Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2009

gambar-gajah2

Cerita Orang Buta Dengan seekor Gajah

Saya percaya anda pernah mendengar cerita yang tersebut di atas sebagaimana saya pernah mendengarnya ketika saya masih kecil lagi miskipun tanpa mengetahui pengajarannya. Kali ini saya jadikannya bahan blog, bukan berniat untuk menga’ibkan mereka yang cacat penglihatan,malah kita tabik dengan kempulan ini kerana hati mereka tetap celik,malah ada di antara mereka yang telah berjaya sampai ke menara gading dan mengusai bidang-bidang disiplin ilmu-ilmu yang tertentu. Diantara gulongan yang manjadi bahan bakar api nereka dan lebih hina kedudukannya dari binatang ialah gulongan yang celik penglihatan dan sebagainya. Firman Allah yang mafhumnya:” Dan sesunguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari Jin dan Manusia,mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah,dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai ternak,bahkan mereka lebih sesat lagi. Merek itulah orang yang lalai” (S:ala’araf:7;179) Jadi, ianya saya jadikan bahan bacaan ringan sesuai dengan kekangan masa yang ada pada anda. Cerita orang buta dengan seekor gajah seperti berikut

Orang Buta pertama menyentoh badan gajah,lalu beranggapan gajah seperti tembok Kemudian orang buta yang kedua pula berpendapat gajah bukan seperti tembok, sebaliknya ia seperti tombak sebab dia menyentoh gadingnya. Lalu orang buta yang ketiga pula berpandapat, gajah bukan seperti tembok dan bukan juga seperti tombak. Ia sepeti seekor ular, sebab dia menyentoh belalainya. Orang buta yang keempat memegang kaki gajah,lalu dia beranggapan gajah sebenarnya tak ubah seperti sebatang pokok. Orang buta yang kelima pula tidak sependapat dengan fahaman orang-orang buta sebelomnya.Menurut dia memang sah gajah seperti sebuah kipas, sebab dia menyentoh kupingnya. Lalu orang buta yang keenam dengan tegas berpandapat;gajah adalah seutas tali kerana dia memegang ekornya.

Bebagai-bagai persepsi,tanggapan dan femahaman dari cerita tersebut boleh dibuat tetapi bagi saya, kalau ianya dikaitkan dengan pemahaman segelintir muslim mengenai Islam samalah seperti orang Buta dengan cerita seekor gajah. Sama ada ianya kesan dari panjajahan Barat melalui sistem pendidikan warisan yang mereka warisi sehingga menyebabkan mereka tidak jelas konsep Islam atau kerana sebab-sebab yang lain. Salah faham terhadap Islam panjang lebar disentoh oleh Muhammad Qutub dalam bukunya SYUBHAAT HAULAL ISLAM.

Di antara contoh silap faham dalam memahami Islam ialah memisahkan Islam dari urusan kemasyarakatan,politik, ekonomi, pendidikan dan seumpamanya. Islam hanya menitik berat soal-soal kerohanian/tarikat dan akhlak dalam pengertiannya yang sempit. Seolah-olah dakwah Islamiah hanya berkisar dari sudut ibadah khususiah-tidak lebih daripada itu. Akibat dari itu makanya ada yang tidak berminat mendengar syarahan,ceramah,kuliah,forum yang menyentoh perkara selain daripada fardu ain dan tasauf. Pun demikian juga dari segi tumpuan pelajaran ada yang hanya belajar dalam satu bidang sahaja seperti fiqh,bacaan al-quran,marhaban,mengamalkan tariqat dan lain-lain lagi. Dari segi organisasi ada yang menghad matlamatnya dalam bidang kebajikan sahaja,demikian juga ada organisasi dakwah tumpuannya hanya dari segi fadailul akmal dan lain-lain lagi. Namun demikian minat dalam bidang-bidang tertentu atau sebagai sebuah organisasi tumpuan hanya diberi dalam skop-skop tertentu, tidak manjadi masalah kalau keupayaan terbatas atau ianya dirancang tidak lebih daripada saling lengkap melengkapi dalam rangka perancangan Islam yang menyeluroh.

Mengamalkan Islam secara serpihan-juziyah,bukan kulliah tidak akan dapat menyelsaikan masalah. Ia akan melumpuhkan kekuatan Islam dan sekaligus umat Islam sendiri.Maka jadilah umat Islam seperti kerbau dicucuk hidong. Dalam hal ini mari kita ikuti penjelasan dari Fathi Yakan dalam bukunya ABJADDAIYYAT ATTASAUWUR ALHARAKI LILAMAL ALISLAMI. Dukacita saya tidak dapat menyalin tulisannya itu dengan bahasa arab kerana pc yang saya gunakan ini tidak ada kemudahan tulisan jawi kerana saya sekarang berada diluar kawasan dan menggunkan pc orang. Sebahagian daripada maksudnya ialah mengambil Islam dalam sudut-sudut yang tertentu samalah seperti menceraikan alat yang lengkap dari bahagian-bahagian yang lain dan akibatnya akan tergendalalah pergerakannya.

Apakah nilai tangan,kaki,mulut,telinga atau lain anggota tubuh manusia sekiranya telah putus dan tidak berada ditempatnya. Apakah nilai politik sekiranya ia tidak mengambil tempatnya dan bentuknya yang semestinya. Demikian juga apa nilainya kerja-kerja pendidikan sekiranya ia terpisah dari matlamat dan sistem kerja gerakan Islam untuk perubahan. Nilai semua kerja ini akan tetap kekal dan unggul ,manakala pemisahan Islam dari sifatnya yang menyeluruh akan terdedah kepada hakisan dan lenyap dilanda kemusnahan.

Prof Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya ALHILLUL ISLAMI menyenraikan beberapa perkara yang menghlang kejayaan gerakan Islam.Di antaranya ialah kejahilan massa mengenai Islam. Oleh kerana itu beliau menyeru agar Islam sebagai addin di sebar luas di kalangan massa dan di merata tempat. Ia bukan milik eksklusif ahli gerakan. Manusia akan manjadi musuh kepada perkara yang dia tidak mengetahuinya.Supaya massa tidak manjadi musuh kepada anda dan kepada gerakan Islam sebarkannya dengan berbagai-bagai cara.

Berubah, jika tidak kita rebah

Perkataan yang tersebut di atas, kita dengar baru-baru ini keluar dari mulut pemimpin tertinggi sebuah parti politik di tanah air sebagai peringatan kepada ahli parti supaya perlu berubah untuk kemenangan piliharan raya yang akan datang. Perubahan yang perlu dilakukan menurut pemimpin tersebut ialah perubahan dari segi menentukan pemimpin,membendong masalah politik wang dan mengemaskinikan pendidikan dan pengkadiran poltik untuk anggota. Berbeza dengan perubahan menyeluroh yang dibawa oleh Assyahid Hassan Albanna untuk anggota Ikhwan Muslimin iaitu dengan memperkenalkan Rukun Bai’ah.Bukan sahaja pendokongnya perlu berubah dari segi fikrahnya, malah organisasi dan sistemnya sekali.

Rukun Bai’ah

Yang dimaksudkan dengan rukun ialah salah satu perkara yang mendasari sesuatu binaan atau satu bahagian yang apabila ditinggalkan terbatallah sesuatu amalan seperti rukun solat.Sekiranya salah satu rukun solat tertinggal batallah solat tersebut seperti tertinggal bacaan fatihah dan begitu juga binaan tidak dapat didirkan jika binaan tersebut tanpa tiang dan seumpanya. Manakala bai’ah pula ialah perjanjian untuk memberikan keta’atan tanpa berbelah bagi samaada yang melibatkan harta,tenaga atau jiwa selama mana ia diredhai oleh Allah s.w.t. Dengan kata lain tujuan bai’ah tersebut adalah sebagai pernyataan dan aku janji ta’at setia untuk berjihad di jalan Allah sehinggalah manhaj dan peraturan Allah memimpin kehidupan manusia. Ianya bukan suatu yang direkacipta atau ia suatu pilihan oleh kaum muslilin, sebaliknya ia adalah tuntutan syara’ sebagaimana termaktub dalam surah at-Taubah;111 dan surah al-Fath;18-19.

Apakah perkara yang dibai’ahkan

Ada 10 perkara yang manjadi rukun bai’ah dalam gerakan Islam Ikhwanul muslimin dimana ianya mula ditulis oleh as-Syahid Hassan Albanna dalam tahun 1943 masehi. 10 perkara tersebut seperti berikut;

1. Memahami Islam 2. Ikhlas kerena Allah swt. 3. Beramal kerana Islam. 4. Berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan sepenoh masa,tenaga dan harta sehingga kalimah Allah berada ditempatnya yang paling tinggi. 5. Menta’ati Allah dan Rasul serta semua ulamak kaum muslimin serta pemimpin mereka,selagi tidak pada perkara maksiat. 6. Teguh di atas kebenaran. 7. Berdakwah kepada Allah swt walau bagaimana sekalipun halangan dan dugaan. 8. Menjauhi segala seruan dan penggabungan yang selain daripada seruan kepada Allah swt dan penggabungan dengan agama yang murni ini. 9. Bersaudara kerana Allah swt semasa di atas jalan yang hak. 10. Saling mempercayai antara pemimpin dan pengikut.

Apabila kita melihat urutan nombor rukun bai’ah yang tersebut di atas jelas kepada kita betapa beratnya perhatian almarhum as-Syahid Hassan al-Banna kepada rukun pertama daripada sepuluh rukun tersebut ia itulah rukun faham. Faham yang dimaksudkan di sini ialah kefahaman yang menyeluruh tentang Islam sebagai sistem hidup yang yang syumul,menyeluruh mencakupi seluruh bidang kehidupan. Di bawah rukun faham itu beliau menekankan permasalahan akidah,ibadah,muamalat secara meluas,jika dibandingkan dengan rukun-rukun yang lain kerana ia adalah perkara usul dan asas yang mendasari rukun-rukun bai’ah yang lain. Kemudian beliau perincikan rukun faham itu secara detail sehingga manjadi usul isyriin/usul 20 iaitu Islam adalah;(1)Negara dan tanah air atau kerajan dan umat.(2)Akhlak dan kekuatan atau rahmah dan ke’adilan .(3)Kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman.(4)Material dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan dari segala/sebahagian keperluan(5)Jihad dan da’awah atau tentera dan fikrah.(6) Sepertimana ia adalah akidah yang sebenar dan ibadah yang sahih, sama sahaja tanpa ada perbezaan.

Kesimpulan yang dibuat oleh Dr. Ali Abdul Halim Mahmud tentang rukun faham iaitu kita hendaklah memahami Islam secara yang sahih dan sempurna sepertimana yang difahami oleh Ahli Sunnah wal Jemaah pada batasan prinsip dan usul dua puloh yang telah ditetapkan oleh as-Syahid Hassan Al-Banna yang telah menghimpunkan di dalam nya semua perkara yang wajib seorang Muslim memahami tentang agamanya. Said Hawa pula dalam bukunya aafaq fi risalah taklimnya pula menyaran agar setiap pendakwah dan pendukong gerakan Islam hendaklah menghadhamkan intipati dari risalah taklim tersebut dan mengaalkannya kerana ia umpama jantong kepada gerakan Islam. Maka tidak peliklah sebelom beliau menjelaskan rukun bai’ah tersebut as-Syahid berpesan dengan katanya: Wahai Ikhwan yang benar,terdapat sepuloh rukun bai’ah hendaklah kamu memeliharanya. Dimaksudkan memelihara sini,oleh Dr Ali Abdul Halim Mahmud ialah setelah ada kesedaran dan kefahaman selepas menghafalnya,lalu membuahkan kefahaman,kemudian beramal dengan tuntutannya iaitulah penyeliaan,pemeliharaan dan pelaksanaan.

Akhir kalam marilah kita sama-sama membetulkan salah faham kita terhadap Islam jika ada, jangan seperti cerita orang buta dengan seekor gajah kalau kita serious untuk melakukan perubahan menyeluruh . Islam tidak akan dapat dibangunkan dengan hanya berteori dan berbangga dengan kegemilangan masa lalu sebaliknya kita perlu bertindak/beramal,sesuai dengan firman Allah sawt dalam surah; aTTaubah:ayat:105.
Kita hendaklah menjadi pemimpin amal di dalam jama’ah dan di dalam ’amal Islami
seluruhnya.Wallahu aklam.

Read Full Post »

abah-23
Gambar adalah sebahagian daripada sejarah yang tidak mungkin dibohongi kebenarannya. Kalau kurang percaya coba anda ambil albam anda dan buka lambarannya demi lambaran. Pasti anda akan tersenyum simpul tanda gembira terkenang nostalgia di sebalik kisah gambar tersebut. Namun demikian kegembiraan itu rupanya sebentar sahaja bilamana anda melihat betapa jauh bezanya paras dan wajah anda pada masa dahulu dengan keadaan wajah anda pada masa kini. Itulah namanya proses perubahan yang pasti dilalui oleh setiap makhluk yang bergelar manusia. Yang tidak berubah kewujudannya, yang tiada ada permulaan dan tiada ada penghujongnya. Itulah Allah swt. Semua makhluk bermula dengan tiada, kemudian ada,kemudian tiada ada pula. Semuanya akan binasa dan menerima perubahan. Lantaran itu anda jangan coba berangan-angan hendak kembali kepada keadaan anda seperti sediakala dahulu. Teringat saya ketika belajar nahu dengan tok-tok guru saya di madrasah aljunid Singapura dahulu yang menyuruh saya mengikrab ’ LAITAS SYABABA YA’UDU’ Ertinya;semuga zaman muda kembali semula”. Yang sudah berlalu tetap berlalu. Makanya terimalah perubahan itu dengan redha kerana ia sunnatullah.

abah-52
Yang penting bila anda melihat wajah anda melalui gambar tersebut ia dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan; betapa umur itu sendiri adalah hakikat kehidupan diri sebenarnya. Ia menuntut tindakan yang derastik; Apa yang patut dilakukan untuk mengisi umur yang berbaki ini yang diibaratkan seperti matahari yang terbenam perlahan-lahan di waktu senjakala. Sebagai seorang muslim, biarpun sisa umur pada hukum adatnya hanya tinggal sedikit sahaja lagi, ia tidak manjadi masalah. Yang penting manfa’atkan ianya sebaik mungkin. Dalam hal ini Rasulullah saw meninggalkan pesan melalui sabda baginda yang mafhumnya ”Jika sa’at kiamat tiba dan anda sedang menyemai benih tanaman, teruskanlah semaian anda itu.’. Kata Ibnu Umar ra yang mafhumnya” Apabila Engkau berada di waktu petang maka janganlah menunggu sampai waktu pagi.

abah-43

Ada sebuah Al-Kisah tentang seorang lelaki yang sudah lanjut usianya sedang menanam pokok kelapa. Ia hanya akan menghasilkan buahnya mengambil beberapa tahun di mana pada perkiraan adat;orang tua tersebut belom sempat merasa hasil tanamannya itu, dia akan menemui ajalnya lebih awal dan anak yang mempusakainya pun tidak ada pula. Apa jawapan orang tua tersebut; ’Saya telah pernah memakan kelapa yang ditanam orang, maka saya menanam kelapa ini bukan untuk saya, tetapi kiranya orang akan dapat pula memakan apa yang saya tanam”

Khusus kapada para remaja dan para beliawanis dan siapa sahaja yang sudah hampir ke garis penamat, manfa’atkanlah dua nikmat yang selalu diabaikan oleh kebanyakan manusia iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang dengan kegiatan-kegiatan untuk meraih kecemerlangan di dunia di akhirat. Saidina Umar r.a pernah bertanya kapada anak-anak Harima bin Sinam, ” Apa yang diberikan Zuhair kapada mu dan apa yang kamu berikan kepadanya?” Mereka manjawab, ”Mereka telah memuji kami dan kami memberinya harta benda”. Saidina Umar ra berkata:” Demi Allah, lenyap sudah apa yang kamu berikan kapadanya dan akan tetap lastari apa yang dia berikan kepadamu”. Maksud perkataan Saidina Umar ra bahawa pujian itu akan kekal abadi selamanya”. Itulah maksud yang sebenarnya umur yang panjang. Jadi umur yang panjang bukan diukur dengan tarikh,minggu,bulan dan tahun. Umur yang panjang ialah bilamana nama anda meniti dari bibir ke bibir menjadi sebutan kerana pengorbanan yang anda sumbangkan, sama ada ianya berbentuk fikiran, ilmu dan tulang empat kerat. Contoh yang paling dekat ialah sirah Rasulullah saw dan para sahabat radiallahu anhum. Biarpun Rasulullah saw dan para sahabat telah berabad-abad wafat namun mereka semacam masih hidup bersama sama dengan kita kerana pengorbanan mereka. Demikian juga para ulamak dan cendikawan yang telah meninggalkan hasil karya masing-masing dan amal bakti mereka, mereka tetap kita kenang, lebih-lebih lagi bila kita membaca hasil karya mereka, seolah-oleh mereka sedang berada di hadapan kita dan sedang berbicara dengan kita. Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya: Sebaik-baik manusia adalah orang panjang usianya dan bagus amal perbuatannya. Seburuk-buruk manusia adalah orang yang panjang umurnya dan buruk amal perbuatannya”. Dengan kata lain, usia lanjut tidak wajar dijadikan alasan untuk anda tidak menyumbang sesuatu demi pembangunan Islam. Wallahu uklam.

Read Full Post »


Read Full Post »

Seribu Jiwa Untuk Islam

(Jika anda ada sedikit masa sila baca jejak langkah perjuangan Said Nursi di bawah ini )

“Adakah kamu juga ingin undang-undang Islam dilaksanakan?” tanya Hakim Khurshid Pasha kepada Badiuzzaman Said Nursi, sebaik sahaja selesai menjatuhkan hukuman mati ke atas 19 orang sahabat seperjuangannya. Dengan tenang Said Nursi menjawab, “ Andainya saya dikurniakan seribu jiwa saya akan korbankan semuanya demi menegakkan undang-undang Islam. Kerana ia adalah sumber kebahgiaan, keadilan dan kebaikan hakiki”. Perbicaraan yang sedang berlangsung itu telah di-saksikan oleh beribu-ribu orang rakyat Turki. Said Nursi dihadapkan ke mahkamah tentera atas tuduhan turut terbabit dalam pemberontakan mahu menggulingkankerajaan untuk mengeakkan undang-undang Islam di Turki. Walau bagaimanapun, perbicaraan itu itu terpaksa ditamatkan begitu sahaja apabila pihak penuduh gagal membuktikan bahawa Said Nursi juga terlibat dalam pemberontakan pada 13 April 1909 itu.

Selepas dibebaskan, Said Nursi meninggalkan Istanbul dan kembal ke Van. Pada awal tahun 1911, beliau meluangkan masanya untuk membuat lawatan ke Syria. Beliau berpeluang menyampaikan syarahan di Masjid Umayyah yang terletak di Damsyik. Antara syarajannya yang menarik adalah: “Saya hendak memberitahu seluruh dunia bahawa masa depan dunia adalah untuk Islam. Kebenaran iman dan akhlak akan tertegak. Kekerasan, kedegilan dan serangan-serangan musuh akan ditewaskan oleh pedang akhlak dan kebenaran bersama-sama kemajuan duniawi yang kita capai”.

Ketika tercetusnya perang Tripoli(1911) Said Nursi turut melibatkan diri. Begitu juga dalam perang Balkan yang berlaku pada tahun 1912. Dua tahun kemudian, berlaku pula perang Dunia Kedua. Said Nursi dengan rela hati menawarkan diri untuk mempertahan Turki dalam peperangan tersebut. Beliau berjuang melawan tentera-tentera Rusia. Miskipun Said Nursi dan orang-orangnya telah mempersembahkan gaya perjuangan yang terbaik, namun kemaraan tentera musuh gagal dihalang. Sepanjang tempoh peperangan, Said Nursi telah mempamerkan nilai keberanian yang sungguh luar biasa. Beliau berjalan di medan peperangan tanpa rasa gementar. Beliau juga tidak berminat mencari perlindungan, miskipun beliau patut berbuat demikian. Pernah berlaku, peluru musuh tidak langsung memberi bekas kepada tubuh Said Nursi. Apabila ditanya orang,beliau pun menjawab, “ Andainya seseorang itu berada di di bawah perlindungan Allah Yang Maha Berkuasa, bukan sahaja peluru biasa tidak dapat memusnahkannya, bahkan peluru meriam juga.”

Salah satu kehebatan Said Nursi dalam menampakkan keberaniannya, beliau sempat mencuri waktu untuk mengarang kitab ketika peperangan sedang berkecamuk. Antaranya ialah sebuah tafsir Al-Quran yang berjudul “ Isyaratul I’ijaz”. Bagaimanapun akhirnya Said Nursi berjaya ditahan oleh tentera Rusia pada 14 Februari 1916. Beliau dibawa ke ibu Pejabat tentera Rusia. Kakinya yang patah diberi rawatan. Kemudian Said Nursi dihantar ke khemah tawanan perang terbesar terletak di Kostroma. Pada suatu hari, Jeneral Nicolas Nicolavich, seorang Jeneral Rusia terkenal, telah melawat khemah tawanan perang tersebut. Semua tawanan perang berdiri memberi tabik hormat kepada Jeneral Nicolas. Tetapi Said Nursi tidak berbuat demikian. Beliau senyap membatu. Perbuatan Said Nursi itu ternyata mengundang kemarahan Jeneral Nicolas. Beberapa soalan diajukan kepada Said Nursi dengan penuh kekasaran. Said Nursi menjawab: “ Saya seorang ulama. Saya menganggap orang beriman lebih mulia daripada orang yang tidak beriman. Saya tidak boleh bertindak yang bertentangan dengan keimanan saya. Kerana itu saya tidak perlu menghormati awak.”. Ketegasan Said Nursi telah mengheret beliau naik ke Mahkamah Tentera. Hasil perbicaraan , Said Nursi dijatuhi hukuman mati.

Sebelum hukuman dijalankan, Said Nursi memohon kebenran menunaikan dua raka’at sembahyang sunat. Beliau pun diberi masa. Selesai sembahyang, berkata Jeneral Nicolas kepada nya, “ Maafkan saya. Saya dapati tindakan awak ini adalah kerana keikhlasan awak kepada keimanan yang awak miliki. Sebagai menghormati keimanan yang telah membneri awak ketengan yang luar biasa ini, sayab bebaskan awak daripada hukuman ini.”

Pada tahun 1918, Said Nursi berkesempatan melepaskan diri dari khemah tahanan di Kostroma. Belliau mendapat peluang itu ketika berlakunya pemberontakan revolusi komunis di Rusia. Beliau berjaya melarikan diri sampai ke Istanbul. Pada pertengahan tahun 1920, tentyera Greek dengan dibantu oleh British bergerak masuk ke Anatolia. Said Nursi mula merasai sesuatu yang tidak baik bakal berlaku. Beliau coba mengatasi masalah ini dengan menyerahkan segalanya kepada Allah. Sepanjang malam, masanya dihabiskan dengan beribadah dan berdoa. Keesokakan harinya, terpampang di dada akhbar berita kematian Raja Greek. Raja itu mati akibat digigit oleh seekor kera liar.

Pada Oktober 1922, Turki disytiharkan sebagai Negara Republi, dan Islam masih diterima sebagai agama rasmi Negara. Tetapi penerimaan itu tidak lama apabila puak secular cuba menggubah perlembagaan. Bukan itu sahaja, bahkan mereka menguatkauasakan pembaharuan-pembaharuan berunsur secular yang jauh bertentangan dengan Islam. Tiga tahun kemudian, satu undang-undang baru diluluskan. Di bawah undang-undang itu, semua majalah dan akhbar yang menyokong Islam diharamkan. Pengarang-pengarangnya dihadapakan ke Mahkamah dan tidak dibenarkan menjalankan usaha penerbitan lagi. Beberapa bulan berikutnya, calendar Hijrah yang telah digunakan sekian lama di Turki digantikan dengan calendar Masehi. Undang-undang keluarga Islam telah dibatalkan. Dan Turki secara rasminya diisytiharkan sebagai Negara sekukar.

Pada tahun 1931, azan telah ditukar ke bahasa Turki. Empat tahun berikutnya, Masjid Aya Sofia yang kaya dengan keindahan dan nilai sejarahnya turut menjadi mangsa. Bangunan suci itu telah diubah menjadi sebuah muzium. Sepanjang tempoh perubahan besar itu, Said Nursi berada dalam buangan dan sentiasa dikawal rapi oleh pihak berkuasa. Pun begitu, suara lantangnya menentang perubahan dahsyat yang berlaku di Turki tetap bergema. Semakin hebat tekanan yang diterima, sehebat itu jugalah Said Nursi menempekkan kebenaran. Dalam msuim bunga 1936, Said Nursi dibebaskan dari penjara Eskisheir. Tetapi pembebasan itu tidak bermakna keraqna beliau dibuang pula ke Kastamunu, sebuah Bandar di wilayah utara Turki. Lapan tahun beliau berada di di Kastamunu. Dalam tempoh tersebut, Said Nursi telah menghasilkan penulisan-penulisan yang baik. Belaiu tetap dengan tabiatnya mengajar dan mendidik. Hingga beliau berjaya mengumpulkan sekumpulan anak murid yang rajin dan pintar. Merekalah yang bertanggungjawab menyebarkan tulisan-tulisan Said Nursi.

Suatu hari, pihak polis menyerbu masuk ke rumah Said Nursi dan merampas karya-karyanya. Said Nursi turut ditahan dan dibawa ke Angkara. Dari Angkara beliau dibawa pula ke Isparta dan seterusnya ke Denili. Di Denizli , beliau bersama 126 anak muridnya telah dipenjarakan sebelum dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan dan menentang pembaruan di Turki. Seperti di majlis-majlis perbicaraan lainnya, di Mahkamah Denizil Said Nursi tetap mempertahankan dirinya dengan mengutarakan hujah-hujah yang jitu dan menarik. Anatara lain kata: “ Saya dituduh penentang demokrasi. Sebenarnya saya adalah penyokong dasar dasar yang berlandaskan Islam. Semangat itulah yang membuat saya menghprmati khalifah-khalifah Islam pada peringkat awal dulu.. Tetapi tidak pada demokrasi awak. Apabila kami menyeru manusia supaya enjadi baik dan amanah, awak tuduh kami menjalankan kegiatan sulit menentang Negara. Adakah awak menemui kebenran dalam kebimbingan awak terhadap saya dan sahabat-sahabat saya?”.

Keputusn perbicaraan dicapai. Said Nursi dibebaskan daripada tuduhan. Tiada bukti yang menunjukkan beliau bersalah atas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan. Tahun-tahun akhir kehidupannya dihabiskan di Isparta dan Amirdagh. Pada 11 Januari 1960, Said Nursi melawat Angkara buat kali terakhir. Beliau menyampaikan khutbah penghabisannya. Pa a 3 Mac tahun yang sama, beliau tiba di Urfa. Berita ketibaannya itu diketahui oleh rakyat jelata. Mereka keluar beramai-ramai menemuinya. Beratus=beratus orang naik ke bilik Said Nursi untuk mencium tangan berliau. Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa Urfa pula tiba. Mereka cuba untuk menghantar Said Nursi balik ke Amirdagh tetapi tidak berajay kerena beliau demam teruk sehingga tidak mampu berjalan jauh. Pada jam 3.00 pagi, kira-kira 20 hari berikutnya, Badiuzzaman Said Nursi melepaskan nafasnya yang terakhir. Jenazahnya dikebumikan di Dergah Khalilur Rahman, Urfa. Seisi alam berduka dngan pemergian tokoh pejuang ulung itu. Sumber Abu Hikmah Al-Husni.

Read Full Post »

Lagu Bangau oh Bangau

Coba anda berlagu ketika membaca liriknya di bawah ini.

Gambar ini saya temui ketika saya membuka album-album lama saya dan ia diambil ketika saya dan keluarga melawat zoo Singapura dlm tahun 80an. Kemudian ia dijadikan bahan blog saya kali ini.

Gambar ini saya temui ketika saya membuka album-album lama saya dan ia diambil ketika saya dan keluarga melawat zoo Singapura dlm tahun 80an. Kemudian ia dijadikan bahan blog saya kali ini.

Oh Bangau oh Bangau

Kenapa engkau kurus

Macam mana aku tak kurus

Ikan tidak timbul

Oh ikan oh ikan

Kenapa engkau tidak timbul

Macam mana aku nak timbul

Rumput panjang sangat 2x

Oh rumput oh rumput

Kenapa panjang sangat

Macam mana aku tak panjang

Kerbau tak makan aku2x

Oh kerbau oh kerbau

Kenapa engkau tak makan rumput

Macam mana aku nak makan

Perut aku sakit2x

Ok perut oh perut

Kenapa engkau sakit

Macam mana aku tak sakit

Makan nasi mentah2x

Oh nasi oh nasi

Kenapa engkau mentah

Macam mana aku tak mentah

Kayu api basah2x

Ok kayu oh kayu

Kenapa engkau basah

Macam mana aku tak basah

Hujan timpa aku2x

Hujan oh hujan

Kenapa engkau timpa kayu

Macam mana aku tak timpa kayu

Katak panggil aku2x

Katak oh katak

Kenapa engkau panggil hujan

Macam mana aku tak panggil

Ular nak makan aku2x

Ular oh ular

Kenapa engkau kau nak makan katak

Macam mana aku tak makan katak

Memang makanan aku2x

Prof Dr  As Sayyid Muhammad AlMalikky Al Maky Al Hasany sedang menandatangani buku lawatan ketika beliau menziarahi saya dalam tahun 80an. Allahumma Fighlahu warhamhu...

Prof Dr As Sayyid Muhammad AlMalikky Al Maky Al Hasany sedang menandatangani buku lawatan ketika beliau menziarahi saya dalam tahun 80an. Allahumma Fighlahu warhamhu...

Kesimpulan dari lirik lagu yang tersebut di atas ialah: Bangau menyalahkan ikan,ikan menyalahkan rumput,rumput menyalahkan kerbau,kerbau menyalahkan perut,kemudian perut menyalahkan nasi.Demikianlah seterusnya,sering menyalah di antara satu sama lain tanpa ada penyelsaian. Sebenarnya watak-watak binatang dalam nyanyian tersebut tidak lebih daripada simbolik dari jelmaan di antara watak manusia yang suka menyalah orang lain, terutama kepada orang yang berkuasa. Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam dunia hari ini.

Dr. A’idh al-Qarni menulis dalam bukunya La Tahzan seperti berikut:

قال أحد الصالحين لابنه : لا تكن يا بني رأسا فإن الرأس كثير الوجاع. والمعنى: لا تحب التصدر دائما والترؤس فان االانتقادات والشتائم والاجراحات واالضرائب لا تصل الا إلى هؤلاء المقدمين.

Ertinya: “ Berkata salah seorang orang yang salih kepada anaknya: “ Janganlah anda menjadi ketua/pemimpin kerana menjadi ketua terpaksa banyak menahan lapar Maksud dari ucapan tersebut ialah jangan menonjolkan diri ingin menjadi pemimpin kerana keritikan,umpatan, penghinaan dan serangan selalu dituju kepada mereka yang berada di barisan hadapan.

Memang demikianlah lumrahnya cabaran yang dihadapi sebagai seorang Pemimpin. Sebagai buktinya, lihat sahajalah tentangan dan cabaran yang di lalui oleh para Nabi seperti Nabi Nuh,Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa’ a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga mereka mendapat gelaran Uluh’Azmi. Kata orang kepada pemimpin dan kepada mereka yang bakal bergelar pemimpin: “ Kalau takut dilambong ombak,jangan coba berumah di tepi pantai”

Sebagai manusia biasa kalau ramai orang menuding jari kepada diri sehingga olah diri mendedahkan nya menjadi pengatahuan umum, terimalah ianya sebagai tanda sayangnya orang ramai kepada diri miski pun cara luahan mereka tidak bertempat, jauh sekali dengan cara sopan dan beradab,lebih-lebih kalau nak bersemuka untuk menyatakan kesilapan diri-face by face-seperti sikap Nabi Musa dan Nabi Harun bila berhadapan dengan Firaun. Bermuhasabahlah. Sebagai manusia sifat ‘ismah dan maksum hanya ada pada para Nabi dan Rasul. Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Dengan kata lain,sekiranya benar punca yang menjadi kemarahan itu ada, perlulah segera diperbaiki. Kalau tidak ada teruskan perjuangan, jangan peduli apa yang mereka kata. Namun demikian jangan dianggap sikap menyalahi orang lain dikatakan kerana lahir dari sifat cemburu dan hasad dengki semata-mata. Memang cemburu timbul dari masalah peribadi atau keperibadian seperti tidak senang melihat kemajuan orang lain tanpa mempelajari rahsia kejayaan mekeka suatu yang tidak wajar dilakukan tetapi sekiranya kecemburuan itu mnyebabkan orang ramai menuding jari kea rah diri sehingga menjadi gajala umum masyarakat, maka dalam hal ini saya pinjam kata-kata Dr. Nurkhalis Majid yang pernah saya berjumpa dengan beliau di Timur Tengah suatu masa dahulu ketika beliau kembali dari Amerika Syarikat dalam tahun 60an dalam perjalanan pulang beliau ke Indonesia dan beliau dianggap sebagai pejuang Liberialisme di Indonesia dan saya tidak melihat reputasi akhir beliau sebelom meninggal dunia, teringat saya dengan sebuah pesan hikmat, ada yang berkata, kata-kata Saiyidina Ali Ibn Abi Thalib iaitu : أنظر ما قال ولا تنظر من قال”

Ertinya: Perhatikanlah apa yang dikatakan orang, jangan memperhatikan siapa yang mengatakanya”. Kata Allah Yarham Nurkhalis Majid; “ Kemewahan yang “halal” pun sudah cukup menjadi pelatuk untuk meledakkan kecemburuan sosial menjadi kekacuan sosial ; maka apatah lagi kemewahan yang tidak halal dan tidak legitimate, baik secara sosial, ekonomi,politik, dan lain-lain, maka kecemburuan itu akan lebih-lebih lagi mudah mendorong terjadinya kekacuan yang besar kerana menumpuknya berbagai faktor itu” maka perlulah ianya diberhentikan.

Mudah-mudahan firman Allah dalam surah: al-Israk:17:16 yang mafhumnya “ Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan keduhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadap nya perkataan (keputusan kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya” menjadi peringatan kita semua.

Dalam ayat yang tersebut di atas, menunjukkan betapa kekayaan dan kemewahan menjadi kebangaan dan tidak terkendali dengan betul boleh menghancurkan sesebuah negeri. Orang yang berkuasa dalam sebuah negeri,menurut Dr Hamka mudah “mendapat kesempatan yang amat luas di sebabkan kekuasaannya itu” sehingga lupa dengan tanggungjawab sosial, lalu Allah perintahkan larangan menyalahgunakan kekuasan itu kepada mereka dan supaya mereka mematuhi undang-undang lebih dahulu daripada orang biasa supaya mereka menjadi contoh dan teladan. Biasanya tindak tanduk orang yang berkuasa mudah mempengaruhi orang biasa sebagaimana kata Saidina Ali R.A.? “الناس على دين ملوكهم Ertinya: Orang biasa mudah dipengaruhi oleh cara hidup raja-raja/penguasa mereka” dan menurut Dr. Hamka lagi “ tetapi perintah itu kerap kali mereka abaikan. Sebab kekusaan itu membuat manusia jadi mabuk kekuasaan sehingga tidak terkendali lagi oleh iman. Lalu berbuat fasiklah mereka. Lantaran itu banyak kaum yang hancur sesudah Nabi Nuh a.s.. Ia nya tidak mustahil akan berulang semula seandainya manusia yang berkuasa dan orang biasa juga berterus-terusan dengan segala macam kemungkaran, akan menerima padah yang serupa. Wal’iazu billah min zalik. Soalnya cuma soal masa. Macam time bom. Marilah kita bersama-sama membangun Negara sesuai dengan sibghah Allah/ Acuan Allah swt. Semuga Negara umat Islam semuanya terselamat dari kemurkaan Allah swt. Ameen Ya Rab-bal ‘alameen.

Read Full Post »