Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2009

Rahsia disebalik baju t-shirtRahsia disebalik baju T-shirt

Pada suatu petang saya berjalan-jalan cari makan, bunyinya sama tapi tak serupa dengan programe sebuah satation TV di tanah air kita “ Jalan-Jalan Cari makan”. Saya cari makan sekadar mengalas perut,bukan makan untuk hidup, kerana kebetulan dalam perjalanan balek kerumah selepas solat ‘asar dari sebuah masjid di Shah Alam berdekatan dengan tempat saya tinggal, tiba-tiba perut saya kurang selisa, gastrik agaknya.

Dalam perjalanan balik itu saya terserempak dengan seorang remaja muslim berumur lebih kurang belasan tahun sedang memakai kemeja t shirt seperti gambar yang tertera di atas. Saya terpanjat bukan kerana shirtnya sehingga secara sepontan terkeluar dari bibir saya ucapan Astarghfirullah dik kerana tulisan yang terpampang pada baju t shirt tersebut.

Kemudian saya mendekatinya dan bertanya sama ada dia faham atau tidak tulisan yang ada pada bajunya itu. Dia menjawab tidak faham. Dia memakainya kerana ibunya membelinya. Setelah saya jelaskan kepadanya apa yang tersirat pada tulisan tersebut berdasarkan pemahaman saya, akhirnya remaja tersebut bersetuju tidak akan memakainya lagi dan dia berjanji akan berjumpa dengan saya dan akan membawa bersamanya baju tersebut di atas permintaan saya, untuk saya ambil gambar nya ketika ziarah saya nanti. Selang beberapa jam selepas itu dia datang ke rumah dengan membawa baju tersebut.

Apa tanggapan dan pendapat anda mengenai tulisan yang ada pada baju tersebut?. Mungkin berbagai-bagai pandangan atau pendapat yang dikemukan tapi bagi saya ia lebih mempermosikan dan mendakyahkan doktrin ajaran kristian. Dalam hal ini siapa yang silap? Pada saya tentulah orang tuanya. Kesilapan tersebut sama ada kerana orang tuanya hanya menguasai ilmu fiqh sahaja tetapi cetek dalam bidang ilmu tauhid atau memang tidak mempelajari ilmu-ilmu asas syariah. Kalau begitu, mana mungkin dia dapat memperturunkan ilmu tersebut kepada anak-nya.

Sebagai seorang muslim lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ibubapa hendaklah menguasai ilmu-ilmu asas syariah agar dapat dijadikan panduan dalam mengharungi lautan hidup yang serba mencabar ini dan sekali gus dapat dibekalkan kepada anak-anak sebagai warsian kepada mereka. Dukacita, segelintir ibubapa tidak mengambil berat ilmu-ilmu asas tersebut, makanya tidak hairanlah kalau ibubapa sangat mengambil berat ilmu-ilmu lain(fardhu kipayah) selain daripada ilmu tersebut sehingga sanggup berbelanja lebih dengan mengadakan guru-guru tuition untuk anak anak mereka agar mereka dapat mengusainya, sehingga terjadilah apa yang terjadi kepada remaja yang memakai baju t shirt tadi tanpa dapat menyaring mana yang betul dan mana yang salah.

Dalam kitab “Ta’limul Muta’alim” disebutkan bahawa ilmu yang wajib dituntut terlebih dahulu adalah “Ilmu Hal” iaitu ilmu yang wajib dan pasti digunakan dan diamalkan oleh setiap orang yang sudah baligh seperti ilmu Tauhid dan Ilmu fiqh. Di dalam ilmu Tauhid yang wajib dipelajari lebih dahulu ialah mengenai keesaan Allah beserta sifat-sfat-sifat yang wajib dan yang mustahil, kepercayaan kepada Malaikat, Kitab-Kitab Allah, Para Rasul, Hari Kiamat dan beriman kepada qadar baik dan buruk semuanya dari Allah.

Kemudian di dalam ilmu Fiqh yang wajib dipelajari pula ialah ilmu ubudiah dan muamalah. Setelah menguasai ilmu tersebut baharulah mempelajari ilmu-ilmu lain(fardu Kipayah)/ilmu mengurus kehidupan, tetapi bukacita orang lupa di dalam mendidik anaknya, sehingga belum lagi anaknya diberi pelajaran agama sudah ditingkatkan dengan ilmu-ilmu umum. Maka jadilah anaknya itu orang yang buta agama dan lalu meringankan kewajipan-kewajipan agamanya. Dalam hal ini orang tua perlu sekali membekalkan anak mereka dengan ilmu keagamaan sebelum seorang anak mempelajari ilmu ilmu umum.

 

Al-Quran dan pendidikan anak-anak

Dalam surah Luqman:31 bermula dari ayat 12 hingga ke ayat 19 terdapat nasihat-nasihat Luqman kepada anaknya. Ini adalah isyarat dari Allah s.w.t. supaya setiap ibubapa melaksanakan pula pengajaran-pengajaran tersebut kepada anak-anak mereka sebagai amal jariah ibu bapa dan sebagai asset Negara demi pembanguan agama, bangsa dan tanah air pada masa hadapan. Firman Allah

واذ قال لقمان لابنه وهو يعظه يبني لا تشرك بالله ان الشرك لظلم عطيم(13). ووصينا الانسان بوالديه حملته أمه وهنا على وهن وفصاله فى عامين أن اشكر لي ولوالديك الى المصير. (14) وان جاهداك على أن تشرك بى ما ليس لك به علمفلا تطعهما وصاحبهما فى الدنيا معروفا واتبع سبيل من أناب الًََي ثم الي مرجعكم فأنبئكم بما كنتم تعملون(15). يبني انها ان تك مثقال حبة من خرد ل فتكن فى صخرة أو فى السموات أو فى الارض يأت بها الله ان الله لطيف خبير(16) يبني أقم اصلاة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك ان ذلك من عزم الامور(17) ولا تصعر خدك للناس ولا تمش فى الارض مرحا ان الله لا يحب كل مختال فخور(18). واقصد فى مشيك واغضض من صوتك ان أنكر اللأصوات لصوت الحمير.(19)

 

Ertinya: Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “ Hai anakku,janganalah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”(13) Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertamba-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.(14) Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan yang kembali kepadaku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan(15).(Luqman berkata): Hai anaku, ssungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat sebiji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya(membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.(16) Hai anakku, dirikan lah solat dan suruh lah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.(17) Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.(18) Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesunguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.(19)

 

10 Pengajaran yang disampaikan

oleh Luqman kepada anaknya. Yang akan saya huraikan di bawah pengajaran tentang tauhid.

1. Tidak mensyirikkan Allah /Mentauhidkan Allah sama ada dari segi zatnya,perbuatan,sifatnya,namanya dan beribadat selain kepada Allah s.w.t. Dan syrik adalah perbuatan yang amat zalim.

 

Seruan mentaudhidkan Allah adalah matlamat utama para Rasulullah saw diutuskan.

Rujuk surah Al-ambiyak:25, dan merupakan ajaran pokok dalam semua ajaran Islam sebagaimana penegasan Dr Abdul Karim Zaidan: التوحيد فى الاسلام هو كل الإسلام

Ertinya: “Tauhid di dalam Islam merangkumi setiap aspek Islam itu sendiri. Setiap aspek dari ajaran Islam itu merupakan manifistasi daripada kalimah tauhid.” Rukun-rukun Islam yang lain dan ajaran-ajaran Islam seluruhnya, berpusat disekitar kalimah tauhid ini. kerana itu sambung Dr Abd Karim Zaidan lagi :

فالتوحيد لب الإسلام وأساسه ومنه تنبثق سائر نظمه وأحكامه وأوامره ومناهجه وكل ما فيه عبادات وأحكامه يرسمه ويقويه ويثبته فى قلوب المؤمنين.

Ertinya: “Tauhid itu hati bagi Islam dan asasnya. Daripadanya memancar seluruh sistem-sistem, hukum hakam, suruhan-suruhan dan method-methodnya. Setiap yang terkandung di dalamnya merupakan ibadah-ibadah dan hukum hakam yang mengukuhkan dan memperteguhkan Islam itu di dalam hati para mukmin”

 

Cara memurnikan Tauhid.

 

Bagaimana caranya untuk menjamin supaya pegangan Tauhid kita itu bersih daripada sebarang syirik supaya pegangan kita menjadi mantap,pemeliharaannya menjadi kukoh mencengkam kukoh akarnya,tegak batangnya,bercabang dahannya, merimbun daunnya sehingga dapat memayungi orang yang berteduh dibawahnya serta dapat pula memetik buahnya sebagaimana yang digambar oleh Allah swt dalam surah:Ibrahim:24-25. Caranya tidak lain seperti yang ditegaskan oleh Prof. Dr Yusuf Qardawi ialah dengan:

A-Mengikhlaskan ubudiah kepada Allah swt iaitu (1) Jangan menjadikan yang lain dari Allah sebagai Tuhan, mengagongkannya seperti mengagongkan Allah.Rujuk surah:Al-Anam:164) (2) Jangan mengambil selain daripada Allah sebagai penolong (wali) dan mencintainya seperti mencintai Allah. Rujuk S:Al-Anam:14) (3) Jangan mencari hakim selain Allah, memberi ketaatan kepadanya seperti memberi ketaatan kepada Allah. Rujuk Surah:Al-Anam:114

 

 

B-Mengkufurkan segala Thaghut iaitu: (1) Dengan membersihkan ubudiah kepada Allah serta membersihkan hak keuluhiyyahan(ketuhanan) kepadanya baik dari sudut kebesarannya, kecintaannya dan ketaatannya. (2) Mengkufurkan tahghut dan membersihkan diri dari apa yang disembah dan ditaati selain daripada Allah. Rujuk S:Al-Baqarah:256)

 

C- Memelihara diri dari syirik dan menjauhkannya iaitu dengan mengetahui tentang semua jenis syirik, baik syirik kecil atau syirik besar, terang atau tidak dan membawa kepadan pembebasan diri dari setiap unsur syirik, berjaga-jaga terhadap pintu dan ruang yang boleh terjerumus ke dalamnya.

 

Bahaya Syirik

 

1.Dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah jika tidak bertaubat kepada Allah SWT sebelum ajal.Rujuk S: al-Nisa’4:48

2.Memusnahkan semua amal. Rujuk S: al-An’am:6:88

3.Menjatuhkan kemuliaan manusia, membuat jiwa tidak tenang dan membawa kepada

kehinaan. Rujuk S:al-Haj:22:31

4.Kekal di dalam Neraka. Rujuk S:al-Maidah:5:72

5.Kezaliman yang amat besar. Rujuk S:Luqman:31:13

6.Kesesatan yang amat nyata. Rujuk S: al-Syu’ara’:26:97-98

 

Read Full Post »

Nak Jadi Pemimpin?

Nak jadi pemimpin ?

Kalau sekadar laungan atau retorik semata-mata atau ucapan sekadar untuk memukau pengikut sahaja, nak menjadi pemimpin umat, jauh pangang dari api tetapi insya Allah kalau umat Islam tahu menggunakan kekuatan yang sedia ada yang telah dianugerahkan Allah itu, Insya Allah umat Islam akan menjadi pemimpin, bukan sahaja pemimpin kepada umat Islam, malah menjadi pemimpin umat yang lain. Apakah kekuatan itu? Ikuti penjelasan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya الأمة الاسلامية….حقيفة لا وهم yang terjemahannya dalam bahasa Malaysia “Membangun Ummah Suatu Kenyataan bukan Khayalan” yang saya petik sebahagian daripadanya seperti berikut:

 

Kekuatan Pertama: Ramainya bilangan umat Islam.

Bilangan yang banyak merupakan salah satu faktor kekuatan kerana mereka dapat bergabung tenaga, fikiran dan kemampuan untuk mewujudkan projek-projek besar dengan tenaga yang besar yang mereka miliki. Namun demikian kuantiti semata-mata tidak mencukupi tetapi yang lebih penting lagi adalah kualiti dan kemampuan yang tinggi, sama ada dalam bidang ilmu pengetahuan,fizik, mental,spritual,ekonomi dan ketenteraan. Sebab kaum yang banyak kuantitinya tetapi tidak memiliki kemampaun yang sebanding, biasanya menjadi ‘alat permainan” pihak pihak yang ada kepentinagn dan juga musuh. Dengan kata lain bilangan yang ramai tanpa kualiti ibarat BUIH ayer bah.kata Rasulullah.

 

Perbezaan antara air yang mengalir di dalam sungai dan air bah adalah: bahawa air sungai mempunyai jalan dan aliran yang jelas dan sudah dikenal pasti arahnya, sedangkan air banjir tidak siapa yang mengetahui dari mana datang, kearah mana pergi dan jalan mana yang akan dilaluinya. Sebab itu, air banjir hanya dapat merosakkan rumah, bangunan, taman dan kebun, hampir tidak berguna untuk kegiatan pertanian,malahan meranapkan dan memusnahkan. Dan demikian jugalah gambaran ummat Islam di dalam peringkat kelemahannya.

 

Oleh kerana itu, demi untuk membina dan membangun semula kekuatan umat, dari peringkat kelemahan dan kemundurannya, kita mesti berupaya untuk mempertingkatkan kualiti dn kemampuan kaum muslimin yang sudah cukup banyak dari segi jumlah dan bilangannya. Pusar-pusat pendidikan, pengajaran dan aktiviti-aktiviti pembinaan serta tarbiah mesti terus ditambah, disempurnakan dan ditingkatkan dari masa ke semasa. Sumber daya manusia muslim yang cukup banyak ini mesti terus dibina dan dididik agar menjadi satu kekuatan yang mantap dan berlualiti. Mereka mesti didedahkan kepada tujuan dan matlamat ‘Umat Islam’ yang besar dan agung, iaitu menegakan Shariat Allah di atas muka bumi ini

 

Kekuatan Kedua: Kekuatan Material

 

Umat Islam mempunyai kekuatan material dan bidang ekonomi. Mengikut data dan fakta yang ada , Negara umat Islam seluruhnya memiliki dataran yang sangat luas. Jika diusahakan dengan baik dan propersional, maka dataran tersebut boleh digunakan sebagai kawasan pertanian, sama ada untuk sayur sayuran dan pokok buah-buahan ataupun sebagai taman bunga untuk bahan asal pengeluaran minyak wangi dan l;ain-lain. Dalam perut bumi negeri-negeri umat Islam yang sangat luas itu tersimpan khazanah semula jadi yang telah diberkati Allah s.w.t. untuk kesejahteraan para hambanya yang beriman.Demikian juga di dalam lautan dan samudera nan luas terbentang,tersimpan khazanah dan kekayaan yang berbagai-bagai jenis dan tidak ternilai harganya,mungkin tidak dapat dijumpai di kawasan-kawasan negeri dan jajahan bangsa-bangsa bukan Islam. Minyak bumi, umpamanya,yang menjadi nadi penggerak utama Negara-negara industri kebanyakannya tersimpan di dalam perut bumi negeri-negeri umat Islam. Hingga hari ini kita belum lagi mampu dan tidak memanfaatkan kesemua khazanah yang tinggi nilai ekonomi tersebut dengan cara yang lebih baik kerana keterbatasan kemampuan dan teknologi. Malahan sebahagiannya telah diterokai dan dimanfaatkan oleh pihak-pihak asing.

 

Kekuatan Ketiga: Kekuatan Rohani.

Kekuatan rohani adalah merupakan salah satu kekuatan yang paling utama dimiliki oleh umat Islam. Kekuatan tersebut bersumber daripada “Risalah Islam” yang telah dianugerahkan Allah s.w.t. yang mempunyai beberapa cirri-ciri khas, di antaranya adalah “ Syumul” iaitu mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia. Ciri khas yang lain adalah “al-Tawazun” iaitu seimbang, adil dan tidak berat sebelah. Mengabungkan antara unsur-unsur bumi(manusia) dengan perkara-perkara langit, antara unsure-unsur kebendaan dan nilai nilai kerohanian;berhubung kait antara kehidupan dunia dengan akhirat; memperkukuhkan ilmu pengetahuan dengan nilai nilai keimanan;menambahkan sinaran akal budi dengan cahaya wahyu. Dengan konsep seperti ini, Islam sekaligus memberikan agama kepada manusia, tetapi tidak merampas dunia dari tangan mereka; menganugerahkan keimanan dan ketakwaan, tetapi tidak melarang mereka untuk bergiat cergas memperdalam ilmu pengetahuan;menghubungkan manusia dengan langit, tetapi tidak mencabut mereka dari permukaan bumi;menyuruh manusia menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya, tetapi tidak menafikan hak-hak mereka.

 

Risalah islam juga mempunyai keistemewaan tersendiri dan berbeza dari lainnya, iaitu; ianya seiring dan sejalan dengan tuntutan fitrah manusia yang suci dan akal yang sihat, menjaga dan memelihara kepentingan manusia; tidak memberatkan dan memberikan kemudahan kepada mereka; membebankan tugas yang sesuai dengan tenaga dan kemampuan insan;mengambil kira semua keadaan dan kondisi kehidupan, apatah lagi keadaan darurat(kecemasan) yang sering berlaku; menyingkirikan kesukaran, bebanan dan kesusahan yang dihadapi manusia.Rujuk (Surah al-akraf:156-157). Keistimewaan risalah Islam yang lain ialah ia menghormati orang orang yang berbeza keyakinan dan kepercayaan agama. Mereka yang bukan Islam mendapat penghormatan yang sewajarnya sebagai manusia, makhluk ilahi yang mulia; hak hak asai kehidupan mereka tidak dinafikan ataupun di cerobohi selama mereka berkelakuan baik dan tidak memerangi orang-orang Islam secara terang-terangan. (Rujuk Surah: Hud: 118-119) Dan alquran telah meletakkan dasar-dasar perhubungan yang sangat bijaksana dan mantap di antara manusia yang saling berbeza keyakinan agama. (Rujuk Surah al0Mumtahanah:8-9)

Seluruh manusia memerlukan dan berhajat kepada satu “ risalah Langit” yang suci,lurus,bersih dan penuh dengan kemudahan seperti yang dibawa oleh Al-Islam. Namun demikian ia tidak mampu ditampilkan ke permukaan bumi ini, kecuali oeh umat yang sanggup menjadikannya sebagai satu-satunya cara hidup(the way of life). Dengan itu, barulah mereka mampu menampilkan contoh teladan yang sempurna kepada umat yang lain dan sesuai dijadikan sebagai pedoman dan ikutan yang baik. Apabila mereka tidak mampu menjelmakan al-Islam di dalam semua aspek kehidupannya, bagaimana mungkin mereka akan menjadi contoh teladan dan ikutan bagi yang lainnya? Kerana orang yang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak mungkin dapat memberikan sesuatu kepada orang lain. Laksana orang buta yang menjadi penuntun jalan bagi seorang yang celik, pasti si celik tersebut akan mendapat kecelakaan, kerana mahu dituntun oleh si buta..!!. Oleh sebab itulah, menjadi kewajipan dan tanggungjawab seluruh kaum muslimin untuk melaksanakan ajaran Islam secara kaffah(keseluruhan) iaitu menyeluruh dan sempurna, agar mereka beroleh kelayakan untuk menjadi pemimpin ke atas umat yang lainnya di suatu masa nanti.

 

Read Full Post »

Peg. Seranta/peg. Perhubongan TV Ajjazeera

Peg. Seranta/peg. Perhubongan TV Ajjazeera

Lawatan ke Station TV Al-Jazeera

Doha Qatar

Syukur Alhamdulillah sewaktu berada di Doha Qatar kami telah berkesempatan melawat station TV Al-Jazeera. Urusan untuk membuat lawatan ke sana tidak begitu mudah kalau tidak ada hubungan yang baik dengan pegawai-pegawai atasan di station tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekalipun mengambil masa sedikit, akhirnya anaknda Mohd Zaim telah mendapat persetujuan kebenaran melawat.

Ketibaan kami dipintu gate disambut oleh pegawai yang bertugas. Setelah mengisi borang-borang yang berkenaan baharulah kenderaan kami dibenarkan masuk dan sebelom masuk kedalam bangunan station TV Al-jazeera sekali lagi kami diperiksa, miskipun pegawai yang bertugas ada bersama-sama dengan kami. Pemeriksaan agak ketat sedikit tidak lain, mungkin kerana faktor keselamatan dik kerana kelantangan dan telus dalam penyampaian berita. Kebenaran dan Keadilan memang menjadi musuh dan seteru kepada Iblis dan sepsis-specis yang serupa dengannya.

Sepanjang lawatan, kami telah di bawa ke beberapa buah bilik yang tertentu dan diperkenalkan oleh pegawai seranta yang menemani kami dengan pegawai-pegawai yang bertugas dan sempat berbual mesra dengan ketua Editor pemberita sekalipun singkat.

Menurut penerangan dari pegawai seranta dan juga dari maklumat lain yang saya dapati, TV Al-Jazeera mula beroperasi akhir tahun 1996 dengan sokongan material dan moral dari Amir Qatar, di mana Amir/Raja telah memberi dana 150 juta dollar Amerika tanpa mengharapkan apa-apa pulangan. Mulai sa’at itu Al-Jazeera menjadi saingan kepada siaran BBC dalam bahasa Arab. Apabila berlaku perselisihan station BBC dengan Kerajaan Saudi Arabia menyebabkan operasi BBC dalam bahasa Arab ditutup, maka banyaklah mantan staff BBC berpindah ke Al-Jazeera. Pada 15 November tahun 2006 saluran Al-Jazeera berbahasa inggeris mula ke udara. Dan kami juga dibawa melawat pejabat pentadbiran bahagian Bahasa Inggeris yang berlainan bangunan tetapi bersebelahan dengan Bahagaian Bahasa Arab. Saya senghaja bertanya dengan pegawai seranta bagaimana  Al-Jazeera dapat berita yang sukar didapati oleh station lain, beliau menjawab dengan senyuman sahaja. Begitu juga dengan kakitangan pemberita dalam bahasa inggeris kerana pemberita-nya juga ramai dari matsalih. Beliau menjawab mereka bekerja secara propersional dan patuh kepada etika kewartawanan.Saya difahamkan logo Aljaeera itu kalau tak silap saya adalah direka oleh pemandu taxi samada melalui pertantandingan merika logo tersebut atau sebaliknya. Yang pasti ia adalah hasil idea dari seorang pemandu taxi. Logo tersebut menempati kedudukan top ten dari jenama-jenama logo yang ada sekarang ini.

Ketika Iraq diserang oleh tentera Amerika pada 3 mac 03, Al-Jazeera telah membuat liputan secara menyeluruh tentang serangan tersebut serta dengan komentarnya secara telus maka secara sepontan ianya tidak disenangi oleh pihak Amerika, lalu Amerika memerintah supaya memberhentikan siaran tersebut dengan alasan kerana “Masalah Keamanan” Kerana tidak tunduk kepada arahan tersebut, makanya pada 8 April 03, pejabat Al-Jazeera di Baghdad diserang oleh tentera AS sehingga mengorbankan nyawa seorang pemberita Al-Jazeera, Tariq Ayub dan mencederakan seorang lagi pemberita yang lain, pada hal pihak AS tahu tentang kedudukan pejabat Al-Jazeera. Perkara yang serupa juga pernah berlaku ke atas pejabat Al-Jazeera di Kabul pada 13 November 01 dengan alasan kekhawatiran mereka, Al-Jazeera diperalatkan oleh Al-Qaedah.

Sekarang Al-Jazeera telah mengembangkan sayapnya di beberapa buah negera, termasuklah di Malaysia. Dengan adanya Al-Jazeera maka sikap independennya dari segi politik, beritanya dapat disampaikan secara telus terutama berita berkaiatan dengan Timur Tengah di mana sebelom ini maklumat dan berita yang disampiakn oleh media Barat tidak seimbang dan tidak adil..

Media , samada media cetak atau sebaliknya mempunyai peranan yang besar dalam mempengaruhi pemikian massa, makanya kita sebagai penedengar,pembaca dan penonton mestilah bijak menyaringkannya sama ada sumber tersebut dari dalam negeri atau luar negera ,sesuai dengan saranan Allah dalam surah Al-Hujurat ayat:49:6

با أيهالذين أمنوا ان جاءكم فاسق فتبينوا أن تصيبوا قوما بجها لة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين”

Ertinya: Hai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan secara teliti, agar kamu tidak menimpa sesuatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu”. Terima kasih kepada Al-Jazeera kerana menerima kunjungan kami dan melayani kami dengan mesra. جزاكم الله خير الجزاء

Read Full Post »

Qatar

doha-city-008-state-of-qatar2

Lawatan ke Doha Qatar

dan sedikit perbezaan ketara dengan Malaysia

Alhamdulillah dengan izin Allah a.w.t. saya dan Hajah Husna(isteri) dan bisan dari Jasin Melaka Haji Abd. Jalil Morah dan isteri beliau Hajah Latifah telah selamat mendarat di lapangan terbang Doha Qatar pada 3 Dec 07. Penerbangan dari KL/Doha Qatar mengambil masa kira-kira 8 jam.Terima kasih yang tidak terhingga, Jazakumullah khairal jazak kepada anaknda Mohd. Zaim dan Jurina suami isteri kerena membiayai pemergian kami. Tujuan lawatan ke Qatar kerana untuk menemani cucunda Mohd. Irfan, Sarah Amirah dan Nur ‘Adilah ketika ketiadaan orang tua mereka kerana menunaikan fardhu haji.

Sebelum menjejaki kaki ke bumi Qatar selain untuk melepaskan kerinduan terhadap cucunda, sudah terpahat dalam hati kecil saya dengan doa’ mudah-mudahan diizinkan Allah, dapat menemui ulamak tersuhor Prof. Dr. Yusuf Qardhawi, di samping dapat melawat Station TV Al-Jazeera, Universiti Qatar , warga Malaysia di Qatar dan lain-lain lagi. Keluarga Malaysia yang berada di Doha kerana ususan pekerjaan dan sedikit sahaja pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Qatar boleh dihitung dengan sebelah jari sahaja, berjumlah hampir seribu orang.

Selama sebulan berada di Doha mulai 3 December 07-3 Januari 09 beberapa buah tempat yang telah di lawati. Gambarnya  ada saya  rakam insya Allah, akan saya siarkan dalam blog ini nanti. Ketika berada di Doha terasa semacam berada di Tanah haram di mana waktu solat ke waktu solat yang lain begitu pendek. Kemudahan tempat solat samada masjid atau musalla dengan mudah didapati. Jalan rayanya bersih. Pasar rayanya besar-besar.Sebut sahaja pasar raya yang ada di Malaysia, semuanya ada di Qatar. Barangan terlalu mahal samada alat-alat perabut rumah, barang makanan dan sebagainya. Sebagai contoh taugeh 1 kilo RM10.00. Lada hidup kalau musim tidak ada lada hidup satu kilo RM100.00

Barangan tersebut diimpot dari luar. Bagi Qatari /warga Qatar ,ianya tidak menjadi masalah kerana mereka terdiri daripada orang-orang yang berada. Begitu juga bagi pekerja-pekerja mahir dari Malaysia. Sewa rumah juga terlalu tinggi. Saya pernah ziarah rumah salah seorang pekerja dari Malaysia, yang menyewa rumah pangsa, biliknya cuma 4 bilik, sewanya RM15,000 sebulan.

Sewaktu saya berada di Doha kebanyakan masjid-masjid yang berada sekitar bandar Qatar banyak yang telah saya lawati ketika solat berjemaah dengan ditemani oleh anaknda Mohd. Zaim. Mula-mula saya hairan, kenapa muazzin-muazzin dan sekali gus menjadi imam waktu solat selain dari solat Jumaat, wajah orang Arab seperti orang melayu. Setelah saya tanya, rupanya mereka itu warga Indonesia yang bekerja secara kontrak dengan pemerintah Qatar. Kontak biasanya 3 tahun,boleh berbahasa Arab dan hafal quran tidak kurang  7 juzuk. Mereka tinggal dalam sebuah bilek(bujang) khas dalam masjid.

Ada perkara yang tidak ada di Qatar tetapi ada di Malaysia seperti minuman keras di jual berluas-luasa, klab-klab malam bercambah dan seumpamanya boleh didapati di mana-mana tempat. Sebaliknya di Qatar ia hanya boleh didapati di hotel-hotel dan di kelab-kelab yang mewah sahaja (tertutup). Dahulu warga asing tidak boleh memilki harta alih dan tak alih kecuali sekarang ini. Itu pun bukan di semua tempat. Hanya di tempat-tempat yang dikhususkan sahaja seperti di West Bay Lagoon, Qatar Pearl dan di Lusail city. Mereka yang memiliki harta tak alih ditempat tersebut hanya layak mendapat resident permit untuk tinggal di Qatar dan bekerja di Qatar. Bayi-Bayi yang dilahirkan di Qatar tidak akan menjadi Qatari dengan sebab kelahiran mereka di bumi Qatar.

Qatar menurut maklumat yang saya dapati dari brochure penerangan/pelancgongan adalah seperti berikut:

Ibu Kota Qatar: Doha. Bahasa rasmi: Arab. Penduduk: 90% beragama Islam, menganut aliran sunni.Penganut-penganut agama lain diberi kebebasan mengamal ajaran masing-masing, sebagai contuh penganut Kristen dibenar mendirikan gereja mulai 2006,dan 2007. Dalam bulan mac 07 gereja pertama Cathtolic Church telah dengan rasminya didirikan. Namun demikian lambang Kristen tidak dibenarkan dipamer di halayak ramai. Bilangan penduduk: Hampir 1 juta. 60% daripadanya pekerja2 asing. Selebihnya warga Qatar. Pemerintahan: Monarki. Amir Qatar: Shikh Ammad alkhalifah at-tani. Perdana Menteri: Sheikh Hamad bin Jassim at-Tani. Merdeka: 3 Sept 1971. Hasil Qatar:Minyak dan gas. Dataran Qatar:160 KM. Taraf hidup penduduk Qatar lebih kurang dengan Negara-negara Eropah dan Barat. Undang-Undang: Undang-undang Islam hanya dikuatkuasa dan dilaksanakan dalam batas undang-undang keluargaIslam, undang-undang harta pesaka dan sedikit sahaja dalam bahagian undang-undang jenayah.

 

Read Full Post »

Station TV Al-Jazeera

Lawatan ke Station TV Al-Jazeera Doha Qatar

Lawatan ke Station TV Al-Jazeera Doha Qatar

Read Full Post »

Doha Corniche

scan0007pantai-cornish

Gambar ini diambil selepas menunaikan solat Jumaat di Qatar Islamic Cultural Centre. Khutbahnya disampaikan dalam bahasa Inggeris. Kebanyak jemaahnya terdiri daripada pekerja-pekerja asing. Center ini bukan binaan berbentuk masjid. Ia bangunan biasa- tak silap- 7 tingkat. Tingkat ketiga untuk kemudahan solat berjemaah termasuk solat Jumaat. Tingkat lain untuk  pejabat dan kemudahan-kemudahan lain. Gambar berlatar belakangkan Doha Corniche.

Husna diapit oleh cucunya;Mohd Zaim dan Sarah Amirah

Read Full Post »

Biodata Iblis

 

 

 

 Biodata Iblis/Setan

 

  1. Nama  = Iblis
  2. Gelar = Setan
  3. Tgl. =1-1-Tahun Perintah sujud kepada Adam
  4. Alamat = Hati orang-orang lengah
  5. Warga Negara = Dunia
  6. Agama = Kekufuran
  7. Pekerjaan = Pengasih semua manusia yang sesat dan dimurkai Tuhan
  8. Pangkat dan golongan = Pembangkang utama
  9. Jabatan =Pemimpin tertinggi kekufuran dan syirik
  10. Masa Kerja = Sejak kelahiran Adam sampai kiamat
  11. Modal kerja = Penipuan
  12. Cara kerja = Bertahap
  13. Sarana = Seks, harta dan semua hiasan dunia
  14. Sumber rezeki = Semua yang haram
  15. Tempat favorit = Night club, pasar dan tempat-tempat kotor
  16. Hobi = Menyesatkan dan menjemrusmuskan
  17. Cita-cita = Semua manusia masuk neraka
  18. Isteri = Semua yang terbuka auratnya
  19. Yang ditakuti = Zikir dan ayat Al-Quran
  20. Musuh = Tuhan dan orang beriman
  21. Teman = Semua yang rakus, boros dan ingin kekal
  22. Kekuasaan = Nihil
  23. Kemampuan = Lemah
  24. Wewenang = Merayu
  25. Alat Komunikasi = Waswas dan mengumpat
  26. Yang paling disenangi = Pemutusan hubungan antara Tuhan dan manusia
  27. Keperibadian = Angkuh
  28. Kekuasaan = Nihil

 Sumber: Quraish Shihab

Read Full Post »

Camp David;Perjanjian Damai di antara Mesir – Israel

dan Masalah Khilafiah

 

Dalam buku “Du’at La Bughah” (Pendakwah bukan Pelampau) tulisan Almarhum Ali Garisyah, terbitan Darul Buhus al-ilmiah, Kuwait ada memuatkan koresponden di antara Richard B. Mitchell dengan Ketua Bahagian Perkhidmatan Rahsia, Pusat Perisikan Amerika(CIA) di mana beliau telah mengemukan beberapa cadangan. Di antaranya dipertajamkan perselisihan faham orang Islam dalam masalah khilafiah di kalangan mereka supaya mereka mengalihkan pandangan mereka daripada isu yang lebih besar. Dalam kontek ini perjanjian Camp David yang menyentuh masa depan mereka.

 

Perjanjian camp David adalah merupakan asas bagi perjanjian Perdamaian antara Israel-Mesir pada tahun 1979. Presiden Mesir Mohamad Anwar al-Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin yang menandatangani perjanjian tersebut, masing-masing mendapat Hadiah Novel Keamanan 1978. Presiden Jimmy Carter turut juga menerima nya pada tahun 2002 atas peranannya sebagai perantara dalam proses damai tersebut.

 

Pada mulanya pihak perisikan Israel mencadangkan supaya tindakan secara agresif perlu dilakukan ke atas kumpulan-kumpulan Islam terutama ke atas Pertubuhan Ikhwan Muslimin yang terdapat di negara-negara Arab dan juga di Eropah serta Amerika Utara. Cadangan yang serupa juga dibuat oleh Mamduh Salim keatas kumpulan “Jemaah Takfir dan Hijrah” tetapi Richard Mitcheel mencadangkan sebaliknya kerana penghapusan seperti itu sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Presiden Nasir, menimbulkan rasa simpati majoriti orang Islam terhadap Jemaah Islam, malah mendurong para belia menyertai perjuangan mereka.

 

Kandungan surat Richard Mitchell yang saya olah secara ringkas, mencadangkan penghapusan kumpulan tersebut hendaklah dilakukan secara berhemat. Di antara cadangan beliau:

 

· Hanya pemimpin-pemimpin tertentu yang berada di Saudi Arabia yang perlu dihapuskan dengan segera seperti Muhammad Qtub, Ali Garisyah dan Muhammad Ghazali. Dengan berbuat demikian akan melemahkan keyakinan,rasa kurang percaya di antara Ikhwan Muslimin dengan Kerajaan Saudi Arabia.

 

· Lain-lain pemimpin yang sudah dikenal pasti untuk dihapuskan, lemahkan mereka dengan tawaran jawatan yang tinggi-tinggi yang mengiurkan dan juga projek-projek Islam yang tidak menguntungkan atau apa sahaja kerja-kerja yang membazirkan tenaga mereka. Sementara keluarga mereka pula disediakan dengan keperluan dan kemudahan secukupnya. Dengan cara ini mereka akan terpisah dengan massa/jemahir yang mendukong perjuangan mereka.

 

Bagi mereka yang berminat dalam perniagaan dan ekonomi tawarkan mereka dengan projek usahasama Syarikat Mesir dan Israel yang akan dibangunkan setelah perjanjian damai di antara Israel dan Mesir dimetrai..

 

· Mengujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka dengan mengadakan perjanjian usahasama dengan Negara-negera Arab yang mempunayi minyak. Dengan cara ini akan menjauhkan mereka dari melakukan kegiatan-kegiatan Islam.

 

Bagi mereka yang berpengaruh di Eropah dan di Amerika cara menghapuskan mereka ialah dengan melakukan pekerjaan yang memaksakan mereka menumpu sepenoh tenaga mereka terhadap pekerjaan tersebut bersama-sama dengan orang bukan Islam, kemudian merosakkan mereka melalui institusi kita.

 

· Menghabiskan tenaga mereka dengan kesebokan menerbitkan buku-buku Islam. Dan dalam masa yang sama diusahakan supaya penerbitan mereka itu tidak mendatangkan faedah.

 

· Timbulkan rasa syak dan pertelingkahan di kalangan pemimpin-pemimpin mereka sehingga menghalang mereka daripada melakukan kegiatan-kegiatan yang berfaedah.

 

Serangan khusus ke atas para Belia.

Penghapusan secara halus ke atas para belia, Richard B. Mitchell mencadangkan seperti berikut:

· Semangat juang para belia hendaklah dimatikan melalui ibadah ritual seperti upaca ibadat yang dilakukan oleh pempimpin-pemimpin Gereja supaya ia selari dengan perancagan yang telah disusun atur.

· Mempertajamkan perselisihan faham dalam masalah khilfiah/perkara furu’/ranting supaya mengabaikan isu-isu yang lebih besar.

· Mengalakkan serangan terhadap sunnah Nabi Muhammad saw serta sumber-sumber Islam yang lain.

· Memecah-belahkan Perkumpulan Islam dan Jemaah Islam serta menimbulkan pertelingkahan dari dalam dan dengan jema’ah-jema’ah yang lain.

· Menghalang kebangkitan Belia Islam dari komitmen mereka dengan ajaran Islam seperti berpakaian menutup aurat melalui media masa dan kebudayaan kuning.

· Menyediakan secara berterusan institusi pendikan mereka di semua peringkat untuk menghambat jemaah Islamiah dan seterusnya mengurangkan kegiatan-kegiatan nya.

 

Di akhir surat Richard tersebut, beliau mengharapkan sekiranya cadangan penghapusan ke atas kumpulan Islam di semua peringkat dipersetuji, beliau berharap tindakan segera seperti arahan-arahan kepada badan-badan yang berkaitan diambil tindakan segera dan pihak beliau bersedia memain peranan untuk melaksakannya.

 

Tandatangan

Ricahrd B. Mitchell

 

 

 

 

Read Full Post »

qaradawi1

Khutbah Juma’at

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Following are excepts from a Friday sermon delivered by Sheikh Yusuf Al-Qardhawi,which aired on Al-Jazeera TV on January 9,2009.

Sheikh Yusuf Al-Qardhawi: I address my first message to the aggressor Jews, those arrogant plunderes, who act arrogantly toward the servants of Allah in the land of Allah.

In the past , the Jews spread corruption in the land twice, and Allah punished the both times, by setting as masters upon them people who tormented them, humiliated them, and made them bow their heads. This is what they did in history, and it well know that Allah set as master upon them the king of Babylon, Nebuchadnezzar, who took them into captivity. He destroyed their homes, razed their temples, and burned their Torah, and look them into captivity in Babylon for seventy years. Then they repeated their needs, so He set the Romanss as masters upion them.

The Jews have lived as dhimmis in our land for a long time, and no Muslim violated the covenant with them. They were fine, and were among the richest people of the nation that the Muslim envied them. They were close to the sultans, the kings, and the rulers of those times. Despite this, they were not faithful to the (covenant). When they were banished from Euroe, they found no compassionate bosom, no cave to shelter them, except for the lands of Islam. It was the Ottoman Empire, the Mameluke state, and the Islamic counters that recived them with open arms, gave them shelter and protection, but when(the jews) gained influence, they turned their backs on them, and we have become their victims.

This is one of the peculiarties of our times. The nation upon which abasment and humiliation was inflicted, and which drew the wrath of Allah-the people most covetous of life-we have become their victims. The cowards have grown bold in their attitude towards us, the weak and humiliated have grown strong in their dealings with us. The small birs in our land have turned into eagle, and the sheep have turned into wolvws that devour us. What has befallen our nations? But Allah not allow these people to contine to sprad corruption in the land. We wait for the revenge of Allah to descend upon them. And. Allah willing, it will be by our own hands: “Fight them, Allah will torment them by your hands, and bring them to disgrace, and willassist you against them, and will heal the hearts of the believers,and you will still the anger of your hearts.” This is my message to the treacherous Jews, who have never adhered to whaht is is right, or been true to their promise,who violate each time the promise them make to you.

My second message is addressed to the West, which collaborates with Zionism, and especially to America, which acts like a good on Eart. No body asks America about the things it does, and no body holds it accountable for the things it says, because it is like a good in this world. It is America thar supports Israel, whether rigt or wrong.

We say to the West, and especially to America, that Allah will not let you support falsehood. He will not let you support inequity against justice. The USSR collapsed their eyes. The USSR possessed military power, including a nuclear arsenal, but nevertheless, it collapsed. According to the law of Allah, they should collapse as well, unless they full yhemselves together and stay by what is just. My message to the Muslim rukers in general, and to the Arab rulers in particular, is thar they should be God-fearing with regard to their nation. The peoples have spoken, but the rulers closed theit ears, as if they cannot hear, and have covered their eyes as if they cannot see.

This nation is a great nation, buts its problem lies with its rulers and its leaders, who are completely deyached from nation. If this goes on, these rilers will not be able to remain(in power), because they drive their legitimacy from the masses of their peoples, and if the people, these masses, leave them, they will lose all legitimacy. These rulers are deserate, powerless, and incapable of doing anything. They couldn’t even a summit. Is that so difficult?!

Oh rulers, this is a disgrace on your part. I do not want to say that is prohibited, because many of you do not care about what is permitted or prohibited. But I say that it is ad disgrace on ypur part to do nothing but watch while your brothers are being dsetroye. Slaughtered and tormented. This is extremely strange. Are these (Arab rulers) the descendents Abu’ Ubaidagh, Khaled ibn Al-Walid, Tareq ibn Ziyad, and all our nations conquerors throughtout the age?! This is my message to our rulers: They should heed their peoples when they make their decisions, or else history will sweep them up with its broom. Even though Gaza has no gateway except for Egypt, Israel is surrounded by several Arab states, Lebanon and Syria, Jordon, anda SDaudi Arabia are all neighbours of Israel, and whoever wanted to set out(on jihad) from these countries could gave done so, if the gateways were openend. But it is as if we have vocome the protectors od Israel.

Here in Qatar, we have a branch of Marks and Spencer, which regulary dedicates it Saturday revenue to Israel. We have a Starbucks, which serve coffee. They used to hand a sign on the doors of their shops: “We benefit our most important partner, which is Israel, we help in the education of students in Israel, we help build up the Israel defence arsenal,”and so on. People go and drink their expensive coffe. Instead of pay8ing 2 riyals for a cup of coffee, they pay 20 riyals. The Starbucks is Zionist. Why do we not teach the nation to make do with ist own products, when possible, even if they are of lesser quality? This is the only way the nation will rise. My brothers, put the boycott agai8nst yhe nations enemies into action. Every riyal you pay turns into a bullet in the heart of your brothers in Gaza and in other Islamic countries.

Oh Allah, take your enemies, the enemies of Islam. Oh Allah, take the Jews, the treacherous aggressors. Oh Allah, take this profligate, cunning, arrogant band of people. Oh Allah, they have spread much tranny and corruption in the land. Pour your wrath upon them, oh our God. Lie in wait for them. Oh Allah, you annihilated the people of Thamoud at the land of tyrant, and You annihilated the people of’Aad with a fierce, ice gale, and You destroyed the Pharaoh and his soldiers.Oh Allah,take this oppressive, Jewis, Zionist band of people. Oh Allah, do not spare a single one of them. Oh Allah, count their numbers, and kill them, down to the very last one.

Read Full Post »

Di hadapan masjid Umar ibn Al-Khathab R.A. di Doha Qatar,masjid tempat Dr Yusuf Qardawi menyampaikanj khutbah Juma'at dan kulliah beliau. Gambar di ambil dlm bulan Jan 08.

Bergambar di hadapan masjid Umar ibn Al-Khathab R.A. di Doha Qatar,masjid tempat Dr Yusuf Qardawi menyampaikan khutbah Juma'at dan kulliah beliau. Gambar di ambil dlm bulan Jan2008. Sebelah kanan saya Muazzin? dari Indonesia yang brtugas di masjid tersebut dan Haji Abdul Jalil dari Jasin Melaka, bisan saya.

Read Full Post »

Older Posts »