untuk menjaga tutur kata dan perilakunya agar tidak sampai menurunkannya dari kemuliaan yang telah dianugerahkan kepadanya. Kesedaran ini juga akan akan melahirkan tindakan-tindakan konkrit untuk terus menerus melakukan perbaikan diri sehingga boleh mempertahankan kedudukannya bahkan semakin meningkatkan derajatnya di sisi Allah maupun di sisi manusia.

 Bermanfaat untuk semua orang

 2. Kebiasaannya cermin boleh didapati di setiap rumah,hotel,kedai dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan cermin termasuk barang  keperluan untuk memperbaiki penampilan seseorang samada dia orang kaya atau sebaliknya. Begitulah hendaknya seorang mukmin hendaklah menjadi orang yang diperlukan oleh semua orang dan memberikan kemanfaatan kepada semua orang tanpa membezakan status kedudukan mereka kerana sebaik-baik manusia adalah orang yang yang paling banyak memberi kemanfaatan kepada orang lain.

Menasihati dengan bijak

3.Setiap orang yang bercermin pasti akan mengikuti apa yang menjadi nasihat sang cermin dan dengan segera melakukan apa yang dinasihati oleh cermin dan melakukan dengan segera apa yang menjadi arahannya. Apabila dia melihat dirinya dicermin kurang rapi atau ada kotoran di badan dan pakaiannya atau rambutnya dia akan segera merapikan, membersihkan kotoran dan menyisir rambutnya dengan segera dan sama sekali tidak tersinggung serta marah kepada cermin yang menunjukkan kekurang-kekurangannya. Oleh kerana itu, setiap mukmin hendaknya meneladani sang cermin dalam memberikan nasihat dan arahan-arahan kepada orang lain. Dia hendaklah memperhatikan adab-adab dalam memberi nasihat, jangan memberi dengan kata-kata kasar dan dengan niat memburok-burok orang yang dinasihati kerana dia akan tersinggung dan menyebabkan dia akan menolak nasihat tersebut bahkan akan berlaku kasar terhadapnya kerana dia telah menanggap harga dirinya telah dinodai.

Menjaga rahsia.

4. Cermin tidak pernah membuka rahsia siapa pun orang yang pernah berdiri di depannya. Dia tidakj pernah mengatakan kepada orang yang bercermin, “ Aoakah engkau kenal dengan si fulan bin si fulan tadi dan sesungguhnya saya merasa muak dengan penampilannya, saya mau muntah mencium bau badannya”. Begitu jugalah hendaknya seorang mukmin, dia hendaklah menjaga rahsia saudaranya dan menutup aibnya kerana dia menyedari sabda Rasulullah saw yang bermaksud” Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat”. (HR:Muslim)

Kejujuran

5. Cermin tidak pernah berbohong kepada orang yang berdiri di hadapannya, kalau orang yang berdiri dihadapannya itu berketampilan rapi maka ia akan memunculkan bayangan yang rapi. Demikian juga sebaliknya. Demikian jugalah hendaknya seorang mukmin akan senantiasa berkata jujur kepada siapa pun dan berada di mana pun, kecuali ketika berada di medan perang atau berbohong  untuk mendamaikan dua pihak yang berseteru.

Memerlukan orang lain untuk menjaga dan membersihkannya.

6. Betapapun cermin memiliki berbagai- bagai sifat kebaikan, namun ia juga memiliki kekurangan. Ia akan pecah kalau tidak dijaga dan dilindungi. Ia akan kotor berdebu kalau tidak dibersihkan secara rutin oleh orang yang memakainya. Jadi sehebat mana sekalipun seorang mukmin masih memerlukan nasihat dan sumbangan pemikiran dari orang lain. Dia memerlukan perlindungan diri dari godaan syaitan dan manusia dengan hidup di tengah lingkungan yang baik dan di antara orang-orang salihin. Kisah seorang ahli ibadah yang akhirnya mengalami su’ul khatimah dengan bersujud kepada syaitan untuk mendapat perlindungan darinya setelah melakukan perzinahan dan pembunuhan terhadap seorang gadis kiranya menjadi pelajaran yang penting bagi seorang mukmin untuk tidak hidup berjemaah kerana salah satu faktor yang menyebabkan dia tergelincir jauh adalah apabila dia hidup menyendiri dan tidak berada bersama-sama dengan orang-orang salihiin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “ Hendaknya kamu senantiasa komitmen terhadap jemaah kerana syaitan akan bersama orang-orang yang bersendirian dan di dua orang dia akan lebih jauh.” (HR.Ahmad)

Bahan dari sumber syarah aahadis alarbain at-tarbawiah

Oleh Fakhuddin Nursyam

   

Read Full Post »

Jalan Dakwah

Berbagai-bagai cara dan wasilah untuk berdakwah, asalkan tidak bertentangan dgn prinsip Islam. Di antaranya melalui lagu/nasyid dan sebagainya. Jom kita dengan VCD “Jalan Dakwah” yang berikut:

Read Full Post »

Menurut pendapat ustaz Jalal Al-‘Alim ada 9 cara yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk membenteras Islam dan umatnya. Kerja-kerja jahat mereka itu didasarkan kepada pelan-pelan berikut: .1. Menghapuskan sistem pemerintahan Islam             2. Menghapuskan al-Quran  kerana mereka menganggap al-Quran sebagai sumber kepada kekuatan Islam. Selagi mana al-Quran masih berada dan hidup di kalangan orang-orang Islam, maka ianya akan membawa kembali semula kepada kekuatan dan tamadunnya.            3. Merosakkan akhlak umat Islam, minda dan hubungan mereka dengan Allah dan memberi peluang kepada hawa nafsu.             4. Menghancurkan perpaduan umat Islam.              5.Memencilkan orang Islam dari menghasilkan sesuatu dari industri pembuatan mereka dan harus diusahakan supaya umat Islam menjadi pengguna barang-barang barat.              6. Merosakkan wanita-wanita Islam dan menggalakkan perlakuan sumbang di kalangan mereka. 

. 

Read Full Post »

Wasiat Hasan Al-Banna

Wasiat Hasan Al-Banna

Oleh:Abbas As-Siisiy

Sauadaraku,

Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak serorang muslim. Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenemona kerusakaan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. Allah swt berfirman “ Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang yang tertindas di bumi(mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi(bumi), dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir’aun dan Haman serta tenteranya apa yang selalu mereka khuwatirkan dari mereka itu” (al-Qasasa:5-6)

Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita peristiwa-peristiwa yang mengejutkan dan memberikan peluang kepada kita untuk berbuat sesuatu. Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah, kemenangan, dan kedamaian, yang dapat meneymbuhkan umat dari rasa sakit yang tengah dideritainya. Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia, kerana bumi tetap akan berputar dan kejayaan itu akan kembali kepada kita. Hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.

Bersiap dan berbuatlah, jangan menunggu datangnya esok hari, kerana boleh jadi engkau tidak mungkin berbuat apa-apa pada hari esok.

Kita memang harus menunggu putaran waktu itu, tetapi kita tidak boleh berhenti. Kita harus terus berbuat dan terus melangkah, kerana kita memang tidak mengenal kata”Berhenti” dalam berjihad. Allah swt berfirman “: Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keridhaankami, sungguh akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami” (al-Angkabut:69). Hanya Allahlah zat yang Maha Agong Baginya segala puji.

Read Full Post »

  

Kikis sikap fanatik pemikiran

Oleh: Dr Asyraf Wajdi

Antara kelemahan yang paling mengkhuatirkan sedang melanda umat Islam ketika ini ialah perpecahan yang diakibatkan oleh kepelbagaian aliran pemikiran. Walaupun Islam tidak pernah menolak hakikat kerencaman pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan tajam sehingga menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan matlamat ditentang sama sekali.

Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat terkait dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli pemikiran dan tiada kesediaan untuk menghormati pandangan orang lain. Penyakit yang disebut juga sebagai ‘al-`ijab bi al-ra’yi’ atau penyakit mengkagumi pendapat sendiri ini bagaikan wabak merbahaya yang sedang menjalar dalam urat saraf umat sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam terdahulu.

Para imam mazhab umpamanya turut berselisih pendapat dalam pelbagai persoalan semasa namun mereka tidak pernah mendabik dada sebagai pemonopoli kebenaran. Sebaliknya berpendirian: “Pendapatku betul tetapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah tetapi mungkin juga betul”.

Ungkapan seperti ini adalah manifestasi adab dan etika dalam perbezaan pendapat yang telah diwarisi sejak zaman para sahabat lagi. Sebab itulah jika disingkap tabir sejarah, kita akan dapati bagaimana para sahabat turut berselisih dalam banyak perkara cabang namun tidak pernah melunturkan iman apa lagi melemahkan mereka walau sedikitpun. Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz juga tidak pernah mengimpikan supaya para sahabat tidak berselisih faham sama sekali. Ini kerana baginya, perselisihan faham akan membuka pintu keluasan, keanjalan dan kemudahan kepada umat yang mempunyai tabiat dan keperluan yang berbeza (Al-Qaradawi, Fatawa Mu’asarah).

Pelbagai bukti sejarah mengenai perselisihan di kalangan sahabat dapat disaksikan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi seperti perselisihan mereka mengenai arahan Nabi berkenaan sembahyang Asar sewaktu pergi ke Bani Quraizah. Ini adalah peristiwa terkenal yang mengungkapkan hakikat perselisihan tetapi Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak mencela kedua-dua kumpulan yang berselisih faham itu.Perselisihan tidak hanya berlaku di zaman Rasulullah sahaja, namun seawal kewafatan baginda, para sahabat sekali lagi berselisih mengenai tempat sewajarnya di mana Rasulullah s.a.w. patut dimakamkan. Ada yang berpendapat baginda wajar dikebumikan bersama sahabat-sahabatnya, manakala sebahagian yang lain berpendapat agar dipusarakan jasad Nabi s.a.w. di dalam masjid. Namun setelah dirujuk kepada sebuah hadis Nabi s.a.w. yang disampaikan oleh Abu Bakar: “Tidaklah diwafatkan seorang Nabi melainkan ia dikebumikan di tempat ia diwafatkan itu”, para sahabat terus mengangkat tikar tempat Rasulullah diwafatkan dan digalikan pusara untuknya.

Banyak lagi contoh-contoh lain perbezaan dan perselisihan pendapat yang berlaku dikalangan sahabat seperti persoalan politik, pemilihan Khalifah, isu memerangi golongan yang enggan membayar zakat dan pelbagai perselisihan dalam masalah fekah yang kesemuanya ditangani tanpa mengikut hawa nafsu dan emosi melulu. Begitulah tingginya adab dan etika perbezaan pendapat yang didokongi para sahabat Nabi s.a.w. yang kemudiannya diwariskan kepada generasi selepasnya, sehinggalah umat dihinggapi penyakit baru yang cepat membarah, sekaligus meranapkan akal budi dan peribadi umat. Gara-gara penyakit inilah maka kita menyaksikan suasana umat yang amat menyayat hati dan meruntun emosi. Gamatnya pertelagahan di kalangan pendokong-pendokong wadah Islam sehingga mengakibatkan terabainya tanggungjawab utama menyelesaikan pelbagai masalah umat yang melanda kini. Sebaliknya seluruh tenaga dihabiskan dan tertumpu kepada polemik, “politiking”, adu-domba dan perlumbaan menambah bilangan penyokong pendapat masing-masing.Justeru, dalam upaya mengembalikan sinar kegemilangan Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan ke atas setiap umat Islam. Umat seharusnya kembali menjiwai budaya dan prinsip penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi awal Islam terutamanya dalam menangani fenomena perbezaan pendapat. Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri, berlapang dada, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mungkin jalan keluar dari belitan konflik kefanatikan pemikiran yang melanda kini terumus dalam ungkapan keramat tokoh reformis Islam, Jamaluddin al-Afghani: Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berkompromi dalam hal-hal yang diperselisihkan.

Sesungguhnya kepelbagaian pendapat sebenarnya mampu memperkaya khazanah pemikiran Islam andainya kita bersedia menghadapinya secara dewasa. Tetapi andainya kita menanganinya dengan sikap keanak-anakan, menganggap mereka yang tidak sealiran sebagai musuh, maka perbezaan pendapat pasti menjadi bahan bakar penyemarak api persengketaan yang membinasakan.Para imam mazhab umpamanya turut berselisih pendapat dalam pelbagai persoalan semasa namun mereka tidak pernah mendabik dada sebagai pemonopoli kebenaran. Sebaliknya berpendirian: “Pendapatku betul tetapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah tetapi mungkin juga betul”. Ungkapan seperti ini adalah manifestasi adab dan etika dalam perbezaan pendapat yang telah diwarisi sejak zaman para sahabat lagi. Sebab itulah jika disingkap tabir sejarah, kita akan dapati bagaimana para sahabat turut berselisih dalam banyak perkara cabang namun tidak pernah melunturkan iman apa lagi melemahkan mereka walau sedikitpun. Diriwayatkan bahawa Khalifah Umar Abdul Aziz juga tidak pernah mengimpikan supaya para sahabat tidak berselisih faham sama sekali. Ini kerana baginya, perselisihan faham akan membuka pintu keluasan, keanjalan dan kemudahan kepada umat yang mempunyai tabiat dan keperluan yang berbeza (Al-Qaradawi, Fatawa Mu’asarah).

Pelbagai bukti sejarah mengenai perselisihan di kalangan sahabat dapat disaksikan sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi seperti perselisihan mereka mengenai arahan Nabi berkenaan sembahyang Asar sewaktu pergi ke Bani Quraizah. Ini adalah peristiwa terkenal yang mengungkapkan hakikat perselisihan tetapi Rasulullah s.a.w. sedikitpun tidak mencela kedua-dua kumpulan yang berselisih faham itu.

Justeru, dalam upaya mengembalikan sinar kegemilangan Islam yang semakin pudar, usaha penjernihan sikap dan pemikiran harus segera dilakukan ke atas setiap umat Islam. Umat seharusnya kembali menjiwai budaya dan prinsip penting yang mendasari sikap dan perwatakan generasi awal Islam terutamanya dalam menangani fenomena perbezaan pendapat.

Prinsip-prinsip tersebut termasuklah sikap keterbukaan kepada pandangan berbeza, tidak taksub atau fanatik kepada pandangan sendiri, berlapang dada, saling hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mungkin jalan keluar dari belitan konflik kefanatikan pemikiran yang melanda kini terumus dalam ungkapan keramat tokoh reformis Islam, Jamaluddin al-Afghani: Bekerjasamalah dalam hal-hal yang disepakati dan berkompromi dalam hal-hal yang diperselisihkan.

Read Full Post »

Wawancara bersama Dr. Said Ramadahn al-Bothy

Pada 19 hb November 2006, satu rombongan yang diketuai oleh Mohd. Rumaizuddin dan Khairul Arifin Mohd. Munir dari ABIM dan Syamsul Anuar Hj. Nasarah, presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan lawatan ke Syria selama 4 hari. Dalam rangka lawatan tersebut Abim bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Maljis Belia Sabah (MBS) berpeluang mengadakan pertemuan bersama tokoh ulamak timur tengah yang terkenal abad ini dan mempunyai sumbangan yang besar dalam dunia Islam. Delegasi-delegasi daripada Malaysia ini sempat berwawancara bersama Dr. Said Ramadhan Al Bouty. Kunjungan selama hampir sejam setengah telah mencatatkan beberapa persoalan berkaitan dunia Islam masa kini dan cabaran berkaitan gerakan dakwah. Penulis sempat mencatatkan beberapa wawancara wakil MBM, ABIM bersama beliau sebagaimana berikut:
MBM
– Apakah pendapat Dr. berkenaan dengan gerakan dakwah di Malaysia ketika kunjungan tuan ke Malaysia pada tahun-tahun yang lalu?Dr. Bouty– Ketika mana saya ke Malaysia pada dua tahun lepas, saya tidak mendapat gambaran yang jelas berkenaan dengan perkembangan dakwah di Malaysia. Saya boleh katakan ianya satu perkembangan yang bagus. Tetapi fokus terhadap usaha meyakinkan orang ramai serta menghilangkan keraguan perlu ditingkatkan agar gerak kerja dakwah menemui kejayaan. Dasar kedua yang perlu ada pada gerakan dakwah masa kini ialah tidak perlu terlalu terburu-buru atau dengan kata lain radikal dalam berdakwah kerana di sana adanya golongan yang berbagai ketika menjalankan dakwah. Ada di kalangan mereka yang boleh menerima dakwah itu secara ikhlas dan ada pula yang nampak seolah-olah baik tetapi mengambil kesempatan dalam usaha gerakan dakwah semata-mata untuk memprovokasikan dakwah di Malaysia.ABIM – Apakah pandangan tuan tentang krisis remaja yang kian parah pada masa kini, natijah daripada perkembangan teknologi yang agak pesat, juga krisis agama akibat daripada gerakan kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia?

Dr. Bouty – Saya berpandangan usaha memperkemaskan dan menggerakkan dakwah perlu diperkuatkan lagi. Nampaknya kita hari ini sekadar menjalankan dakwah lebih bersifat seperti seminar-seminar, forum, muktamar dan sebagainya. Bagi saya ianya baik sebagai pendedahan ilmu terhadap masyarakat. Namun ianya terhenti sekadar di meja-meja rundingan tanpa menampakkan satu hasil yang jelas. Apa yang lebih penting sekarang usaha dakwah perlu dipertingkatkan dari segenap sudut, tidak sekadar di meja rundingan tetapi lebih kepada bentuk hebahan melalui media dan bersemuka dengan masyarakat melalui pengajian umum di masjid-masjid secara aktif. Secara tidak langsung, masjid boleh diimarahkan sebagai satu pusat gerakan ummah dan menarik minat masyarakat Islam kembali menghayati Islam.

MBM – Dr. ada menyentuh tentang sifat tergesa-gesa dan jangan terlalu radikal. Pada pandangan Dr., apakah cara yang paling berkesan untuk memperkenalkan Hudud dan melaksanakannya dalam sesebuah masyarakat?

Dr. Bouty – Ketika mana anda hendak menetapkan sesuatu undang-undang Islam dan hukum-hukum tertentu, ianya perlu dilihat dalam skop yang lebih luas. Kita perlu menilai siapa golongan yang bakal kita berhadapan ketika perlaksanaan ini diwujudkan. Di sana akan ada golongan yang menentang dan ada golongan yang boleh menerima dengan baik. Sepertimana kunjungan saya yang lalu ke Malaysia, saya dapati ada di kalangan mereka yang menerima hukum-hukum ini dan ada di kalangan mereka yang menolak. Begitu juga dengan idea perlaksanaan ekonomi Islam di Negara-negara Islam. Ada di kalangan mereka yang mahu dan ada yang tidak mahu. Kenapa kita tidak boleh tergesa-gesa melaksanakannya? Kerana kita perlu mengkaji dengan lebih mendalam apakah kesan perlaksanaan hukuman itu dengan cara tersebut. Ini secara tidak langsung kepincangan dan fitnah terhadap Islam dapat dikikis. Saya mengambil contoh sebagaimana perlaksanaan undang-undang ini mahu diadakan satu ketika dahulu di Jordan. Akhirnya ia tidak berjaya kerana tidak boleh diterima oleh semua masyarakat setempat pada masa itu. Begitu juga hal yang berlaku di Libya, Muammar Ghadafy dengan semangat mahu melaksanakan rang undang-undang Islam di Libya tetapi akhirnya wujud satu konspirasi menjatuhkan dan menggagalkan undang-undang ini. Resolusi akhir yang diambil oleh kerajaan Libya pada masa itu ialah mengadakan muktamar dan mencadangkan agar perlaksanaan hukum Islam ini ditangguh dan tidak dilaksanakan. Kita tidak perlu terlalu tergesa-gesa hingga segala perancangan memakan diri sendiri. Perkara ini ibarat bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa. Saya amat meyokong perlaksanaan undang-undang ini, tetapi mestilah dengan penuh strategi dan berhati-hati.

ABIM – Pada pandangan Dr., bagaimanakah cara kita berhadapan dengan jenayah murtad?

Dr. Bouty – Jumhur ulamak sepakat mengatakan bahawa hukuman kepada pesalah murtad ini adalah hukuman bunuh. Namun, sebelum pesalah itu dihukum, ia mesti melalui beberapa proses terlebih dahulu. Mahkamah syariah hendaklah memanggil pesalah murtad ini dan bertanya apakah punca yang menyebabkan orang ini keluar daripada Islam. Jika disebabkan kekeliruan, maka mahkamah perlu menghilangkan kekeliruan tersebut dengan menjelaskan perkara yang sebenar. Kemudian ia akan melalui sesi kaunseling dan nasihat agar pesalah dapat bertaubat dan kembali kepada Islam. Mahkamah boleh mengurung pesalah di suatu tempat dan memberi peluang untuk dia bertaubat kembali kepada Islam. Sampai satu tempoh yang sesuai sekiranya pesalah tidak mahu bertaubat dan kembali kepada Islam, barulah hukuman bunuh dijatuhkan. Hukuman ini dijatuhkan setelah peluang untuk bertaubat telah diberikan kepada pesalah. Ianya tidak sebagaimana tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan Islam satu agama yang zalim dan kejam kerana pesalah terus dibunuh. Islam bersifat adil dan memberi kemaafan serta peluang untuk bertaubat. Hikmahnya jika murtad dibiarkan berleluasa akan pincang masyarakat Islam. Murtad ini satu penyakit yang sekiranya dibiarkan akan menular dan berjangkit di dalam masyarakat Islam.

ABIM – Apa pendapat Dr. berkaitan demokrasi di dalam sesebuah Negara Islam seperti yang dilaungkan oleh Hizbu At-Tahrir?

Dr. Bouty – Islam boleh diamalkan tanpa melihat kepada mana-mana lafaz istilah sama ada demokrasi dan sebagainya. Suara majoriti rakyat yang digunakan dalam sistem demokrasi bukanlah penentu kebenaran. Namun kita mengambil pendekatan tersebut kerana ia boleh memberikan kebaikan. Allah s.w.t telah melantik di muka bumi seorang khalifah sebagai pemimpin sebenar di muka bumi ini. Di bawah pimpinan khalifah itu pula terdapat struktur organisasi yang membantu mengendalikan pentadbiran itu. Pada pandangan saya, kita mesti mengambil pendekatan berhati-hati terhadap setiap istilah-isilah seperti ini. Ia boleh dikira sebagai peperangan istilah. Di dalam peperangan ini kita harus lihat apakah konsep sebenar istilah ini dan apakah isi kandungannya. Boleh jadi demokrasi yang diperjuangkan ini sebagai salah satu provokasi yang dibuat oleh Hizbut Tahrir untuk menghebahkan suara dan idea mereka.
Kita juga harus ingat, Barat dengan perancangannya yang licik telah memberi bantuan dalam bentuk material kepada pertubuhan-pertubuhan yang menggunakan nama dakwah yang zahirnya bergerak dengan cara yang radikal. Pertubuhan-pertubuhan ini amat terkenal diseluruh dunia dan kebanyakkan umat Islam tertipu dengan nada dan lenggok gerakan mereka.

MBM – Apakah pendapat Dr. mengenai perlaksanaan hukum (hudud) di semua peringkat masyarakat dan apakah pendapat tuan mengenai konsep kebebasan beragama?

Dr. Bouty – Kebebasan beragama sangat dianjurkan di dalam sesebuah negara Islam sekiranya tidak ada gerakan missionari yang boleh merosakkan erti kebebasan ini. Sekiranya ada gerakan-gerakan seperti ini yang membuka jalan supaya orang Islam masuk ke dalam agama mereka ianya dianggap bertentangan dengan maksud sebenar kebebasan beragama. Ini kerana kita telah hidup aman tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak tetapi setelah munculnya gerakan missionari ini kebebasan beragama ini semakin terhakis. Siapakah yang mencabul hak kebebasan beragama? Mereka atau kita?
Keamanan Islam telah diancam setelah gerakan ini muncul malah memporak prandakan Islam itu sendiri. Hari ini kita boleh lihat pelbagai gerakan yang wujud dengan tujuan mengancam isu agama Islam supaya umat Islam keluar daripada Islam. Ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap tidak hormat mereka terhadap Islam. Sekiranya tiada golongan seperti ini kita tidak menghalang mereka menganuti agama mereka dan mengamalkan amalan-amalan keagamaan mereka dan kita dengan amalan agama kita sendiri.

MBM – Jika demikian, akan timbul selepas ini persoalan kita sahaja yang boleh menjalankan dakwah. Bagaimana dengan mereka adakah tidak dibenarkan sama sekali?

Dr bouty – Dalam konteks agama kita sekarang, kita punya satu tugas yang besar iaitu memberikan kefahaman Islam kepada umat Islam dan menjaga tauhid mereka daripada tergelincir. Tugas kita sekarang ialah memperbaiki umat Islam terlebih dahulu kerana umat Islam memang ramai tetapi Islam mereka hanyalah pada nama sahaja. Apabila akidah umat Islam sudah sempurna dan umat Islam sudah faham apa itu Islam dan faham apa tugas mereka sebagai umat Islam barulah kita berdakwah kepada golongan bukan Islam. Sekiranya kita masih kucar-kacir dan tidak bersatu dalam menangani konflik agama kita sendiri, ini telah membuka ruang gerakan bukan Islam mengambil kesempatan terhadap Islam. Di sana nanti akan timbul laungan Islam tidak berlaku adil terhadap orang bukan Islam. Mereka beralasan Islam tidak membuka ruang kepada mereka untuk berdakwah. Pada peringkat sekarang, kita perlu memantapkan akidah umat Islam terlebih dahulu. Apabila sudah selesai persoalan akidah, umat Islam akan menjadi contoh terbaik kepada agama-agama lain secara tidak langsung mereka akan minat, faham dan saling hormat menghormati antara agama dengan agama yang lain. Tidak timbul lagi isu kenapa umat Islam boleh berdakwah dan mereka tidak boleh.

ABIM – Bagaimana kita boleh mengeratkan gerakan-gerakan dakwah belia di antara sesama negara Islam agar ianya berjaya menarik minat golongan ini dan mengukuhkan agama kita?

Dr. Bouty – Saya berpendapat perkara ini belum sampai ke waktunya lagi. Kita perlu memberi kefahaman kepada umat Islam terlebih dahulu dan mengubah persepsi Islam daripada satu anutan yang membuta tuli kepada anutan dengan penuh kesedaran. Kita perlu memberi kesedaran dengan menyampaikan maksud agama itu berlandaskan manhaj Al Quran. Al Quran ini adalah tafsiran kehidupan yang memberi kesedaran kepada masyarakat. Di sinilah peranan kita menggunakan seluruh material yang ada seperti media elektronik dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Pendekatan yang kita gunakan ini amat berbeza dengan dakyah yang digunakan golongan bukan Islam melalui wang untuk menarik perhatian orang Islam. Sekiranya anutan membuta tuli dapat dikikis dan anutan dengan penuh kesedaran ini wujud dalam diri setiap orang Islam, maka kejahilan akan hilang.

MBM – Malaysia mempunyai 3 kaum terbesar dengan majoriti pemilikan Melayu Islam sebanyak 60% di dalam kerajaan. Konsep kerajaan Malaysia sekarang adalah secara “sharing power” iaitu perkongsian bidang kuasa. Konsep ini memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk sama-sama memerintah dan mengekalkan kuasa yang banyak pada orang Islam. Apa pandangan tuan berkenaan konsep ini menurut perspektif  Islam?

Dr. Bouty – Apa yang berlaku di Malaysia pada pandangan saya adalah baik. Konsep “sharing power” yang digunakan di Malaysia menjadi satu contoh sebagai penstrukturan organisasi kerajaan yang terbaik. Semasa saya di Malaysia, saya sempat bertemu dengan beberapa wakil kerajaan dan saya bertanyakan kepada mereka adakah mereka mempunyai apa-apa masalah dengan sistem percampuran kuasa yang diamalkan. Mereka mengatakan tidak ada apa-apa masalah di dalam pengstrukturan organisasi kerajaan walaupun bercampur bidang kuasa. Ini tidak berlaku di Lubnan. Di Lubnan, walaupun kerajaan yang dibentuk adalah melalui sistem kerajaan campuran tetapi mereka tidak boleh bersatu dan di meja-meja rundingan untuk membentuk struktur kerajaan yang baik. Sistem mereka sama seperti di Malaysia, 60% daripada mereka Muslim dan 40% daripadanya bukan muslim. Namun, kata putus untuk membentuk sebuah kerajaan yang baik dari sudut organisasi tidak berjaya. Ini memberikan peluang kepada pihak luar untuk campur tangan.

ABIM – Di Malaysia kami menghadapi berbagai ancaman aliran pemikiran yang mengelirukan. Pada pendapat Dr, bagaimana kita hendak berhadapan dengan perancangan dan ancaman ideologi yang baru seperti libralisme, pluralisme dan sebagainya ?

Saya sungguh hairan dengan kemunculan pelbagai aliran pemikiran di Malaysia sedangkan anda mempunyai kemudahan material yang tinggi dan moden untuk menangkisnya. Sungguhpun dakwah yang dijalankan seperti gerakan anda selari dengan kehendak masyarakat, namun dakwah melalui media adalah amat penting. Kemajuan dan teknologi yang anda miliki harus digunakan dengan sebijaknya. Ini untuk menyekat fahaman-fahaman yang terpesong. Kemudahan sudah pun tersedia dan anda harus mengambil peluang ini untuk memiliki stesen TV Islam khas yang menyiarkan program-program Islam dan menarik perhatian umat Islam untuk memahami isu sebenar mengenai Islam.

MBM– Dr. ada menyebutkan bahawa gerakan-gerakan dakwah yang bersifat radikal adalah ditaja oleh Barat. Aliran pemikiran ini sedang berkembang dan menular di beberapa buah negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Pada pendangan Dr., adakah perkembangan ini baik?

Dr. Bouty – Saya telah katakan potensi untuk menangani isu ini bergantung kepada anda semua. Anda mempunyai potensi yang cukup cerah untuk menangkis arus pemikiran ini melalui media sebagai pusat hebahan awam. Penggunaan media dengan sebaiknya dapat melemahkan isu ini seterusnya mengagalkan perancangan mereka. Ini kerana gerakan-gerakan yang bersifat radikal ini merupakan tempat tumbuhnya keganasan dan penyebaran fitnah terhadap dunia Islam. Perkara ini tidak dapat dibendung jika kita tidak mempunyai peranan dan kuasa media yang kuat¬¬¬¬.

MBM – Apakah pandangan Dr. berkenaan Islam Hadhari di Malaysia adakah ianya relevan sebagai satu slogan?

Dr. Bouty – Pada pandangan saya, apa sahaja perkataan yang disandarkan kepada Islam maka ianya boleh dianggap sebagai suatu kata tambahan atau sandaran (idhofah). Jika kita menggunakan kata sandaran ini sebagai platform untuk menggerakkan usaha dakwah Islam maka ianya tidak mengapa. Tetapi jika penambahan itu tidak memberikan apa-apa manfaat untuk usaha mempertingkatkan dakwah Islam, maka lebih baik kita gugurkan sahaja.

Read Full Post »

Older Posts »