Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2009

Wali sendiri sedang mengakadnikah anaknda 'Asri, tunang kpd anaknda Syifa'

Wali sendiri sedang mengakadnikah anaknda 'Asri, tunang kpd anaknda Syifa'

Di bandar-bandar besar dalam Malaysia banyak tempat-tempat yang menarik dan indah dipandang mata, persekitaran nya bersih, sesuai untuk tujuan relax dan santai bersama-sama dengan keluarga di hujung minggu tetapi dukacita, tempat tersebut nampaknya telah disalahgunakan oleh segelintir belia dan para remaja untuk temujanji dan berpoya-poya. Mereka duduk berdua-duaan macam pasangan suami isteri. Malah lebih daripada itu…… mereka sanggup melakukannya di hadapan para pengunjung tanpa segan silu, malah pengunjung pula yang tersipu-sipu mellihat olah laku mereka.

Apabila saya sebut tempat-tempat tersebut kepada beberapa orang sahabat saya, mereka semacam dah bertaubat nak pergi ke tempat tersebut lebih-lebih lagi nak bawa anak-anak dan keluarga ke sana kerana bimbang persekitaran di situ kan mempengaruhi perkembangan emosi anak-anak. Begitu juga dalam pesta hiburan dan malam-malam menyambut ketibaan awal tahun dan tengah malam menjelang Hari Kebangsaan dan yang seumpama dengannya yang ramai datang remaja Islam. Bila berakhirnya pertunjukan, mereka bukan terus balek ke rumah sebaliknya mereka meneruskan agenda mereka yang belom selesai…………… Bagitulah gambaran betapa hebatnya pengaruh hiburan dan semacam menjadi budaya hiudp remaja Islam. Di mana silapnya?……….

Itu belum lagi mereka yang cari makan di club-club malam. Saya difahamkan oleh pegawai yang bertugas mengawal keselamatan pengunjung-pengunjung di club tersebut terdapat beliawanis,remaja- Islam yang terlibat dalam kerja-kerja maksiat. Mereka, biasanya akan report duti mulai jam 11.00 malam dan bertugas sehinggalah ke dinihari.

Nak tahu, banyak tak banyak bilangan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat, coba anda pergi ke Mahkmah Syariah pada hari sebut kes, terutama selepas pesta hiburan sebelah malamnya, agak ramai bilangan mereka yang ditangkap. Setelah kertas pertuduhan dibaca kepada mereka dan setelah mereka mengaku bersalah, kaki tangan Mahkmah membaca fakta kes secara ringkas; Ada yang di tangkap ketika berada di dalam bilek hotel, ada di dirumah tumpangan, di taman bunga, di taman muzium, dan lain-lain lagi. Ketika ditangkap keadaan mereka, masya Allah, malu untuk menyebutkannya. Di anatara mereka yang ditangkap ada yang masih bujang teruna, ada yang sedang bertunang dan ada yang nak melangsung perkahwinan minggu depan dan ada yang ditangkap sudah pun bergelar bapa.

Saya tidak becadang untuk mendetailkan episod khalwat mereka. Tujuan saya hanyalah untuk menjelaskan betapa bahayanya pergaulan bebas, hukum hakam berkaitan dengan zina dan lain-lain lagi. Dalam Islam, apa- apa sahaja perbuatan yang boleh membawa dan mendurong kepada bunga-bunga perzinahan saperti duduk berdua-duan, berjalan berpasangan-pasangan samada belom bertunang atau sudah bertunang. Selain daripda itu pengedaran gambar-gambar lucah melalui cd, atau sms atau melalui internet atau filem yang menjolok mata yang di tayang di TV, dan seumpanya,semuanya mendurong kearah bunga-bunga perzinahan adalah haram hukumnya..

Firman Allah yang mafhumnya “Janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk” (al-Israk:17:32)

Dalam undang-undang Jenayah Syariah seluruh Malaysia ada peruntukan/seksyen/ fasal kesalahan khalwat,mukaddimah zina dan Zina. Tujuannya sebagai pencegahan agar remaja-remaja dan belia Islam- ini bukan beerti orang dewasa tidak terlibat dalam kes khalwat-supaya tidak berkhalwat dengan pasangan yang bukan mahram di tempat yang boleh mendatangkan syak akan berlakunya bunga-bunga perzinahan kerana selain daripada mereka berdua, orang ketiga yang akan duduk di samping merka adalah syaitan, sebagaimana sabda Rasulullah saw yang mafhumnya: “Jangan berkhalwat pasangan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, kerana orang yang ketiga Syaitan” Syaitan sebagaimana yang kita ketahui senantiasa mengoda manusia supaya melakukan perkara-perkara mungkar.

Firman Allah yang mafhumnya; “Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu, maka anggaplah ia benar-benar musuh. Sesungguhnya sekutu-sekutunya menyeru supaya mereka(dan kamu) menjadi penduduk neraka”. (S: Fatir:35:61)

Kesan daripada pergaulan bebas, akan berlakulah dating demi dating dan inilah yang dikatakan berkhalwat dan akhirnya berlakulah perbuatan zina dan seterusnya mengandung. Mula-mula ia coba hendak disembunyikan sebagaimana mereka bersembunyi ketika melakukan perbuatan zina dari halayak ramai. Minggu ke minggu bayi yang dikandung semakin membesar. Untuk menutup malu maka dikahwinkanlah pasangan tersebut. Inilah yang menjadi tajuk blog di atas; makan dahulu baru doa selamat. Dari mana punca datangnya perkataan tersebut, wallahu aklam. Ada yang kata dialog dari sebuah filem Allah Yarham P. Ramlee, sama ada perkataan tersebut sesuai dirujuk bagi kehamilan luar nikah, kemudian dikahwinkan saya kurang arif Walau pun perkahwinan tersebut telah diakadnikahkan,namun ia tidak boleh mengesahkan anak yang dalam kandungan tersebut sebagai zuriat pasangan tersebut. Status nya tetap anak haram.

Jangan disangka anak yang lahir dari perbuatan zina telah selesai masalahnya dengan perkahwinan tersebut. Masalah lain akan timbul menyusul kemudian seandainya ibubapa kepada anak zina tersebut tidak berani berterus terang kepada Penulong Pendaftar Perkahwinan/ Juru Nikah tentang status anak perempuannya waktu hendak melangsungkan perkahwinannya dengan pasangan lelakinya pada suatu hari nanti.

Saya nak ajak anda berkongsi pengalaman sedikit sebanyak dengan perkahwinan anak-anak di luar nikah.

1. Kisah pertama: Undangan jemputan perkahwinan sudah diedarkan. sehari sebelom berlangsungnya hari walimah(persandingan). Ibu bapa pengantin perempuan tergesa-gesa berjumpa dengan saya di rumah dan memaklumkan anak perempuannya itu adalah hasil dari perbuatan zina mereka berdua. Si ayah terserentak bila diberi tahu oleh keluarga yang terdekat, dia tidak boleh manjadi wali anaknya kerena anak tersebut anak dil luar nikah. Dia mendesak supaya saya dapat berhubong dengan pihak yang berkenaan supaya surat kebenaran nikah berwalikan hakim dapat dikeluarkan dan seterusnya dapat diakadnikah pada sebelah petangnya tetapi saya tidak dapat menunaikan hajatnya kerana pejabat Pendaftar Perahwinan ditutup pada hari tersebut. Lagi pun pengalaman saya aturcara/procedure untuk mendapat kebenaran kahwin berwalikan hakim memerlukan perbicaraan dalam mahkamah dengan kehadiran pemuhon sendiri untuk menjelaskan sebab-musabab dia berkahwin berwalikan hakim dan juga dengan mengemukan saksi. Saya bagitahu datanglah ke pejabat pada hari pejabat dibuka, berjumpa dengan pegawai yang berkenaan. Sehari dua selepas itu saya dimaklumkan majlis walimah diteruskan juga, begitu juga dengan majlis persandingan. Apa yang berlaku di belakang tabir sebelom hari tersebut tiada iapa yang mengetahuinya melainkan keluarga yang terdekat dan Jurunikah yang berkenaan. Apa pun kita puji keberanian ibubapa yang mengakui keterlanjuan mereka dan juga nasihat keluarga terdekat mereka. Kabarnya beberapa hari selepas hari perkahwinan mereka dengan anak menantu termasuk isterinya hadir ke Pejabat Pendaftaran Perkahiwnan,mungkin kerana urusan yang termaklum.

2. Kes yang kedua; Setelah pasangan suami isteri mempunyai beberapa orang anak. Ayah kepada anak perempuan dalam kes ini(sudah manjadi atuk kepada cucu-cucunya) baharu menyedari perkahwinan anak perempuannya tujuh tahun yang lepas tidak sah kerana dia yang menjadi walinikah anaknya, pada hal anaknya itu adalah hasil daripada perkahwinan di luar nikah. Dia menegtahui kedudukan perkara ini setelah dia mendengar ceramah agama yang disiarkan di Radio tentang zina dan hukum hakam berkaitan dengannya . Bayangkan lah bagaimana keadaan si ayah ini bila berhadapan dengan masalah ini; rasa malu kepada anak menantu pun ada dan rasa tanggungjawab agama pun ada. Kalau dibiarkan anak dan menantunya bergaul seperti suami isteri, si ayah dan ibu berasa bersalah dan akan berterusan dalam keadan berdosa.. Bagaimana nak bagi tahu menantunya? Syukur alhamdulillah dengan muka tebal dan rasa malu yang teramat sangat dan rasa keinsafan jua dia terpaksa juga memberitahu menantunya kedudukan perkara yang sebenarnya. Alhamdulillah segala-galanya diterima dengan baik oleh menantu dan anaknya . Nak kata apa! Saya teringat kata kata pegawai yang lebih senior dari saya dan sekarang dah jadi almarhum, kes mengandung luar nikah katanya perbuatan dah terlanjur. TERLANJUR HANTU?

3. Kes yang ketiga ini pula sama dengan kes yang tersebut di atas, kes anak luar nikah. Dia coba nak mengilak anaknya nikah berwalikan hakim di dalam negeri kerana malu, kalau diketahui oleh pegawai yang berkenaan, masyarakat dan kawan-kawan sepejabat dengan dia. Dia bertanya kepada saya, kalau-kalau ada jalan keluar dari masalah ini, tetapi dalam masa yang sama juga dia bercadang; perkahwinan anaknya itu di lakukan di luar negeri? Saya nasihatkan dia, bukan mudah untuk kahwin luar negeri. Kahwin luar negeri pun nak minta kebenaran dari Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai & Rujuk.

Kahwin luar negeri tanpa kebenaran, menjadi kesalahan jenayah di bawah undang-undang keluarga Islam dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-dua sekali. Perkahwinan itu pula tidak boleh didaftar kecuali setelah didaftarkan semula dengan Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai & Rujuk dan setelah dikenakan hukuman ke atas kedua-dua pasangan. Kalau tidak di daftarkan si isteri tidak boleh menuntut sebarang nafkah ke atas suaminya, sebagai seorang isteri yang telah diceraikan, sama ada nafkah iddah, nafkah anak, hak penjagaan anak,harta sepencaraian dan sebagainya. Nikah di luar negeri juga belom pasti dijamin sah dari segi syarak dan pentadbiran kerana ada di antara pembaca nikah di negeri berkenaan tidak ada surat tauliah dari Kerajaan yang bersangkutan.

Di akhir perbualan saya dengan beliau, saya nasihatkan biarlah beliau berterus terang kepada bakal menantu dan anaknya tentang duduk perkara yang sebenarnya dan mengakulah di atas keterlanjauan itu. Kemudian beliau minta diri dan saya tidak tahu apa kesudahan masalah yang di hadapinya. Demikian sebahagian dari masalah yang dihadapi oleh seorang bapa bila hendak mengkahwinkan anak yang lahir di luar nikah yang tidak tahu kesan daripada silap wali. Berikut saya cuba menjelaskan hukum hakam yang berkaitan dengan anak luar nikah.

Hukum anak di luar nikah

Sebelum saya menjelaskan hukumnya, maka ibu bapa yang mendapati anaknya telah melakukan zina perlulah bertenang, beristighfar, jangan coba membunag bayi dalam kandongan anaknya dan membuang anak/menghalaunya dari rumah, bukan sahaja ianya menyalahi undang-undang dunia, malah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak mengakuinya lagi sebagai anak dan sebaginya. Tindakan tersebut itu tidak menyelesaikan masalah, malah lebih merumitkan lagi masalah. Yang penting masing-masing perlu bermuhasabah dan merenong ke dalam diri; mana tahu, mungkin ibu bapa juga turut menyumbang berlakunya peristewa hitam dalam sejarah hidup berkeluarga dan coba memperbetulkannya demi kebaikan Islam dan kesejahteraan masyarakat umumnya.

Jangan dibuang bayi yang tidak berdosa

Jangan dibuang bayi yang tidak berdosa

Kita biasa mendengar perkataan anak luar nikah, anak tak sah taraf dan anak zina semuanya merujuk kepada anak yang lahir dari perstubuhan yang haram tanpa melalui perkahwinan yang sah dan anak itu pula lahir kurang daripada enam bulan dari masa akadnikah mengikut pendapat jamhur ulamak. Jika anak tersebut lahir selepas enam bulan dari hari akadnikah sabitlah nasab anak tersebut kepada bapanya. Dengan kata lain anak tersebut bukan anak zina.

Jika berlaku kesilapan seperti kes yang kedua dalam cerita saya yang tersebut di atas; anak luar nikah tapi bapa mewalikannya maka pasangan suami isteri setelah mengetahui pernikahan mereka itu tidak sah, hendaklah memberhentikan persetubuhan mereka buat sementara waktu sehingga pernikahan semula diadakan dan terus memaklomkan kepada Mahkamah untuk membatalkan perkahwinan itu. Jika setelah mengetahui perkahwinannya itu tidak sah masih juga mereka melakukan persetubuhan, maka persetubuhan itu dianggap zina.

Sekiranya pasangan tersebut hendak meneruskan perkahwinan setelah mengetahui pernikahan itu tidak sah, maka perlulah membuat permuhonan perkahwinan baru, akad nikah baru, maha baru, saksi baru dan sebagainya. Dan jangan lupa kahwin kali ini berwalikan hakim, sebab anak perempuan dengan bapanya dalam kes ini tidak ada hubungan nasab. Perhubongan kelamin di antara pasangan suami isteri sebelom ini sehingga menghasilkan beberapa orang anak tidaklah dihukum berzina. Dalam istilah hukum fiqh ia dinamakan watik Syubhah iaitu persetubuhan yang dilakukan di atas anggapan akad nikah mereka itu sah sebaliknya tidak sah-akad nikah fasad-.

Ada beberapa sebab perkahwinan yang telah diakadnikahkan dibatalkan oleh mahkamah-bukan kerana perceraian-seperti yang pernah kita baca dalam surat khabar dimana pasangan yang baharu beberapa minggu kahwin, perkahwinan mreka dibatalkan oleh Mahkamah. Kemungkinan besar telah berlaku salah satu perkara yang tersebut di bawah ini.

1.Berwalikan bapa tiri

2.Berwalikan bapa angkat

3.Berwalikan Bapa susuan

4.Wali tidak mengikut susunan wali seperti seorang anak berwalikan saudaranya waktu akadnikah tapi ayahnya masih ada.

5.Berwalikan bapa zina padahal di antara keduanya tidak ada hubongan nasab.

6. Atau perkahwinan yang cacat dari segi rukun nikah dan syarat nikah sedangkan pasangan suami isteri itu dalam keyakinan mereka bahawa perkahwinan mereka itu sah. Keterangan detail tentang rukun nikah dan syarat-syarat nikah akan diterangakan kemudian nanti.

Apa hukum perkahwinan yang telah berlaku kesilapan dalam perkara yang tersebut di atas atau setelah beberapa tahun baharu sedar dan perasaan rupanya perkahwinan tersebut tidak sah sedangkan mereka sudah mendapat cahaya mata dan beranak pinak?

Persetubuhan dan anak-anak yang lahir hasil daripada persetubuhan watik Syubhah tidak di anggap zina dan kalau mendapat anak, nasabnya tidak putus dengan nasab ayahnya. Oleh kerana itu dia berhak mendapat nafkah makan minum, harta pusaka dan sebagainya dari ayahnya, bagitu juga ibunya sama ada semasa dalam perkahwinan atau selepas perceraian. Berbeza dengan anak luar nikah dia tidak ada hubungan nasab dengan bapanya-bapa zina. Kerana itu dia tidak berhak mendapat warisan dari harta bapa zinanya dan juga bapa zinanya tidak boleh manjadi wali perkahwinannya.

Nasab anak lahir dari perbuatan zina adalah dinasab sebelah ibu. Begitu juga kewajipan nafkahnya, hak penjagaannya adalah manjadi tanggungjawab ibu dan saudara mara si ibu. Hal ini ada dikanunkan dalam Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia.

Hukum dan kesan daripada perbuatan zina

Al-quran awal-awal lagi telah memperingatkan; jangan menghampiri perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya zina seperti berkhalwat dan seumapanya. Kerana ianya dianggap perbuatan keji. Rujuk surah:al-Israk:17: 32. Lebih-lagilah kalau melakukan perbuatan zina, tentulah lebih keji dan hina makanya pelakunya boleh dihukum sebat dan rejam. Bagi pesalah ghairu muhsan-masih teruna dara hukumannya ialah sebat 100 kali serta dibuang negeri. Sila rujuk Surah an-Nur:24:2 dan hadis yang mafhumnya: “ Ambillah daripada kami, sesungguhnya Allah telah jadikan bagi mereka(perempuan-perempuan) akan jalan:dara dengan dara disebat seratus kali dan dibuang selama setahun” (H.R.Muslim). Manakala pesalah Muhsan-sudah bersuami isteri-hukumannya lebih berat lagi iaitu rejam dan sebat berdasarkan hadis yang mafhumnya: “Janda dengan Janda disebat seratus kali dan direjam dengan batu” (H.R.Muslim)

Di antara sebab-sebab perbuatan zina dianggap keji ia boleh:

1.Memutuskan silaturrahim di antara si anak,ibu bapa dan keluarga 2.Melibatkan persoalan harta, perwarisan dan sebagainya kalau tidak ditanggani dengan betol

3.Merosakkan keturunan generasi akan datang

4.Merosakkan perkembangan saikologi anak-anak akibat dari perbuatan zina

5.Menjatuhkan maruah dan kehormatan diri dan keluarga

6.Jika pasangan kaki perempuan(pasangan lelaki) dan kaki lelaki(pasangan perempuan) menghidap penyakit berkangkit ia boleh menjangkiti orang lain

7. Menjatuhkan imej agama Islam dan lain-lain lagi.

Rukun Nikah

1. Lelaki yang bakal menjadi suami

2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.

3. Wali yang ‘adil.

4. Dua orang saksi yang adil

5. Ijab dan Kabul.

Syarat lelaki bakal suami

1. Beragama Islam.

2. Tidak berihram haji dan umarh

3. Lelaki tertentu

4. Tidak mempunyai empat isteri ketika akadnikah

5. Dengan kesukaan dan keredhaan sendiri-bukan dengan paksaan.

Syarat bakal isteri

1.Beragama Islam

2.Seorang perempuan tertentu

3.Bukan mahram kepada lelkai yang bakal manjadi suaminya

4.Bukan isteri orang dan bukan dalam idah orang lain

5.Tidak berihram haji dan umrah.

Syarat-syarat Wali

1. Beragama Islam

2. Seorang lelaki

3. Baligh

4. Dengan kesukaan dan keredhaan sendiri-bukan dengan paksaan 5. Tidak berihram haji dan umrah

6. Tidak fasik

7.Tidak cacat akal fikiran

Susunan Wali

1.Bapa kandong

2.Datuk lelaki sebelah bapa ke atas

3.Saudara lelaki seibu sebapa

4.Saudara lelaki sebapa

5.Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah

6.Anak saudara lelaki sebapa ke bawah

7.Bapa saudara sebelah bapa sebapa

8.Bapa suadara sebelah bapa sebapa

9.Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah 10.Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah

11.Bapa saudara bapa seibu sebapa

12.Bapa saudara bapa sebapa

13.Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa ke bawah

14.Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa ke bawah

15.Bapa saudara datuk lelaki sebapa seibu sebapa.

16.Bapa saudara datuk lelaki sebapa

17.Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki seibu sebapa ke bawah 18.Anak lelaki bapa saudara datuk lelaki sebapa ke bawah.

Sebab perpindahan wali akrab kpd wali abad

1.Wali akrab belom baligh

2.Wali akrab gila

3.Wali akrab fasik

4.Wali akrab cacat akal fikiran

5.Wali akrab berlainan agama

6.Wali akrab bisu, tuli dan tidak tahu berisyarat.

Perpindahan Wali kpd Wali hakim

1. Ketidaan wali nasab sama sekali

2.Wali nasab berjauahan dua marhalah, kira-kira 60 batu atau 96 kilo meter.

3.Wali akrab hilang tidak diketahui tempatnya dan tidak diketahui adakah dia masih hidup atau pun sudah mati dan belom ada apa-apa perintah anggapan mati dikeluarkan oleh Hakim Syarie. Jika ada perintah Hakim Syarie maka perwaliannya berpindah kpd wali ‘abad dan bukan kpd wali Hakim.

4.Wali akrab enggan manjadi wali dan keengganannya kurang daripada tiga kali dan telah sabit di sisi Hakim Syarie

5.Wali akrab berihram haji atau umrah

6.Wali akrab sendiri yang akab berkahwin dengan perempuan itu.

Syarat-syarat saksi

1.Islam

2. Dua orang saksi

3. Berakal

4. Baligh

5. Melihat,mendengar dan berkata-kata

6. Faham tentang maksud ijab dan qabul

7. Adil

8. Bukan Wali kepada perempuan.

Syarat Ijab dan Qabul

1.Hendaklah ijab itu di ikuti oleh qabul dengan segera.

2.Hendaklah ia didengar oleh dua orang saksi

3.Hendaklah ia jangan tergantong

4.Hendaklah ia tidak dihadkan waktunya

5.Hendaklah disebutkan dengan khusus perempuan yang dinikahkan itu dalam ijab dan qabul itu

6.Hendaklah ia menggunakan bahasa arab dengan kata dasar nikah atau tazwij atau dengan terjemahan bahasa lain seperti aku menikahkan atau mengahwinkan.

7.Hendaklah ia tidak berubah, sebelom adanya qabul itu seperti kata wali “ Aku nikahkan engkau dengan anaku Fatimah”, bukan Fatimah tetapi Rasyidah.

Read Full Post »

Cerita benar dan kaitannya dengan

Persekitaran(bi-ah)

Beberapa buah cerita di bawah ini adalah cerita yang benar-benar belaka, bukan rekaan hasil dari khayalan, bukan cerita fitnah, jauh sekali untuk mengaibkan seseorang kerana kepentingan-kepentingan peribadi. Ia semata-mata untuk dikongsi bersama dengan harapan ada ibrah dan pengajaran darinya yang dapat kita petik untuk suri teladan kita semua

1.Sewaktu saya mula-mula bertugas dalam agensi Kerajaan yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-udang, sekalipun bidang tersebut tidak ada kaitan secara langsung dengan tugas saya tetapi sebanyak sedikit ada kaitannya makanya untuk mendapat sedikit pendedahan, saya hadir dalam perbicaraan di Mahkamah Terbuka; perbicaraan kes Khalwat. Saya terperanjat bila pertuduhan dibaca oleh kakitangan Mahkamah dia dituduh berkahwin tanpa kebenaran di luar Negara. OKT(orang yang kena tuduh) itu adalah pegawai pencegah maksiat. Supaya dia terlepas dari pertuduhan dia pun berkahwin dengan pasangan yang berasal dari Negara jiran, dengan harapan dia akan dapat membuktikan ketika pembelaan nanti dia adalah pasangan suami isteri yang sah. Di ringkaskan cerita dia disabitkan bersalah kerana tarikh semasa dia ditangkap dengan tarikh perkahwinan tidak sama. Tarikh kahwin kemudian dari tarikh tangkapan. OKT rupanya dia dah biasa buat perkara serupa ini, bukan sekali, bukan dua kali dah banyak kali.Dia buat rondaan seorang diri, tanpa ditemani oleh penguatkuasa yang lain.

Wajah Baru Masjidil haram apabila siap nanti

Wajah Baru Masjidil haram apabila siap nanti

2. Cerita kedua, seorang hamba Allah ini saya kenal dengan dia, sebab dia pernah datang ke pejabat saya kerana ziarah kenalan dia yang bertugas sepajabat dengan saya. Dia bertugas dalam pasukan anti dadah. Kalau melihat dari segi penampilannya, kita tak sangka dia dari pasukan anti dadah kerana rambutnya dicocang. Kalau ikatan tersebut dilepaskan, pasti rambutnya melepasi paras bahu. Saya tanya kenapa penampilan semacam itu. Jawabnya supaya mudah masuk dalam kumpulan dadah dengan tujuan menyamar. Di pendekkan cerita dia ditangkap kerana terlibat sama dalam ketagihan dadah.Pada hal tujuan asalnya untuk mendapat rahsia kegiatan kumpulan tersebut, kemudian menangkap mereka. Sebaliknya dia pula yang kena tangkap.

3. Cerita ketiga ini pula, cerita orang dakwah. Bahan ini saya terlupa dari mana sumbernya, sama ada dari bahan bacaan saya atau diceritakan orang seorang ulamak dari Indonesia. Sekarang dia dah almarhum. Ceritanya begini; di sebuah perkampungan terdapat sekumpulan orang yang suka berjudi. Perjudian mereka dengan menyabong ayam. Kehadiran orang dakwah ini asalnya baik. Sebelom ayam yang kalah itu masih hidup (mustaqirrah) dia akan menyembelihkannya dengan menyarinkan bacaan BASMALAH supaya dapat didengar oleh orang ramai, dengan dua tujuan. Ayam yang disembelih itu tidak mati meragan dan dagingnya halal dimakan kerana sudah disembelih dan yang kedua dengan tujuan dakwah,sekurang-kurangnya mereka mendengar ucapan basmalah, dengan harapan, berkat perkataan basmalah mereka menyedari perbuatan mereka itu haram.Dipendekkan cerita, dakwah hamba Allah ini akhirnya tidak sampai sebaliknya dia pula dah jadi kaki nyabong ayam.

alngkah indahnya hatipenghuni buruj Dubai ini dekat dgn Allah

alangkah indahnya hati penghuni buruj Dubai ini jika dekat dgn Allah

4. Cerita yang keempat ini cerita orang dakwah juga. Dia mengabongkan kan diri dalam sebuah organisasi yang dipimpin oleh mereka yang tidak serious dalam mendaulatkan Islam. Tujuan orang dakwah ini baik iaitu untuk memperbetulkan organisasi tersebut dari dalam tetapi dukacita tujuannya tidak kesampaian,sebaliknya dia dah ikut rentak dan tari pemimpin-pemimpin tersebut, kerana dia melawan arus dalam keadaan seorang diri dan terpaksa tunduk dan patuh kepada peraturan dan disiplin organisasi tersebut.

Ke empat-empat pelakon dalam cerita yang tersebut di atas semuanya orang-orang yang baik, demikian juga nawaitu mereka pun baik,kerana hendak membuat pembetulan tetapi kerana persekitaran yang mereka dekati itu persekitaran yang negatip sementelah dia menghadapinya dengan seorang diri tanpa bekalan jati diri yang kuat, akhirnya dia larut bersama-sama dalam tindakan negatip mereka. Ini membukktikan persekitaran boleh mempengaruhi pandangan, sikap dan pendirian seseorang. Kalau persekitaran itu baik maka baiklah mereka yang berada di sekitarnya. Kalau sebaliknya maka buruklah padahnya. Lantaran itu Islam telah mengigatkan awal-awal lagi supaya berhati-hati dengan persekitaran yang negatip, seperti dalil-dalil yang tersebut di bawah ini:

1 Firman Allah: “ وأصبر نفسك مع الذين يدعون من ربهم بالغداوة والعشى يريدون وجهه ولا تعد عياك عنهم تريد زينة الحياة الدنيا ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا واتبع هواه وكان أمره فرطا.

Ertinya: Dan bersabarlah kamu dengan orang-orang yang meneyeru Tuhannya pagi dan senja dengan mengharap keridhaannya; dan janganlah kedua-dua matamu berpaling dari mereka(kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengigati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah kedaannya itu melewati batas” (S: al-Kahfi:18:28)

2. Sabda Rasulullah saw; “ مثل الجليس الصالح والجليس السوء كمثل حامل المسك ونافخ الكير” فحامل المسك إما أن يحذيك( أي يعطيك ) أو تشترى منه، أو تجد منه ريحا طيبة. ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك ،أو تجد منه ريحا منتنه”

Ertinya: Perumpamaan teman yang salih dan teman yang jahat iaitu seperti orang yang membawa minyak kasturi dengan tukang tiup alat pembakar besi. Ini ialah kerana orang yang membawa kasturi itu berkemungkinan memberikan kasturi itu kepada anda atau anda akan membelinya darinya atau anda akan dapati bau yang harum darinya, tetapi si tukang tiup alat pembakar besi boleh jadi akan membakar pakaian anda atau anda akan mengalami bau yang busuk darinya”. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Universiti Al-Azhar telah banyak menyumbang dalam pembangunan Islam di Dunia

Universiti Al-Azhar telah banyak menyumbang dalam pembangunan Islam di Dunia

3. Sabda Rasulullah saw: “ المرء على دين خليله ، فلينظر أحدكم من يخالل

Ertinya: “ Seseorang itu akan mengikut agama teman rapatnya. Oleh itu setiap kamu mestilah memerhatikan siapakah yang akan dijadikan teman rapat”. (H.R. at-Tarmizi)

4 Surah al-Kahfi:18;13 menceritakan tentang kisah sekumpulan pemuda Kahfi yang sanggup mengasingkan diri dari kaum keluarga,sahabat handai dan kampung halaman demi menyelamat akidah dari paksaan dan penindasan pihak berkuasa dengan bersembunyi di sebuah gua. Dengan izin Allah, mereka ditidurkan selama 309 tahun di gua tersebut dan dibangkitkan semula ketika masyarakat dan Raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan Raja yang beriman kepada Allah swt.

5. Nabi Muhammad saw yang masih bayi diserahkan ibunya kepada Halimah binti Abi Dhu’aib(Halimatussa’adiah) dari Bani Sa’ad di sebuah desa dengan maksud agar Nabi Muhammad saw mendapat udara segar,udara desa yang bersih serta pergaulan desa yang sangat baik bagi pertumbuhan anak. Selain daripada itu agar dapat berbicara nanti dengan Bahasa Arab yang fasih kerana bahasa Arab yang digunakan oleh masyarakat desa masih murni.

Jahiliyah Modern Abad Dua Puluh

Persekitaran negatip seperti yang dikisahkan saya menerusi 4 buah cerita yang tersebut di atas tadi adalah sebahagian kecil sahaja daripadanya tetapi persekitran yang lebih jelik dari peristiwa yang tersebut di atas banyak lagi boleh kita dapati dari penjelasan Rasulullah saw ketika Baginda menerangkan Hadis-Hadis tentang Hari Kiamat dan kita sebenarnya mau tidak mau, sedang berdahapan dengannya dan ia telah mengelilingi kita dari setiap sudut.

Persekitaran yang negatip boleh mengoyahkan iman,menjadi tidak stabil. Seseorang itu beriman sebelah pagi, kemudian sebelah petang sebaliknya. Hari ini masih beriman, besok pula menjadi kafir. Sesiapa yang coba mengamalkan Islam sebagai ad-din terpaksa menghadapi tentangan dan laluan yang sukar.

Sifat-sifat mazmumah berikut telah mewarnai persekitaran dan seterusnnya menjadi budaya hidup, maka tidak peliklah ianya telah berluas-luasa seperti sikap tidak memperdulikan Islam. Orang yang berdusta dikatakan benar, orang yang benar dikatakan pendusta. Pengkhianat di suruh memegang amanah, sebaliknya orang yang amat dituduh pengkhianat. Hidup berpuya-puya dan bermewah-mewah menjadi kebanggaan. Menghimpun harta sebanyak mungkin tanpa mengambil kira sama ada ianya dari sumber yang halal atau sebaliknya. Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia dan pangkat menjadi amalan biasa. Hasad dengki sehingga terjadi zalim menzalimi sering berlaku. Menyiksa dan memukul orang, malah sanggup membunoh tanpa peri kemanusiaan sudah menjadi perkara lumrah. Berpakaian tetapi bertelanjang berlaku disana sini. Berlagak sombong dan angkuh. Riba menjadi amalan, demikian juga minuman khamar. Berlaku perzinaan. Memiliki harta benda melimpah ruah. Peperangan demi peperangan berlaku. Para ulamak tidak berperanan Orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Islam tinggal namanya sahaja demikian juga Alquran tinggal tulisannya,suci dalam debu. Masjid tersergam indah tetapi tidak berfungsi..Urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya sementara orang yang layak tidak diberi kepercayan. Berebut-rebut mendapat jawatan dan pangkat tanpa melihat ia suatu tanggungjawab dan amanah, dan lain-lain lagi Semuanya ini bukan menjadi rahsia lagi. Ia adalah sebahagian daripada persekitaran kehidupan hari ini.

Saya petik sebahgaian daripada matan hadis Rasulullah saw yang menerangkan sebahagaian persekitaran negatip tersebut di atas seperti di bawah ini.

1.عن أبي هريرة أن رسول الله صلعم ٌقال: بادروا بالأعمال فتنا كقطع الليل المظلم يصبح الرجل مؤمنا ويمسى كافرا أو يمسى مؤمنا ويصبح كافرا يبيع دينه بعرض من الدنيا. رواه مسلم.

Ertinya: Daripada Abu Hurairah R.A. bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Bersegeralah kamu beramal sebelom menemui fitnah(ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agama dengan sedikit dari mata benda dunia”. (H.R.Muslim)

2 عن.أبى هريرة قال قال رسول الله صلعم : بدأ الاسلام غريبا وسيعودغريبا كما بدأ غريبا فطوبا للغرباء. رواه مسلم.

Ertinya: Daripada Abu Hurairah R.A. berkata: Bersabda Rasulullah saw; “ Islam mula tersebar dalam keadaan dagang(asing) Dan ia akan kembali asing pula(ganjil pada pandangan barat dan tidak di ambil berat oleh Islam) Dan ia akan kembali asing pula.Maka beruntunglah orang-orang asing(yang mengamalkan Islam) (H.R. Muslim)

3عن أبى هريرة قال, قال رسول الله صلعم : سيأتى على الناس سنةات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن فيها الخائن ويخون فبها الأمين وينطق فيها الرويبضة, قيل وما الروبيضة؟ قال: الرجل التافه فى أمر العامة” (أخرجه ابن ماجه)

Ertinya: Dari Abu Hurairah R.A. berkata: “ Rasulullah saw bersabda: Akan dating kepada manusia tahun-tahun yang tandus(tandus dari segi material dan juga dari segi pemikiran) Dan pada waktu itu orang-orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah gulongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya: “ Apakah ruwaibidhah itu hari rasulullah?”. Nabi menjawab: “ Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”(H.R. Ibnu Majah)

Bandar Kaherah Mesir dgn sungai Nilnya. Tempat jatuh lagi dikenang.Inikan pula tempat menimba ilmu dan pengalaman

Bandar Kaherah Mesir dgn sungai Nilnya. Tempat jatuh lagi dikenang.Inikan pula tempat menimba ilmu dan pengalaman

Persekitaran dan ulah manusia dengan sifat-sifat mazmumah menurut pendapat Muhammad Quthub,miskipun mereka sudah maju dalam setiap bidang dan menggelarkan diri mereka sebagai masyarakat modern tetapi mereka masih lagi dianggap berada dalam suasana kejahiliyahan. Jahiliyah bukan merujuk ke zaman Jahilyah sebelom kedatangan Islam dan bukan juga kerana kemunduran di bidang ilmu dan seumpamanya. Alquran tidak menyatakan orang-orang Arab dahulu berada di dalam suasana jahiliyah kerana tidak mengenal ilmu falak, ilmu alam, ilmu kedoktoran dan ilmu kimia atau mereka tidak mengenal politik dan sebagainya, sebaliknya kerana mereka menetap hukum sesuka hati mereka dan menolak hukum Allah. Mengenai hal ini Allah swt berfirman yang mafhumnya: “ Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakan yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin?”(S:al-Maaidah:5:50) Jadi, masyarakat Jahiliyah bukan hanya orang-orang Arab sebelom Islam saja yang berada di dalam suasana kejahiliyahan, melankan juga setiap masyarakat yang hidup menyimpang dari hidayah ilahi dan menurut tuntuan hawa nafsu.

Malah kalau di buat perbandingan zaman Jahiliyah dahulu dengan zaman Jahiliyah sekarang ini, ia lebih terok lagi. Arab sebelom Islam memuja patong dan MENUHANKAN apa jua makhluk “merupakan ulah tingkah laku orang yang masih primitif tetapi kita telah diberi panduan al-Quran dan hadis sepetutnya lebih baik lagi dari mereka. Sebaliknya manusia hari ini lebih terok dan lebih dahsyat lagi dari Arab sebelom Islam. Apa beza nya watak orang Quraisy yang bengis, pendendam dan keras kepala dalam mempertahankan kepentingan serta kekuasaan, dan kelakuan mereka dalam menuntut terpeliharanya keadilan dan kebenaran; pada hakikatnya watak seperti ini terdapat juga di setiap kejahiliyahan, yang klasik maupun yang modern” ( Muhammad Quthub)

Seterusnya, kata Muhammad Quthub “Jahiliyah modern lebih ganas dan lebih kejam, sebab- Jahiliyah modern adalah jahiliyah”ilmiah”-Jahiliyah yang lahir dari hasil”Penelitian” dan berbagai macam pandangan teori. Jahiliyah modern adalah suatu peraturan dan kaedah yang berakar mendalam iaitu jahiliyah yang muncul dari “kemajuan material” yang dibangga-banggakan kekuasaan dan kekuatannya serta disombongkan kesanggupannya menembus lapisan cakrawala. Jahiliyah kedengkian yang diatur, dipelajari, dicernakan dan diarahkan untuk menghancur manusia atas dasar asas-asas ilmiah. Kejahiliyan yang tak ada tolok bandingannya dalam sejarah.” Begitu jugalah kejahiliyan dalam bidang pemikiran,tingkah laku,politik,ekonomi, bidang sosial,bidang seni budaya dan sebagainya.

Punca Masalah dan Jalan Keluar

Punca masalahnya ada jawapannya yang diberikan sendiri oleh Allah swt melalui firmannya “ظهر الفساد فى البر و البحر بما كسبت أيدى الناس Ertinya: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia” (S:ar-Rum:30:41). Yang menggerak manusia untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya sama ada perkara yang baik mau pun yang buruk adalah peranan yang dimainkan oleh HATI. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya: “ Ketahuilah bahawa dalam badan manusia ada seketol daging. Apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Apabila ia rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah! Itulah hati”(H.R. Bukhari dan Muslim)

Orang Sufi mengibaratkan; seolah-olah dalam diri seseorang manusia itu laksana sebuah kerajaan yang mempunyai Penguasa yang paling tertinggi samada dia bergelar Presiden, Perdana Menteri dan apa-apa sahaja gelaran. Apabila dia mengeluarkan arahan perintah, Menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai tentera dan lain-lain akan mematuhi perintah tersebut. Apabila terdapat dalam kerajaan hati itu pasukan yang memberontak maka ia memerlukan penyelsaian dan huraian yang cepat dan betul makanya mesyuwarat tergempar diadakan. Jadi , apa jalan keluar untuk menyelsaikan punca masalah yang mencemarkan alam persekitaran manusia yang terhasil dari sifat-sifat mazmumah?

Kalau anda menginginkan tanaman yang baik,anda harus memiliki dua faktor yang paling penting iaitu: (1) Tanah yang baik dan (2) Benih yang baik. Tanah yang baik ialah manusia seluruhnya. Manakala benih yang baik ialah Syariat/Akidah seluruhnya. Apabila benih yang baik, ditanam secara baik, di tanah yang baik menjadilah ia tanaman yang baik. Itulah peradaban dan kebangkitan. Dua faktor yang membahagiakan manusia dan sekaligus membahgiakan alam seluruhnya.(DR. Ali Muhammad Jarisyah/Muhamad Syariff AzZabaq)

Almarhum Dr. Hamka menggigatkan kita dengan katanya:” Janganlah kita terpesona melihat berdirinya bangunan-bangunan raksasa, jambatan-jambatan panjang, gedung bertingkat-tingkat menjulang langit, menara Eifel, sampainya manusia ke bulan di abad dua puluh ini. Janganlah itu dikatakan pembangunan, kalau kiranya jiwa bertambah jauh dari Tuhan.Terasa dan dikeluhkan oleh manusia seisi alam zaman sekarang dalam kemajuan ilmu pengetahuan ini hidup mereka bertambah sengsara. Kemajuan teknik tidak membawa bahagia, melainkan cahaya. Perang selalu mengancam. perikamanusiaan tinggal dalam sebutan lidah, namun niat jahat bertambah subur hendak menghancurkan orang lain” Jadi hati perlu dibersihkan melalui pementapan akidah tauhid. Akidah tauhid yang diperjuangakan oleh Rasulullah saw selama 13 tahun di Mekah, bukan juga kerana orang Arab pada masa itu berada dalam paganisme kerana soal tersebut, menurut Muhammad Quthb adalah merupakan soal poros seluruh segi kehidupan manusia.

Mari sama-sama bertindak

Biarpun ulah manusia dengan tindak tandoknya merosak persekitaran manusiawi tapi kita masih optimis,dengan izin Allah kita boleh merobahnya dengan gerak kerja dakwah dengan berbagai-bagai cara. Jangan tunggu bila anda sudah merasa sempurna dari segi ilmu dan amal ibadah baharu nak berdakwah. Kita kena berdakwah untuk mencegah kemungkaran miskipun kita masih belom mampu meninggal seluruhnya. Bumi mana yang tidak ditimpa oleh hujan. Demikian juga manusia mana yang tidak terlepas dari dosa kecuali Nabi. Teruskan dakwah kerana ia manjadi kewajipan kita.Ingatlah! pesanan Nabi Muhammad saw yang berbunyi:

عن أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مروا بالمعروف وإن لم تفعلوه وانهوا عن المنكر وإن لم تجتنبوه كله.(رواه الطبراني)

Ertinya: “ Dari Anas RA, ia berkata, “ Rasulullah saw bersabda, “Perintahkanlah yang ma’aruf miskipun kamu belum mengamalkannya, dan cegahlah kemungkaran miskipun kamu belum meninggalkan seluruhnya”.

Wallahu aklam.

Read Full Post »

Mati Dalam Tidur

Mati dalam tidur

Dalam buku “La Tahzan” /Jangan Bersedih/Don’t be sad/ tulisan Dr. ‘Aidh al-Qarni menceritakan tentang kisah seorang ibu dengan anaknya. Cerita ini dimuat dalam surat khabar Al-Qasim. Ceritanya begini; seorang pemuda dari Negeri Dimasyk-Suria akan pergi ke sebuah negeri dengan menaiki kapal terbang. Sebelom tidur dia telah berpesan kepada ibunya supaya mengejutkannya pada jam yang telah ditetapkan supaya dia tidak terlepas penerbangan tersebut. Secara kebetulan si ibu terdengar siaran dari Radio yang menhebahkan tentang cuaca kurang baik dengan anginnya bertiup kencang ,langit mendung serta ribut pasir. Apabila telah sampai waktu yang yang si ibu sepatutnya mengejutkkan anaknya itu dari tidur, tetapi dia tidak melakukannya kerana bimbang, kalau anaknya naik kapal tersebut, dikhuwatiri kapal terbang tersebut akan terhempas dik cuaca buruk dan sekaligus menyebabkan anak nya akan terkorban. Setelah si ibu yakin waktu penerbangannya telah berlalu dan kapal terbang telah berangkat, baharulah si ibu mengejutkkan anaknya. Ternyata ketika mengejut anaknya, si anak telah meninggal dunia di atas tempat tidurnya-bukan meninggal kerana kapal terbang terhempas.

Ibrah dari cerita tersebut.

Benarlah firamn Allah “ قل إن الموت الذى تفرون منه فإنه ملاقيكم” Ertinya: Katakanlah: “ Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu” (S:al-Jumu’ah:67:8)

Mati akan datang kepada kita tanpa dijemput atau diundang. Ia pasti akan datang. Kedatangannya tidak akan dapat ditempoh. Tidak ada baginya pilih kasih sama ada pemimpin negara atau rakyat biasa sama ada si kaya maupun si miskin, sama ada si Muslim atau si Kafir,tidak mengenal usia,waktu, maupun penyakit, baik di mana kita berada sama ada kita bersembunyi atau sebaliknyaApabila tiba masanya ia akan tetap menjemput kita. Firman Allah “أينما تكونوا يدرككم الموت ولو كنتم فى بروج مشيدة” Ertinya: “ Di mana sahaja kamu berada , kematian akan mendapatkan kamu,miskipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh”(S: an-Nisak:4:78)

Cerita mati dalam tidur

Jenazah Almarhum Hj Suib Hj Zen

Sikap manusia terhadap mati

Apabila kita menyebut perkataan mati, dua sifat yang bertentangan akan kita dapati pada sesorang itu;sikap ngeri dan takut dan sifat yang satu lagi ialah sifat redha menerima takdir daripada Allah swt. Bagi mereka yang beriman dan beramal salih, soal mati adalah satu hal yang dinanti-nati dan dirindui kerana dengan kematian itu mereka akan berjumpa dengan Allah swt, Tuhan yang Amat Pemurah dan Penyayang yang mengurniakan segala nikmat-nikmat yang tidak pernah mereka rasai sewaktu hidup dalam dunia di mana mereka juga terlepas daripada hidup di dunia yang penoh dengan tipu daya dan akan berada di dalam dunia yang kekal abadi. Sebaliknya bagi mereka yang ‘aasi/yang melakukan maksiat kepada Allah swt seperti tidak solat dan beramal salih sangat takut dengan mati-takut kerana belom ada bekalan untuk di bawa dengan Allah swt.Juga dia takut mati kerana masih sayangkan harta,isteri dan anak-anak yang akan ditinggalkannya atau dia takut mati kerana tergambar dalam fikirannya seseorang yang mati itu kaku terbujur,pucat lesu tidak berdarah. Juga dia takut mati kerana dia akan dimasukkan kedalam kubur, ditimbus dengan tanah,bertilam kan tanah, berteman kan cacing ,kemudian ditinggalkan seorang diri tanpa teman dan kawan yang akan menemaninya.

Apakah mati itu?

Apabila bercerai roh dari badan, maka itulah sa’at kematian bagi seseorang akan tetapi kematian itu sebenarnya bukanlah penyudah hidup seseorang hamba itu atau dengan kata lain; kamatian di dunia ini bukan lah mati buat selama-lamanya, sebaliknya dengan kematian itu dia akan menempoh kehidupan yang kekal abadi. Tegasnya kematian hamba Allah sewaktu di dunia ini tanda-tanda bermulanya hidup di akhirat yang kekal abadi iaitu alam kubur. Dengan kematian itu kembalilah manusia ke anasir kejadian nya ia itu dari tanah dia datang, dan ke tanah jugalah dia akan di kembalikan. Firman Allah “ منها خلقناكم وفيها نعيدكم ومنها نخرجكم تارة أخرى” Ertinya: “ Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” (S:Thaha:20:55)

kejam-26 Syuhadak di Ghazah korban Zionis Yahudi

Selalu mengigat mati

Biarpun kematian itu satu hal yang tidak menarik bagi segelintir orang malah ada yang menganggap dengan mengigatinya akan membawa kepada kemunduran tetapi pendirian Islam sebaliknya, “dimana mereka yang lalai terhadap mati, tidak peduli, dan jarang memikirkannya serta tidak beramal baik sebagai persiapan untuk menghadapi kematiannya adalah musibah yang lebih besar dari musibah kematian itu sendiri” (Imam Syahmsuddin al-Qurtubi).malah menganjurkannya, sabda Rasulullah saw; “ أكثروا من ذكر هازم اللذات يعنى الموت” Ertinya: Sering-seringlah kamu mengigati perkara yang memutuskan segala kelazatan”. Sabda Rasulullah saw lagi : يا رسول الله أي المؤمنين أفضل قال أحسنهم خلقا قال فأي المسلمين أكيس قال أكثرهم الموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الاكياس” Ertinya: “ Wahai Rasululah saw, orang mukmin manakakah yang paling utama?. Beliau menjawab, “ Orang yang paling baik akhlaknya.” Orang itu bertanya lagi “, “Orang muslim manakah yang paling cerdik?” Beliau menjawab.” Orang yang paling banyak mengigati mati, dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang yang paling cerdik”.

Cara mengigatinya, bukan dengan sekadar duduk termenong sambil menggambarkan sa’at-sa’at kematian yang akan di tempohi tetapi dengan beberapa cara. Di antaranya ialah dengan sama-sama melakukan soat jenazah,mengsusung mayat ke kubur, menziarahi kubur, memberi mandi mayat , menghadapi orang yang sedang nazak dan seumpamanya. Dengan cara yang demikian akan terdetiklah hati dengan suara halusnya: “Beginilah keadaanku bila tiba sa’at nya nanti”

Menginginkan mati dan berdoa supaya mati dibolehkan dengan syarat bukan kerana kecewa dan putus asa disebabkan musibah yang menimpa Sabda Rasulullah saw yang berbunyi: “ لا يتمنين أحدكم الموت لضر نزل به فإن كان لا بد متمنيا فليقل أللهم أحيني ما كانت الحياة خيرا لي وتوفني إذا كانت الوفاة خيرا لي Ertinya: “ Sekali-kali jangan ada seorang pun dari dari kamu sekalian yang menginginkan mati sebab bencana yang menimpanya. Kalaupun terpksa menginginkannya, maka ucapkanlah, “ Ya Allah, hidupkanlah aku, jika hidup akan lebih baik bagiku, dan matikanlah aku, jika mati akan lebih baik bagiku”.

(H.R. Al-Bukhari dan Muslim)

Jenazah almarhumah Hajah Nafisah Hj Yusuf

Jenazah almarhumah Hajah Nafisah Hj Yusuf

Hikmah mengigat mati

1. Menurut Imam Syamsuddin al-Qutthubi dalam kitabnya At-Tazkirah fi ahwalil mauta waumulul aakhirati, ia boleh menimbulkan rasa gelisah ke atas negeri yang fana ini(dunia) , lalu mengarah kepada negeri yang abadi pada setiap detiknya.

2. Manusia tidak terlepas dari dari dua keadaan; sempit atau lapang, nikmat atau bencana. Jika dia dalam keadaan sempit dan sedang mendapat bencana, maka dengan mengigati mati menjadikannya terasa ringan menghadapinya. Kerana dia tahu bahwa hal itu tidak akan kekal dan bahawa mati lebih berat daripada semua itu. Atau, jika dalam keadaan nikmat dan sedang mendapat kelapangan, maka mengigati mati itu akan mencegahnya dari kesombongan atau keterpedayaan terhadapnya, kerana ingat bahawa semua itu boeh terputus darinya.

3. Ad-Daqqaq berkata: “ Barangsiapa sering mengigati mati, maka dia diberi tiga macam kemuliaan: Segera bertobat, kepuasaan hati, dan semangat beribadah. Dan barangsiapa melupakan mati, dia diberi tiga macam balasan;Menunda Tobat, tidak rela menerima rezki yang cukup dan malas beribadah”.

4. Boleh menimbulkan sifat takwa yang mendalam untuk menjunjung titah perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangan dan tegahannya kerana yang menjamin kebahgiaan hidup yang hakiki ialah amalan akhirat. Kalau amalan akhirat menjadi paspot untuk masuk ke syurga, sedang yang lain-lainnya tidak dapat menyelamatkannya dari siksaan Allah swt, maka sudah barang tentu bagi mereka yang waras fikirannya akan berikhtiar mencari jalan bagi menyelamatkannya. Jalan nya tidak lain melainkan dengan amalan akhirat. Biarpun harta menggunong tinggi, anak berkeliling pinggang, berpangkat tinggi, kalau diri sendiri miskin dengan amalan-amalan ibadat akhirat, kesemuanya itu tidak akan  dapat menulongnya sewaktu berada di alam kubur dan seterusnya di alam yaumil makhsyar nanti. Sabda Rasulullah saw “ يتبع الميت ثلاثة فيرجع اثنان ويبقى واحد يتبعه أهله وماله وعمله فيرجع أهله وماله ويبقى عمله” Ertinya: Mayat akan dihantar sampai ke kuburnya oleh tiga hal; Yang dua pulang(ke rumah) dan hanya satu yang tetap bersamanya. Yang menghantarnya ialah keluarganya, hartanya dan amalannya. Keluarga dan hartanya pulang, dan yang tetap bersmanya hanya amalannya”.(H.R. Bukhari dan Muslim)

5. Dengan mengigat mati sesorang itu akan bersungguh-sungguh berusaha untuk memperbanyakkan hartanya untuk diwarisi oleh anak isteri dan keluarga yang akan ditinggalkannya supaya keadaan hidup mereka tidak melarat sewaktu peningalannya nanti dan ianya akan menjadi ongkos terutama oleh anak-anak yang masih kecil untuk perbelanjaan persekolahannya nanti dan seumpamanya dan harta yang ditingalkan itu nanti boleh diinfakkan oleh keluarganya untuk kegiatan-kegiatan amal salih yang pahalanya akan dikecapi berterus-terusan dari dunia sampailah kealam akhirat nanti dan menjadi kenangan manis masyarakat sepanjang zaman.

Apabila kebaikan meniti di bibir masarakat ia semacam zikir dan dengan sendirinya umur diri tetap panjang sekalipun diri sudah berda di alam kubur. Jadi meninggalkan nama yang baik kerana amalan itulah hakikatnya apa yang dikatakan umur yang panjang. Nabi Allah Ibrahim pernah memohon kepada Allah swt supaya dia selalu dingat kebaikannya oleh orang lain.

Kesimpulan dan ibrah dari kematian

Keimpulan yang dibuat oleh Dr.’Aidh al-Qarni tentang kisah mati adalah seperti berikut: وعلى العبد أن يتذكر دائما أنه يحمل الموت وأنه يسعى الى الموت، وأنه ينتظر الموت صباح مساء، وما أحسن الكلمة الرئقة الرائعة التى قالها علي أبى طالب –رضى الله عنه- وهو يقول: ان الاخرة قد ارتحلت مقبلة، وإن الدنيا قد إرتحلت مدبرة، فكونوا من أبناء الاخرة ولا تكونوا من أبناء الدنيا، فإن اليوم عمل ولا حساب ، وغدا حساب ولا عمل. وهذا يفيدنا أن على الانسان أن يتهيأ وأن يتجهز وأن يصلح من حاله، وأن يجدد توبته وأن يعمل أنه يتعامل مع رب كريم قوي عظيم لطيف. ان الموت لا يستأذن على أحد ولا يحابى أحدا،ولا يجامل وليس للموت انذار مبكر يخبربه الناس. : وما تدرى نفس ماذا تكسب غدا وما تدرى نفس بأي أرض تموت” (لقمان:34)

Ertinya: Seorang hamba hendaklah ingat selalu bahwa dia sedang membawa kematian dan sedang menuju kematian dan sedang menunggu kematian sama ada ia datang sebelah pagi atau sebelah petang. Sungguh indah ungkapan Ali bin Thalib: “ Sesungguhnya kematian itu terus mendekati kita dan dunia pula terus meninggalkan kita. Maka jadilah anda anak anak akhirat dan janganlah anda menjadi anak-anak dunia. Hari ini adalah untuk beramal dan besok tidak ada hisab dan esok adalah hisab dan bukan masa lagi untuk beramal.

Kematian tidak pernah minta izin kepada sesiapa dan tidak pernah pilih kasih dan tidak pernah merajuk. Kematian tidak pernah memberi amaran terlebih dahulu . Firman Allah yang mafhumnya: “ Dan tiada sesiapapun yang akan dapat mengetahui(dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok hari. Dan tiada seorang pun dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal: (S:Luqman:31:34)

Pada hakikatnya kita tidak mati. Setelah mayat kita dikuburkan kita akan hidup semula dan seterusnya menunggu hari kiamat dan seterusnya menunggu hari perbicaraan di hadapan HAKIM YANG MAHA ADIL, tidak ada saksi. Semuanya sudah disediakan untuk kita dan kita juga tidak perlu mengangkat tangan dan bersumpah “ Saya akan bercakap benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka.”

Mahkamah di akhirat terbuka. Beramallah dari sekarang. Tinggalkan perkara yang negatip samada ianya dilakukan dengan senghaja atau sebaliknya. Enough is Enough. Mari kita sama-sama bertobat dan menjadi orang yang bertakwa agar Allah menurunkan Malaikat bersama-sama kita dalam perjuangan menegakkan ISLAM. Perjuangan menegakkan Islam belom selesai dan masih jauh lagi jarak Islam sebagai Addin dan bukan Addin. Yang penting bukan berteori tetapi bertindak dan beramal dengan ikhlas dan mengikut keupayaan masing-masing.  Wallahu aklam bissawab.

Read Full Post »

Pengalaman saya ketika perang di antara Arab-Israel

5-10 Jun 1967 (Perang 6 Hari)

 

Tempoh saya berada di bumi Anbiak-Mesir, empat tahun lebih, sebanyak sedikit telah meninggalkan kenangan manis dan pahit dalam kehidupan saya. Manisnya ialah seorang budak kampung dari Malaysia Timur dari keluarga fakir bin miskin telah berjaya menyeberangi laut China Selatan dan seterusnya ke Mesir untuk menimba ilmu dengan berbekalkan semangat jihad ilmu. Mengikut keratan akhbar Sarawak Tribune 9.Jan 1966, sama ada betul atau sebaliknya laporan tersebut, saya dianggap orang yang pertama dari keturunan Melayu yang belajar di Mesir. Hal ini pernah saya ceritakan kepada anak-anak saya ketika mereka masih kecil sama ada mereka masih ingat atau sebaliknya. Pun perkara yang serupa saya ulangi semula kepada generasi-generasi muda supaya kemiskinan tidak menjadi penghalang cita-cita murni dan supaya mereka menjadikan sabda Rasulullah saw berikut “Man Jadda wajada.”. Ertinya: “Siapa bersungguh-sungguh dia dapat”. ebagai suntikan semangat.

 

image

Ongkos penerbangan dari Malaysia Timur Ke Mesir terpaksa IOU dengan seorang hamba Allah kerana Kerajaan pada ketika itu termasuk Majlis Islam Sarawak tidak ada mengeluarkan sebarang biasiswa maupun dermasisiwa. Apabila setelah berada di Mesir dalam beberapa bulan baharulah saya mendapat biasiswa dari pihak university al-Azhar. Biasiswa tersebut hadiah daripada pihak Universiti setelah saya berjaya menduduki  temuduga biasiswa yang diadakan di Kedutaan Besar Republik Arab Mesir Bersatu di Kuala Lumpur. Untuk makluman anda kebanyakan pelajar-pelajar dari seluruh dunia yang belajar di Universiti tersebut dibiayai oleh Kementerian Waqaf Al-Azhar. Biasiswa sebanyak Pound Mesir 12 sekadar keperluan makan minum,buku teks dan wang saku. Syukur alhamdulillah ketika di Mesir tinggal di Asrama Pelajar-pelajar Melayu, yang dibina oleh Kerajaan Malaysia banyak meringankan bebanan saya di mana bayaran asramanya murah tanpa mengurangi segala kemudahan asrama dan makan minum. Cukup mewah dan selesa.

Beberapa orang pelajar-pelajar Malaysia beranggapan saya datang dari keluarga yang berada, maklum sahajalah Malaysia Timur terkenal dengan kayu balaknya. Siapa tahu beberapa helai baju yang dibawa dari Malaysia termasuklah baju sejuk yang saya beli dari Sungai Road (tempat jualan baju-baju terpakai). Baju itu jugalah yang saya bawa pulang ke Malaysia. Hanya saya agak bernasib baik ada beberapa orang sahabat dari PAHANG yang senasib dan sepenangungan dengan saya, ketika mereka berada di Mesir mendapat biasiswa dari kerajaan mereka. Apabila mereka makan di luar, mereka ajak saya makan bersama di Restaurant yang agak terkemuka di Bandar Kaherah. Mungkin itulah di antara sebabnya mereka menganggap saya dari keluarga yang berada.

Cerita yang sama juga berlaku ke atas saya, ketika saya menuntut di Singapura awal tahun 60an di mana tahun pertama saya belajar di Singapura, bantuan kewangan dari keluarga berjalan dengan lancar tetapi pada tahun berikutnya ada sedikit masalah, namun patah dan undur kebelakang kerana kesempitan kewangan, pantang dalam kamus hidup  saya, kerana saya berkayakinan jika prestasi pelajaran baik, Allah akan membuka jalan kelapangan. Benar! Segala-segalanya benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka, maka dengan izin Allah, Allah Yarham Tuan Haji Othman Abd. Ghani, yang pernah dipenjara kerana memperjuangkan nasib Natrah, tuan punya Jublie Restaurant di North Bridge Road Singapura, dengan murah hati memberi makan minum secara percuma kepada saya, pagi,tengah hari dan petang dengan sokongan Allahyarham Al-‘ellamah Abdullah Bilfeqih, mudir Madrasah Aljunid. Bayangkan siapa sangka saya orang miskin, keluar masuk, pagi,tengah hari dan petang makan di Restaurant tersebut sekalipun berlauk semacam sahaja dengan sedikit sayur .Begitu juga tuan rumah almarhum Tuan Hj Salleh Hj Ali (Wak Alih) tempat saya tinggal juga dengan ihsannya tidak mengenakan saya sabarang sewa. Saya hanya dikehendaki membersih rumah tersebut dan pejabat nya di tingkat bawah. Keluasan bilik rumah di tingkat atas saya dan beberapa orang pelajar yang senegeri dengan saya tinggal, tidaklah sebesar mana, boleh memuat 6 buah katil. Di atas katil itulah tempat tidur,dan di atas katil itu jugalah tempat belajar dan bersembang.

Berbalik kepada pengalaman hidup di Mesir, bunyi bising dari jet-jet pesawat tentera udara Angkatan Tentera Mesir yang terbang di atas bangunan Asrama Pelajar-Pelajar Melayu adalah perkara biasa saja kerana secara kebetulan bangunan Asrama tersebut tidak bagitu jauh dari pangkalan tentera udara Mesir. Beberapa hari sebelum perang, saya telah menonton melalului TV dan surat-surat khabar bahwa Mesir telah menghantar beratus-ratus buah kereta kebal dan tenteranya ke sempadan sebagai persiapan untuk menyerang Israel. Lagu-lagu patriotik santiasa berkumandang ke udara.

Pada hari terakhir saya menduduki peperiksaan, kedengaran bunyi bedilan meriam bedentan dentum. Saya pun menganggap itu hanyalah sebagai latihan juga. Tiba-tiba cermin tingkap bilik kuliah pecah berderai. Rupanya bukan latihan tetapi ruang udara Bandar Kaherah telah diceroboh oleh tentera udara Israel. Bunyi tembakan itu tadi rupanya datang dari pihak tentera Mesir untuk menghalau kapal terbang tentera Israel keluar dari ruang udara Mesir. Punca pecahan kaca jendela bangunan kuliah itu tadi ialah kerana tekanan udara yang kuat yang datang dari pesawat Jet kapal terbang Phantom Israel yang terbang di atas ruang bangunan Universiti. Pada hari tersebut saya terpaksa berjalan kaki balek ke asrama kerana semua pengangkutan awam tidak beroperasi. Dalam perjalanan pulang saya nampak kapal terbang kejar mengejar, samada kapal terbang Mesir mengejar kapal terbang musuh tidaklah saya mengetahuinya. Katanya, sama ada benar atau tidak, kalau tentera Israel hendak menawan Bandar Kaherah pada masa tersebut ia boleh melakukannya tetapi kenapa tidak?…………………………

Setelah perang berlaku 6 hari, yang lebih dikenali dengan Harab Alayam As-sittah, Mesir, Jordan dan Suria yang bersama-sama memerangi tentera Israel telah kalah di tangan Israel. Dengan kekalahan tersebut Israel telah menawan beberapa wilayah baru dan dengan sendirinya semakin luaslah kawasan negeri Israel. Keterangan lanjut sila lihat di bawah:

image

image

image

 

Ketika peperangan sedang berlaku warga Mesir dalam keadaan bimbang, takut dan cemas. Kehidupan harian mula tidak menentu. Siang hari terpaksa berkurung dalam rumah kecuali masa-masa tertentu dibenarkan keluar rumah. Pada malam hari, jalan raya gelap gelita. Jendela-jendela rumah mesti ditutup rapat dan cermin-cerminnya mesti ditutup dengan apa sahaja benda yang boleh menghalang cahaya tembus dari lubang-lubang tingkap. Sedikit sahaja cahaya kelihatan dari celah-celah tingkap, pasukan-pasukan pertahanan awam yang meronda di jalan-jalan raya akan segera memberi ingatan melalui pembesar suaranya agar tingkap-tingkap tersebut segera ditutup. Bila siren semboyan berbunyi,tanda kapal terbang musuh memasuki ruang udara Mesir, maka masing-masing saya dan sahabat-sahabat yang lain terdiam dengan mulut, terkumat kamit,masing-masing berdoa mendoa semoga Allah menjauhkan diri dari segala malapetaka. Suatu malam ledakan bom jelas kedengaran dan menggegar bangunan Asrama. Saya agak tentulah lapangan terbang angkatan tentera yang menjadi sasaran musuh.

 

Memang benarlah peringatan Rasulullah saw bahwa peperangan jangan dicari. Demikian murninya konsep perang dalam Islam. Perang dalam Islam bukan menjadi amalan. Ia tidak lebih dari mempertahankan diri dan demi hak dan keadilan. Padah dari peperangan bukan sedikit. Ia melibatkan harta dan nyawa. Lihat sahajalah sebagai contoh dengan kalahnya tentera Mesir, Jordan dan Suria di tangan tentera Israel dalam masa enam hari sahaja, telah banyak mengorbankan nyawa dan harta benda dan juga berlakunya penaklukkan baru ke atas wilayah-wilayah Arab dan sekaligus meluas lebar kawasan tanah Israel.

 

Bumi Pelastin Tinggal

Sekengkang Kera

 

Bumi Pelastin dari segi sejarahnya adalah hak mutlak kaum Arab dari Bani Kan’an. Mereka datang dari Jazirah Arab sekitar 25000 tahun S.M. tetapi sekarang kawasan bumi Pelastin semuanya telah menjadi milik orang Yahudi. Selebihnya masih dikuasai oleh Arab Pelastin tetapi ianya tidaklah sebesar mana, sekadar Sekengkang Kera. Lihat dibawah peta bumi Pelastin dahulu dan sekarang. Besok entah bgaimana Kenapa terjadi demikian? Tidak lain kerana Zionis Yahudi dan kuncu-kuncunya dan kelemahan Arab/Muslim juga.Mudah-mudahan Allah menyelamatkan bumi Pelastin dan para Mujahid Islam, di Gaza dan di mana-mana. Ameen.

 

palestine_landloss1

 

Ibrah Dari Pelastin

 

Penguasaan ke atas bumi Pelastin memang jelas kepada kita permainan secara kasar oleh Zionis Yahudi dan kuncu-kuncunya tetapi di sana masih banyak lagi cara berseni untuk mereka menakluki Dunia Islam dan umatnya seperti yang dimuatkan dalam Protokol Zionis Yahudi.

 

Tidak kurang pentingnya yang perlu kita ambil perhatian ialah serentak dengan pembangunan yang sedang rancak dijalankan oleh kerajaan, harga tanah pun naik melunjak, maka ramailah peminat-peminatnya yang akan berjumpa dengan anda untuk membelinya. Kalau memang dirasakan anda perlu menjualkannya anda perlu mendapat nasihat dari orang yang arif tentang kandungan perjanjian jual beli atau nak join venture membangun tanah tersebut,perlu mendapat nasihat dari orang yang ikhlas, supaya tidak berlaku penipuan dan sekaligus mengilak tanah tersebut jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Jangan terjadi; harapkan pagar, pagar makan padi. Apalah ertinya kita anak merdeka tetapi bumi tempat kita berpijak suatu hari nanti terlepas di tangan orang. Inilah yang selalu diperingatkan oleh pemimpin-pemimpin kita.

Read Full Post »

Qualiti VS Quantiti

Qualiti VS Quantiti

Dalam sebuah Negara yang berbilang kaum atau bilangan penduduk muslimnya kecil dibanding dgn penduduk lain-lain bangsa dan agama atau bilangannya lebih kurang sama atau lebih sedikit sering kita diperingatkan supaya bijak bertindak seumpama menarik rambut dalam tepong, maka lahirlah dari pengucapan mereka semacam untuk menakut-nakutkan: “ Bilangan kita tidak begitu ramai. Jangan berpecah belah nanti kita diperintah orang” Peringatan semacam ini jelas bercanggah dengan fakta sejarah perang Badar di mana bilangan kaum muslimin bukan sahaja sedikit malah dari segi kelengkapan alat-alat senjata perang mereka juga tidak lengkap tetapi mereka menang, seperti dijelaskan oleh Allah “ كم من فئةقليلة غلبة فئة كثيرة بإذن الله والله مع الصابرين” Ertinya: Berapa banyak golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan sesungguhnya Allah adalah beserta dengan orang-orang yang sabar” (S:al-Baqarah:2:249). Demikian juga sebaliknya, bilangan yang banyak tidak menjamin kemenangan kaum muslimin seperti peristewa Perang Hunain yang menyebabkan tentera kaum muslimin hampir kalah padahal bilangan mereka berlipat ganda kalau dibandingkan dengan tentera kaum Quraish. Firman Allahويوم حنبن إذ أعجبتكم كثرتكم فلم تغن عنكم شيئا وضاقت عليكم الآرض بما رحبت ثم وليتم مدبرين” Ertinya: Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu menjadi congkak,bongkak,sombong kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tdak memberi manfa’at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu. Kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai berai” (S: at-Taubah:9:25). Jadi, bukan bilangan banyak dan sedikit yang menentukan segala-galanya tetapi kata Al-Marhum Dr Hamka “ Yang penting bukanlah banyak dan sedikitnya bilangan tetapi teguhnya keyakinan dan baiknya pimpinan”. Benarlah sabda Rasulullah saw ketika menjawab pertanyaan seorang sahabat baginda “ قال بل انتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاءالسيل ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن الله فى قلوبكم الوهن فقال قائل : يا رسول الله وما الوهن ؟ قال: حب الدنيا وكراهية الموت”Ertinya: Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit “wahan”. Seorang sahabat bertanya “ Apakah wahan itu hai Rasulullah?”. Nabi menjawab “ Cinta pada dunia dan takut pada mati”. CINTA DUNIA bermakna tamak,rakus, bakhil dan tidak mau menderma harta ke jalan Allah, manakala TAKUT MATI bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi alam akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.(Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi)

 

Memang tidak dinafikan bahwa perpaduan itu salah satu unsur kekuatan dalam Islam tetapi kekuatan dalam Islam ada peringkat-peringkatnya. Ia perlu mengikut tertib,urutan nombornya,tidak boleh melangkah apatah lagi hanya penekanan dari segi perpaduan sahaja dengan mengabaikan unsur-unsur kekuatan yang lain. Tidak mengapa kalau ianya dilakukan secara serentak; tiga dalam satu umpamanya.

 

Hal yang tersebut dapat difahami dari peringatan al-Marhum Mustafa Masyhur kepada generasi muda yang coba menggunakan kekuatan senjata setelah sekian lama mengalami kepayahan dan keperitan dalam perjuangan sebagai jalan pintas untuk mencapai matlamat miskipun ia membahayakan diri dan gerakan . Apa kata Mustafa Masyhur dalam bukunya “ Tariq-Ad-Dakwah” فان أول درجة من درجات القوة،قوة العقيدةوالايمان ، ويلى ذلك قوة الوحدة والارتباط، ثم بعدهما قوة الساعد والسلاح حينما لا يجدى غيرها”

Ertinya: Kekuatan yang pertama ialah kekuatan akidah dan keteguhan iman dan diiringi pula dengan kekuatan persatuan dan perpaduan dan akhir sekali kekuatan tangan dan senjata itu pun jika sudah tidak mempunyai jalan dan pilihan lain”

 

Asas kekuatan perpaduan.

 

Asas perpaduan dalam Islam tidak mungkin dapat dihasilkan menerusi harta benda, kedudukan, dengan menabur seribu janji, dengan limpahan projek mewah dan tak mewahnya.Ia hanya bersifat sementara,kerana semuanya itu adalah benda. Manusia dengan hatinya tidak pernah puas dengan harta benda sekalipun dia telah kaya raya kecualilah setelah dia meninggal dunia kerana kebendaanlah manusia sanggup menzalimi di antara satu sama lain, sanggup menjual maruah, melakukan rasuah sama ada dalam dunia perniagaan atau dalam dunia politik yang sekarang ini lebih dikenali dengan POLITIK WANG dan sebagainya semata-mata kerana benda. Firman Allah “ لو أنفقت ما فى الأرض جميعا ما ألفت بين قلوبهم ولكن الله ألف بينهم ، إنه عزيز حكيم”

Ertinya: Walaupun kamu membelanjakan semua(kekayaan) yang berada di bumi; nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (S: al-Anfal:8:63). Dengan kata lain, melalui ayat ini, hanya Allah lah yang dapat mempersatukan hati manusia dengan Al-Islam. Hal yang serupa ditegaskan juga dalam surah al-Imran:3:103 واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا وأذكروا نعنة الله عليكم إذ كنتم أعداء فألف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمته إخوانا وكنتم على شفا حفرة من النار فأنقذكم منها كذالك يبين الله لكم أياته لعتكم تهتدون”

Ertinya: Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah , dan janganlah kamu bercerai berai , dan ingatlah akan nikmat Allah kepada Mu dahulu (masa jahiliyah) , bermusuh-musuhan , maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada mu, agar kamu mendapat perunjuk” (S:ali-Imran:3:103)

 

Sebelom Nabi Muhammad saw diutus menjadi Rasul, situasi dunia pada umumnya adalah dalam keadaan kacaubilau(dark-ages) di segenap bidang kehidupan, baik di bidang politik, maupun di bidang ekonomi, sosial dan budaya. Di dalam bidang politik yang memegang tampok kekuasaan hanya di dasarkan kepada kekuatan senjata dan manusia(manpower). Di bidang ekonomi, terjadi penghisapan gulongan kaya terhadap gulongan lemah, sementara di bidang sosial bermahrajalela diskriminasi, neopotism dan sebagainya. Suasana beginilah yang digambarkan oleh Allah swt melalui firmannya ” ظهر الفساد فى البر والبحر بما كسبت أيدى الناس ليذيقهم بعض الذين عملوا لعلهم يرجعون” Ertinya: Telah timbul kerusakan(fasad) di darat dan di laut lantaran usaha tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, supaya mereka kembali(berhenti melakukan kesalahan”. S: Ar-Rum:30:41). Perkataan fasad dalam ayat yang tersebut di atas mempunyai makna yang amat luas. Didalamnya tercakup pengertian:kerusakan, kebinasaan, kemerosotoan, kehancuran, kekejaman, kebathilan dan sabagainya.

 

Dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw telah menjinakkan hati-hati mereka di mana dengannya dapat dirasai kenikmatan Islam. Dengan Islam, yang jauh dapat didekatkan, yang dekat dapat dimesra-mesrakan makanya perhubongan kerabat dan sebagainya dapat dihubung semula sebagaimana penjelasan Sayid Qutub dalam bukunya Ma’alim Fit-Thariq “ وحين انبت وشيجة القرابة بين محمد صلعم وبين عمه أبي طالب، وابن عمه عمرو بن هشام (ابو جهل) وحين قاتل المهاجرون أهلهم وأقربأهم وقتلوهم يوم بدر حينئذ اتصلت وشيجة العقيدة بين المهاجرين والانصار ، فإذا هم أهل وإخوة، واتصلت وشيجة بين المسلمين العرب وإخوانهم : صعيب الرومى،و بلال الحبش، وسلمان الفارسى، وتوارت عصبية القبيلة، وعصبية الجنس وعصية الارض .

Ertinya: Ketika putusnya hubongan kerabat di antara Nabi Muhammad saw dengan bapa suadaranya Abu Lahab dan saudara sepupunya Amr bin Hisyam(Abu Jahal) iaitu ketika orang orang Muhajirin sanggup bertempur di medan perang, menentang anak saudara, kaum kerabat dan sahabat handai mereka sendiri di medang perang Badar di ketika itu jugalah jalinan kekeluargaan terikat begitu erat di antara kaum Muhajirin dan kaum Ansar. Mereka telah menjadi saudara dan kaum keluarga yang salin tulong menulong dan bantu membantu. Pada ketika yang sama juga tercantumlah rasa kasih sayang dan terbuhullah tali kekeluargaan di antara orang Muslim berbangsa Arab dengan orang-orang Muslim berbangsa lain…..Terjalin hubungan kasih mesra dan setia antara mereka dengan saudara mereka Saidina Suhaib berbangsa Rom, Salman berdarah Parsi dan Bilal berketurunan Habsyi(Negro); pecah berkecailah sudah rasa taksub perkauman dan asabiah, serta fanatik kekabilahan, perkauman dan kebangsaan serta tanah air tumpah darah…………..

 

Kesimpulan

Perpaduan dalam Islam tidak bermusim dan juga tidak dibatasi oleh sempadan geograpi, bangsa dan fahaman politik dan ia bukan sekadar laungan semata-mata untuk kepentingan peribadi. Islam yang menjadi paksi kepada kekuataan perpaduan itu ialah Islam yang syumul, Islam sebagai ad-din, Islam satu-satunya sebagai cara hidup sementara pendokongnya pula hendaklah memiliki akidah yang sahih, bersih daripada unsur-unsur syirik, mempunyai peribadi mukmin yang kuat ,yang berpengaruh, yang mampu merubah realiti yang rosak dan merosakkan, yang mampu merubah kenyataan yang buruk, yang mampu membangunkan umat Muslim yang baik.

 

Perkara ini bukan suatu perkara yang mustahil untuk dicapai. Ia boleh menjadi kenyataan dengan ada perancangan jangka pendek dan jangka panjang dan dengan bacaan yang tepat agar sebarang tindakan tidak diambil kesempatan oleh musuh kerana matlamat anda adalah untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada Negara. Sebagaimana pernah saya perkatakan sebelom ini, mari kita sama-sama merobah persekitaran disekeliling kita yang mencemar akidah dan ibadah kita dengan masing-masing melibatkan diri dalam gerakan dakwah tanpa menunggu bila anda berkuasa.

 

Bermula lah dari sekarang dan ianya, insya Allah memudahkan laluan anda dan sesiapa sahaja jika diberi kepercayaan oleh pemimpin dan rakyat mentadbir negara dan pemerintahan. Budaya tentera dengan budaya pandakwah bila berhadapan dengan sasaran musuhnya tidak sama.Tentera bila berhadapaan dengan musuhnya di medan perang ialah membunoh musuhnya, sementara pandakwah dengan sasarannya bersikap dengan lemah lembut.لا إفراط ولا تفريط Ertinya: Jangan terlalu keras sehingga mudah dipatahkan dan juga jangan terlalu lembut sehingga mudah dilenturkan.

 

Prof. Dr Yusuf Qardawi bimbang dan khuwatir dengan goyahnya perpaduan di kalangan kaum Muslimin demikian juga semakin menjauhlan diri dari Allah swt pada hal kedua-duanya adalah faktor kekuatan kaum muslimin. Bila kedua-dua benteng ini rapoh dengan sendirinya musuh akan menjadi kuat. Kekhawatiran beliau di ini tergambar dalam kata-kata beliau seperti berikut: “أنا لا أخشى عليكم من أعداءكم ، بل أخشى عليكم من أنفسكم . لا أخشى عليكم الإنجليز ولا الأمريكان ولا الروس ولا غيرهم ، وإنما أخشى عليكم : 1 أن تتخلوا عن الله ، فيتخلى الله عنكم. 2 أو أن تتفرقوا فيما بينكم، فلا تجتمعوا إلا بعد فوات الفرصة.

Ertinya: “ Saya tidak mengkhawatirkan kalian dari musuh-musuhmu, tetapi saya mengkhawatirkan kalian dari dirimu sendiri, tidak mengkhawatirkan kalian dari orang Inggeris,Amerika, Rusia dan lain-lainnya. Saya mengkhawatirkan kalian dari dua hal: 1. Kalian membiarkan Allah, sehingga Allah membiarkan kalian. 2. Kalian bercerai berai, dan tidak bergabung kecuali setelah kesempatan berlalu”.

 

Read Full Post »

Bergambar bersama-sama dengan salah satu cawangan usrah di Doha

Bergambar bersama-sama dengan salah satu cawangan usrah di Doha

Gambar beramai-ramai dgn warga Malaysia di Doha yang secara kebetulan berjumpa di Zoo Doha
Gambar beramai-ramai dgn warga Malaysia di Doha yang secara kebetulan berjumpa di Zoo Doha
Sebelah kanan saya Dato' Muhamad Shahrul Ikran Ya'akob, Duta Besar Malaysia di Qatar.Sebelah kiri saya Prof Dr. Zakaria Abdul Hadi dari Qatar University
Sebelah kanan saya Dato’ Muhamad Shahrul Ikram Ya’akob, Duta Besar Malaysia di Qatar.Sebelah kiri saya Prof Dr. Zakaria Abdul Hadi dari Qatar University

Read Full Post »

Sajak ini ditulis ketika sebelum menemui SYAHID

Sajak ini ditulis ketika sebelum menemui SYAHID

Sajak:Pesanan Terakhir

(dari syed Qutub)

 

Saudara!

 

Seandainya kau tangisi kematianku,

Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu

Maka di atas tulang-tulangku

Yang hancur luluh,

Nyalakan obor buat ummat ini

Dan……….

Teruskan perjalanan ke gerbang jaya.

 

Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan

Mendapatkan kekasih yang sedang merindui

Taman-taman di syurga tuahnku bangga menerimaku

Burung-burungnya berkicak riang menyambutku

Bahagialah hidupku di alam abadi

 

Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur

Dan ala mini akan disinari fajar lagi

Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya

 

Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun di sana fajar sedang memancar.

Ringkasan Riwayat Hidup As-syahid Sayed Qutub

Sayed Qutub dilahirkan dalam tahun 1908 di sebuah kampong di dalam wilayah As-Yut, Mesir dari keluarga berada yang patuh beragama. Tamat hafal quran ketika berumr 10 tahun. Lulusan Universiti Cairo.

Menjadi anggota pertubuhan Al-Ikhwan Muslimin pada akhir tahun empat puluhan. Sangat terpengaruh dengan keperibadian dan perjalanan hidup pengasas dan pemimpin agung pertubuhan Ikhwan Muslimin As-Syahid Hasan Al-Banna yang telah ditembak mati oleh kakitangan Kerajaan Malik Faruk dalam tahun 1948.

Pernah dilantik mewakili pertubuhannya di dalam badan-badan pemerintah setelah kemenangan revolusi Mesir pada 23 Julai 1952, hasil kerjasama pertubuhannya dengan pegawai pegawai muda di dalam Angkatan Bersenjata Mesir.

Di dalam tahun 1954 beliau telah dihukum penjara selama 15 tahun kerana dituduh berkemplot membunuh Presiden Jamal Abdul Nasser, tetapi dengan campur tangan bekas Presiden Abdul Salam Arif dari Iraq, beliau telah dibebaskan pada akhir tahun 1964. Selang tak berapa bulan kemudian, beliau telah ditangkap semual dan dibicarakan oleh sebuah Mahkamah Khas Tentera, di mana As-Syahid Syed Qutub telah di dapat bersalah dan dijatuhkan hukuman mati di tiang gantung berasama dua orang rakan seperjuangannya, iaitu Yusuf Hawasy dan Abdul Fatah Ismail. Bila ditanya tentang hukuman yang dijatuhkan ke atasnya itu beliau telah menjawab sambil mengulum senyum dengan katanya: “Mati Syahid” Sajak di atas ditulis beberapa ketika sebelum beliau menemui SYAHID.

 

Read Full Post »

Older Posts »