Feeds:
Posts
Comments

Posting kali ini merupakan posting terakhir di blog kepunyaan Ustaz Awang Pon Awang Sebon. Dan ia bukannya ditulis olehnya, tetapi ditulis oleh anakandanya Zaim dengan berat hati.

Di hujung bulan Mei 2009, Ustaz Awang Pon telah didiagnos dengan penyakit kanser hati. Penyakit tersebut dengan begitu cepat melemahkan beliau. Pada jam 3.30 ptg 17 hb Julai 2009, beliau telah dikeluarkan dari Hospital Selayang dan dibawa pulang ke rumah anaknya, Syifa di Kota Kemuning. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah tersebut tidak lama kemudian dikelilingi keluarga, sesuai dengan permintaan terakhirnya untuk dibawa pulang ke sana. Urusan pengkebumian allahyarham diselesaikan pada keesokan paginya.

Segalanya sudah tertulis lauh mahfuz. Yang penting, kehidupannya telah menyentuh ramai indidividu. Ramai dari mereka yang mengenali antara satu sama lain tapi lebih ramai lagi yang tidak. Walaupun allahyarham pergi dan dikebumikan jauh dari kampung halaman, masih tetap ramai yang menziarahi di hari tersebut dan seterusnya. Ada yang mengenalkan diri sebagai anak muridnya dan tidak kurang rakannya. Sebagai seorang anak, saya membesar dengan melihat jerih perihnya sebagai guru, pendakwah, pegawai kerajaan (setiausaha Majlis Islam Sarawak), Ketua Hakim Syarie dan pelbagai kapasitinya dalam khidmat msyarakat tanpa mengenal penat lelah dan waktu pejabat. Sesekali saya teringat usahanya mengasakan rumah anak yatim pertama di Sarawak dan lain-lain amal jariahnya. Antara banyak sifat mahmudahnya, bagi saya dua yang paling menonjol ialah dia tidak pernah berbangga-bangga atau menonjolkan dirinya dan allahyarham tidak pernah bermusuh dengan sesiapa pun.

Sebagai seorang ayah, allahyarham seorang yang tegas dan mahukan anak-anaknya selamat dunia dan akhirat. Keperihatinannya tetap tinggi walaupun anak-anaknya sudah dewasa.

Pada malam terakhirnya, saya difahamkan allhyarham tidak melelapkan mata. Sesekali dia berzikir dan beristighfar. Pada masa saya menjaganya, sekali dua saya mengingatkannya dengan zikir tertentu, khususnya istighfar. Kebiasaannya dia akan mengikut.

Sebelum dan selepas dibawa pulang ke rumah buat kali terakhir, allahyarham tidak boleh bercakap lagi. Tekanan darahnya teralu rendah sehingga tidak dapat dibaca oleh jururawat. Walaubagaimanapun allahyarham masih sedar dan faham apa yang berlaku di sekeliling. Saya mengajarnya kalimah tauhid dekat dengan telinganya, saya yakin dia mengikutnya, walaupun di dalam hati. Semoga itulah ibadatnya yang terakhir dan dia pergi dengan husnul khatimah.

Semoga semua yang mengenali allahyarham menjadi saksi bahwa allahyarham beramal saleh dan mendoakan keampunan baginya dan roh allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Amin.

Alhamdulillah Rabbil’alamin………………. Ya Allah dengan Asmak aluzma dan dengan kudrat dan iradatmu ya Allah,sembohkanlah penyakit yang di’alami olih Ustaz Haji Awang Pon dan jadilah ubat yang sedang dimakan beliau sebagai penawar penyakit beliau. Ameen

Bergambar pada 10 May 09 dalam majlis makan ringan diadakan oleh anaknda Syifa  untuk bonda tersayangnya Hajah Husna sempena Hari Ibu 09

Bergambar pada 10 May 09 dalam majlis makan ringan diadakan oleh anaknda Syifa untuk bonda tersayangnya Hajah Husna sempena Hari Ibu 09

Rasa Kurang Puas Hati Segelintir Orang Ramai
terhadap segelintir YB dan juga terhadap agensi-agensi yang tertentu dalam beberapa perkara.

(Selepas ini bahan blog Dewan Syura tidak akan menemui anda buat seketika.sehingga Allah memulihkan kesihatan saya seperti sediakala. Sama-sama kita berdoa’ agar anda dan saya alfaqir ilalllah dalam keadaan sihat dan dikurniakan kesabaran dan istiqamah dalam menegakkan Addin. Ameen )

Memandangkan saya, tidak menganggotai mana-mana pertubuhan parti politik dan juga tidak pernah hadir dalam rapat umum yang dianjur oleh parti politik yang memerintah atau sebaliknya dan kalau saya bercakap,saya bercakap dengan bahasa dakwah-tidak fanatik kepada orang perorangan dan tidak juga menerima bulat-bulat sebarang berita yang disampaikan. Yang benar dikatakan benar dan yang salah dikatakan salah. Itulah pendirian saya dan tanda sayang saya dengan sdra seIslam saya . Mungkin kerana sikap saya ini, mereka mudah mendekati saya dan bersimbang degan saya tanpa ragu-ragu dan rasa takut, untuk meluahkan perasaan terkilan di hati mereka dalam beberapa hal termasuklah karinah segelintir YB dan juga peranan agensi-agensi yang lain dalam beberapa perkara. Mungkin bagi YB dan mereka yang berkenaan perkara yang menyebab mereka mengeluh perkara biasa,perkara remih temih tetapi bagi mereka ia suatu perkara yang besar. Di antara keluhan mereka adalah dalam perkara seperti berikut:

1.Kehidupan seharian mereka santiasa tertekan dan terhimpit kerana barang keperluan makanan terlalu mahal dan tidak terkawal. Mereka kurang senang hati, sebab kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengambil kesempatan dari krisis ekonomi dunia yang tidak menentu.

2.Harga rumah terlalu tinggi miskipun rumah kos murah mampu milik seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan. Mereka mengharapkan polisi Kerajaan sebelom ini dengan mengurniakan sebidang tanah secara percuma kepada mereka yang terlibat dalam penempatan semula(kerana duduk ditanah makruh) dan lain-lain, dikurniakan juga kepada mereka yang tidak terlibat dalam penempatan semula seumpama itu.

3.Ada di antara Yang Berhormat masih jarang menjejak kaki mereka ke Surau di kawasan pilihanraya mereka,untuk sama-sama berjemaah dengan penduduk setempat. Kalau ada pun sekali sekala dan ada yang menjengkoknya hanya waktu pilihan raya sahaja. Bukankah lebih baik Surau/Masjid dijadikan Dewan Suarah/Balai Raya yang kedua untuk bertemu dan bersilaturrahim dengan masyarakat setempat dengan cara yang tidak formal. Jadi YB kena bahagilah masa bertugas dan masa urusan perniagaan jika ada, untuk berjumpa dengan mereka. Bukan semata-mata projek yang mereka harapkan. Seandainya YB dapat bertemu dan berjumpa sambil berandau dengan mereka dalam kedaan bersahaja tanpa terikat dengan protukol, itu sudah merupakan khidmat yang tidak ternilai bagi mereka.

4. Pada kebiasaaannya, kalau ada upacara-upacara kegiatan agama di kawasan Yang Berhormat,maka Yang Berhormatlah yang akan merasmikan pembukaanya. Sekiranya orang lain merasmikannya ia dianggap semacam tidak sah oleh penduduk setempat. Dan pada kebiasaanya juga setelah merasmikannya, YB akan balek tanpa ikut serta dalam program tersebut. Bukankah lebih baik YB turut hadir sama mendengar satu dua slot ceramah sebagai tanda tawadhuk dan juga untuk mengilak dari salah faham dan tanggapan serong masyarakat bahawa peranan YB hanya tukang buka dan tutup upacara rasmi agama sahaja.

5. YB bila bercakap, banyak menyentoh soal pembangunan material.Ini bukan beerti mereka menolak pembangunan. Mereka mahu YB bercakap tentang Islam; persoalan akidah dan iman dan peranannya dalam pembangunan negara. Mereka sudah acap kali mendengar persoalan pembangunan melalui media cetak dan sebagainya,namun yang meraih keuntungan dari pembangunan negara tentulah bukan rakyat merhin seperti mereka. Saya ulangi sekali lagi,mereka kepingin benar pada masa hadapan YB dan siapa sahaja yang bergelar YB bukan sahaja bercakap tentang pembangunan dan seumpamanya malah mereka mengharapakan YB juga bercakap tentang Islam serta menghayatinya. Tugas dakwah bukan tugas para asatizah sahaja,malah tugas semua mukallaf muslim termasuk YB. Percakapan dan kedudukan YB amat besar pengaruhnya. Wajarlah kedudukan itu di manfa’atkan untuk dakwah.Sebagaimana YB sedia maklom, jawatan YB itu bukan suatu keistemewaan tetapi satu tanggungjawab. Maka penohilah harapan rakyat dengan sebaik mungkin. Rasulullah Sallallah ’alaihi wasallam ada bersabda yang mafhumnya ” Pemimpin suatu kaum itu adalah Khadim kepada mereka. Sila baca tajuk bahan blog sebelom ini seperti Turba: Pemimpin semua peringkat perlu turun kebawah, Lagu Bangau Oh Bangau,Qualiti vs Quantiti,Nak Jadi Pemimpin,Kepimpinan Melalui Teladan dan Pengalaman Saya Ketika Perang Antara Arab dan Israel.

6. Bila tiba musim pilihan raya, surah al-Imran:3:103 adalah surah yang paling popular dan paling banyak diperakatakan oleh YB dan penyokong-penyokong YB iaitu ayat yang menyeru supaya bersatu padu,jangan berpecah belah. Orang ramai tidak menolak pentingnya perpaduan tersebut tetapi mereka masih tertanya-tanya kenapa perpecahan masih terus berlaku. Apakah kerana kegagalan YB dan penyokong-penyokong YB menghuraikan asas-asas dan perkara yang menjadi tunjang kepada perpaduan dalam surah tersebut atau pihak YB masih gagal merialisaskan nya sesama sendiri,sehingga tidak berbekas dan berkesan dan tidak menyentoh hati nurani orang ramai, atau YB menyeru orang lain bersatu padu tetapi dalam masa yang sama YB masih melakukan perkara yang tidak disukai oleh orang ramai seperti menopoli dalam peluang perniagaan dan seumpamanya, yang boleh mengundang kebencian orang ramai sehingga boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati dan seterusnya merungkaikan rasa mahabbah dan perpaduan.

7. Adakalanya rakyat biasa terasa terhina, seolah-olah dilayan semacam pengemis dan sebagai kanak-kanak kecil, terutama ketika menjelang pilihanraya di mana berbagai-bagai projek dijanjikan dan diluluskan, Seolah-olah kelulusan projek tersebut mempunyai motif-motif yang tertentu. Ada udang di sebalik mee. Sepatutnya berbuat kebaikan dan kebajikan tidak ada motif lain melainkan kerana Allah dan tidak bermusim.

8. Ada YB yang perihatin dalam masalah dakwah sehingga sanggup mengeluarkan wang peribadinya sebagai saguhati kepada pandakwah untuk menyibarkan dakwah/mengajar asas-asas agama kepada penduduk setempat kawasan pilihanrayanya. Pandakwah ini akan membuat jadual bulanan ke kawasan-kawasannya. Program ini sifatnya bukan bermusim, sama ada waktu pilihan raya atau sebaliknya. Kalau sekiranya sumbangan YB ini dapat dicontohi oleh YB YB yang lain tentulah amat membanggakan masyarakat.

9.Perananan Jawatankuasa Fatwa ialah membincang perkara yang berkaitan dengan hukum Syarak. Yang kurang menyenangkan hati orang ramai ialah bilamana jawatankauasa tersebut lebih ramai di anggotai oleh mereka yang bukan ahli dalam bidangnya. Ini bukan bertujuan untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi semata-mata untuk memelihara imej institusi Jawatankuasa Fatwa. Sekiranya sesuatu keputusan tersebut tidak sebulat suara maka kata pemutusnya adalah undi . Di sinilah dibimbangi keputusan tersebut tidak menyebelahi pihak yang ahli dalam bidangnya sekalipun ianya belom pernah berlaku. Untuk mengilak dari kurang hormatnya orang ramai terhadap Jawatankusasa Fatwa tersebut, memadailah dengan menjemput mereka yang pakar dalam isu-isu yang hendak dibincangkan itu untuk menghuraikannya sebelom diputus hukum hakamnya oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa. Perara ini kalau tak silap saya telah menjadi amlan Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan.

Begitu juga Jabatan Mufti sepatutnya kewujuannya dapat dirasai oleh masyarakat setempat dan mendepani dalam isu-isu semasa jika ada, seumpama isu khilafiah dan seumpamanya. Ia perlu ditangani bukan oleh orang perorangan sahaja tetapi perlu digerak bersama oleh agensi yang berauthoriti seperti Jabatan Mufti.

10 Masyarakat mengharapkan penyata kewangan Tabung BaitulMal dapat diedarkan secara meluas ke Suaru/Masjid supaya dapat di letakkan di papan kenyataan.Tidak memadai penyibarannya melalui internet dan majalah Al-Mal. Laporan tersebut hendaklah merupakan laporan kewangan yang lengkap. Semua agihan untuk pelajaran dan seumpananya hendaklah diletak di bawah asnaf fisabilillah-bukan di bawah asnaf fakir dan miskin. Di bawah asnaf fi sabilillah yang berhak menerima bukan sahaja fakir miskin, malah gulongan selain daripda itu juga berhak menerimanya.

Asnaf Fakir Miskin wajib dikekalkan. Mereka wajib menerima bahagian mereka untuk keperluan asas seperti makan minum dan seumpamanya. Dalam membuat agihan dana zakat kepada asnaf, Jawatankuasa Pentadbiran Baitul Mal perlu meminta kerjasama dari mereka yang pakar dalam bidang ekonomi Islam/atau tidak pakar tetapi tahu masalah hukum yang berkaitan untuk mempastikan semua agihan menepati hukum syarak.

11, 1/8 wang hasil kutipan zakat fitrah oleh Amil dalam se-sebuah kampong hendaklah di bahagi terus kepada Surau atau Masjid. Dengan wang tersebut dapatlah digunakan oleh Jawatankauasa Suaru/Masjid membayar bill api dan ayer, sagu hati kepada penceramah-penceramah agama dan keperluan-keperluan yang berkaitan dengan institusi tersebut. Sebenarnya sistem ini telah lama diamalkan sebelom diwujudkan Tabong BaitulMal, tetapi telah ditukar ke pembahagian berpusat di mana jika pihak Surau atau Masjid memerlukan bantuan boleh memuhon kepada pihak Baitul Mal. Namun demikian prosedur untuk mendapatkannya mungkin agak ketat sehingga ia dilihat olih segelintir masyarakat menyukarkan institusi berkenaan bagi mendapatkan hak mereka. Jadi pihak Tabung Baital perlu menyerahkan terus agihan bahagian tersebut terus kepada pihak yang tersebut setelah sistem kawalan dalam bagi pengurusan kewangan institusi itu dibangunkan. Saya percaya institusi berkenaan telah faham urusan yang berkaitan kerana sudah banyak kali didedah dengan kursus dan seminar yang berkaitan. Pihak Tabung hanya bertanggungjawab untuk mengaudit akaun institusi tersebut.

Apa yang saya kemukakan ini tujuannya tidak lain selain daripada menghyati surah al-’asri. Sekiranya betul harap sudi jadikan teladan. Sekiranya satu kesilapan harap jadikan sempadan’.Dan saya memuhon ma’af jika terkasar bahasa dan kurang beradab dan juga memuhon ma’af menggunakan saluran internet ini untuk mengemukakan pandangan sebagai lanjutan juga dari pertemuan secara interpersonal kepada pihak yang berkenaan setelah tidak ada tanda-tanda penerimaan yang positip. Melalui saluran ini sekurang-kurangya mereka yang mengharapkan saya menyampaikan kepada pihak yang berkaitan telah mengetahui saya telah menyampaikan keluhan mereka.

Shah Alam
12 May
Jam 1.30 malam

Wallahu a’lam bissawab.

Bertemu semula dgn Sheikh Ahmad Fahmi ZamZam pada 10 May 09 ketika beliau menyampaikan kulliah di Masjid Alfalah USJ setelah berpisah 20 tahun yang lampau.

Bertemu semula dgn Sheikh Ahmad Fahmi ZamZam pada 10 May 09 ketika beliau menyampaikan kulliah di Masjid Alfalah USJ9 Subang Jaya setelah berpisah 20 tahun yang lampau.

Berhati-hati di jalan raya. Bagaimana pula sikap anda dgn hati anda

Hati yang dimaksudkan di sini bukanlah hati sanubari iaitu seketul daging yang berbentuk jantung yang terletak di sebelah kiri dada yang mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan zat makanan kepada sel-sel. Ianya satu latifah (tenaga seni) yang bersifat rohaniah. Ia merupakan hakikat manusia yang bertanggungjawab menerima perintah Allah, menerima hukuman dan sebagainya.

Akhlak samada ianya baik atau sebaliknya adalah cermin dalaman, keadaan atau suasana yang terdapat dalam jiwa seseorang. Kalau perbuatan atau perlakuan yang muncul tersebut itu elok dan terpuji dari sudut pandangan akal dan syarak, maka keadaan atau suasana itu diistilahkan sebagai akhlak yang baik dan kalau sebaliknya yang terjadi maka ia dinamakan akhlak yang buruk. Demikian juga pegangan akidah seseorang itu samada ianya sahih atau sebaliknya bergantung kepada sifat kalbu. Dengan kata lain akidah dan akhlak tertumpu secara khusus kepada perihal kerohanian atau perihal dalaman diri manusia.

Ahli ahli Sufi amat mengambil berat persoalan hati. Hal ini dapat difahami dari difinasi tasawuf yang sekian banyak diberikan oleh ahli tasauf. Di antara definasi tersebut ialah definasi yang diberikan oleh Syeikh Abu Bakar al-Kattani iaitu “at-Tasawuf Safaa’ wa musyaahadah”. Maksudnya: Tasawuf ialah kejernihan dan musyahaadah. Yang dimaksudkan dengan kejernihan, kebersihan, keheningan, kecahayaan itu ialah kejernihan jwa dan hati.

Keadaan Hati

Sabda Rasulullah saw “ Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging. Apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

2. Saiyidatuna ‘Aisyah r.a. telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Manusia itu kedua matanya adalah sebagai penunjuk, kedua telinganya sebagai pemberi isyarat awas, lidahnya sebagai juru bahasa, kedua tangannya sebagai sayap, kedua kakinya sebagai posmen dan hatinya sebagai Raja. Jika Raja itu baik maka baiklah bala tenteranya”

3. Iman Ghazali dalam huraiannya mengenai erti mendirikan solat mengatakan di antaranya ialah “Engkau menjaga jiwa solat iaitu ikhlas dan kehadiran hati dalam segala bahagiannya.Maka janganlah engkau sujud dan ruku’ melainkan apabil hati engkau sudah bersedia melakukan khusuk, dengan apa yang dikerjakan oleh anggota zahir engkau kerana yang dikehendaki di dalam solat ialah kepatuhan hati, bukan kepatuhan anggota badan” Dari keterangan tersebut nyata kepada kita bahawa yang utama bagi orang yang mendirikan solat ialah jiwa atau hakikat solat, bukan rangkanya atau rupa zahirnya sahaja.

Anggotanya yang zahir dan yang batin iaitu hatinya, jiwanya, perasaannya, fikirannya mestilah sama sama mendirikannya baharulah sempurna pengertian solat yang sebenarnya.

4. Hati sentiasa menjadi rebutan di antara syaitan dan malaikat. Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya “ Di hati itu ada dua kumpulan; kumpulan Malaikat menjanjikan kebaikan dan membenarkan yang hak, siapa yang menemuinya maka ketahuilah ianya dari Allah dan bertahmidlah kepadanya; dan kumpulan musuh menjanjikan keburukan, mendustakan kebenaran dan melarang perbuatan yang baik, siapa yang menemuinya mintalah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam”.

5. Kesibukan hati itu paling banyak. Sesungguhnya ‘akal dan hawa nafsu, kedua-duanya berada di hati. Makanya hati merupakan medan peperangan diantara dua pasukan askar iaitu hawa nafsu dengan tentera-tenteranya dan ‘akal serta tentera-tenteranya. Maka hati selama-lamanya menjadi medan peperangan, pembunuhan dan pertentangan oleh kedua-dua pasukan tadi. Oleh itu wajiblah medan dan kota pertahanan di kawal,dijaga dan tidak dialpakan daripada pengawasan.

6. Perkara yang datang kepada hati itu terlalu banyak. Lintasan lintasan hati datang bertalu-talu kepadanya seperti anak-anak panah yang sentiasa jatuh padanya dan seperti air hujan yang sentiasa menghujaninya malam dan siang, tidak putus-putus dan kita tidak mampu menghalang lintasan lintasan hati itu lalu ianya terhalang daripada mendatangi kita dan tidaklah hati itu menempati dan sama dengan mata yang berada di antara dua kelopak mata,apabila dipejamkan kita dapat beristirehat atau kita berada di tempat sunyi daripada manusia atau di malam yang gelap maka penglihatan keduanya akan terpelihara daripada ternampak yang dilarang atau seperti lidah yang ianya terletak di belakang dua dinding iaitu gigi dan dua bibir dan kita dapat menghalangnya dan mendiamkannya, sebaliknya hati adalah sasaran bagi lintasan-lintasan hati yang kita tidak berdaya menghalanginya dan memeliharanya daripada lintasan hati. Ia adalah suatu perkara yang sukar dan ujian yang amat besar yang kita terpaksa berada dalam kepayahan belaka.

Memandangkan hebatnya pengaruh kalbu atau hati itu dan supaya ianya sentiasa dalam keadaan bersih dari sifat sifat yang tercela maka disinilah peranannya Ilmu Tasawuf.

Menurut Imam al-Ghazali Tasawuf adalah ilmu yang dapat menimbulkan perasaan takut/khawuf kepada Allah swt,melihat kelemahan dan keaifan diri sendiri, meningkatkan makrifat/pengenalan dan ibadat kita kepada Allah swt, mengurangkankan kegemaran terhadap dunia dan menyemarakkan kecintaan terhadap akhirat, membukakan mata hati tentang amal amal yang boleh membinasakannya dan ilmu yang dapat mengenal pasti tipu daya syaitan dan perdayaannya. Tanpa ilmu tasawuf dibimbangi kematiannya berakhir dengan suul-khatimah.

Sementara Abul Hasan as-Syazali melahirkan pula kebimbangannya kepada mereka yang tidak mempelajari ilmu tasawuf mati dalam keadaan berdosa besar tanpa pengetahuan mereka. Makanya Ibn ‘Atta’illah al-Iskandari menyarankan kepada mereka yang hendak mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat jangan jemu-jemu mempelajari ilmu tasawuf sepanjang hayatnya sekalipun dia telah mengetahuinya dan menguasainya, apatah lagi bagi mereka yang sebaliknya yang hanya mengetahui sedikit sahaja daripadanya

Kritikan terhadap tasawuf dan sejarah perkembangannya

Menyuruti perkembangan tasawuf berbagai-bagai sikap yang kita temui. Ada yang mencelanya dan menganggap ajarannya tidak benar, bida’ah ,bukan dari ajaran Islam kerana perkataan tasawuf tidak terdapat dalam al-Quran Ia disadur dari ajaran Kristian, Budha,Hindu, Yahudi. Malah ia boleh melemahkan semangat orang Islam dalam mencapai kemajuan. Makanya terdapatlah kitab-kitab yang dihasilkan khusus untuk menyenggahnya.

Ustaz Mustafa Muhammd al-Jayasy al-ahmady menyimpulkan ada tiga kumpulan manusia dengan masing-masing pendirian mereka terhadap ilmu tasawuf itu. Kumpulan

Pertama: Memandang ilmu tasawuf itu dengan hati yang kosong yakni tidak menaruh apa-apa perasaan terhadap ilmu tasawuf samada berupa ingin atau berupa bencinya terhadap ilmu tasawuf malah dari mencelanya adalah jauh sekali.

Kedua: Ada keinginan untuk mengetahui ilmu tasawuf tetapi ianya tidak diteruskan.

Ketiga: Memandang ilmu tasawuf itu dengan sikap “alhikdu ‘alattasawuf” iaitu penyakit dendam, memandang curang dan sakit hati terhadap ilmu tasawuf.

Pendapat yang Pro terhadap ilmu tasawuf

Ketiadaan istilah tasawuf pada zaman Rasulullah saw tidak bererti amalan tasawuf itu tidak wujud. Tidak adanya istilah tersebut kerana telah ada istilah atau gelaran yang paling tinggi pada zaman tersebut seperti gelaran Sahabah dan gelaran Tabii’n. Demikian juga pada era zaman sahabat, kaum muslimin serta pengikut-pengikutnya mereka belajar dan mengajar Islam secara menyeluruh. Tiada satu pun dari ajaran Islam yang tidak di pelajari dan dipraktikkan, baik yang lahir maupun yang batin, urusan dunia maupun urusan akhirat; seperti yang diungkapkan oleh para fugahak “Kemaslahatan(kepentingan) manusia dalam kehidupan dunia dan akhirat. Mereka juga mengambil berat masalah peribadi maupun masalah kemasyarakatan, bahkan masalah yang ada hubungannya dengan penggunaan akal, perkembangan jiwa dan jasmani. Pendek kata roh, makna dan kandungan ajaran tasawuf telah lahir seiring dengan kelahiran agama Islam .Hal ini pernah ditegaskan oleh Syeikh Abu Hussain al-Busanji(348) dengan katanya yang bermaksud “ Tasawuf pada hari ini( zaman kehidupan Syeikh Abu Hausain al-Busanji) ada namanya, tidak ada pada hakikatnya, pada hal zaman sebelumnya Nabi, para sahabat, tabie’n dan tabi’e al-tabi’en), ada hakikatnya tidak ada namanya. Demikian juga tidak wujudnya istilah tasawuf di zaman
Rasulullah saw lalu dengan mudah menghukumkannya bid’ah, adalah satu fenomena yang sangat malang bagi umat Islam menurut pendapat Dr. Othman bin Nafiah.

Oleh yang demikian, ada baiknya jika kita imbas semula beberapa perkembangan yang melibatkan persoalan ini. Antaranya Ilmu Tauhid sebagai satu ilmu pengetahuan yang teratur di samping mempunyai kaedah yang tertentu seperti yang terdapat sekarang ini, sebenarnya tidak wujud pada zaman Rasulullah saw. Disiplin ilmu ini hanya tersebar luas kepada pengetahuan umum dalam bentuk yang tersusun pada kurun yang ketiga dan keempat hijrah dengan kemunculan Syeikh Abu Hasan al-Asy’ari (260-330) . Begitu juga tentang ilmu fekah, walaupun Rasulullah saw tidak terlibat dalam hal ini tetapi isi daripadanya telah pun diajar oleh Rasulullah saw kepada masyarakat pada zaman tersebut.

Sedangkan disiplin ilmu ini mula disusun pada abad pertama Hijrah oleh Imam-imam mujtahid seperti Imam Abu Hanifah (80-150H), Imam Malik (93-179H), Imam Syafi’e ( 150-204H) dan Imam Ahmad bin Hambal (164-241 H).
Perubahan dan perkembangan umat manusia menyebabkan semua hal di atas terjadi. Maka ianya memerlukan pengawasan yang rapi daripada berbagai-bagai aspek ilmu agar amalan tersebut tidak terkeluar daripada lingkungan yang telah ditetapkan oleh syari’ah itu sendiri. Keharusan untuk berbuat demikian telah dinyatakan oleh Rasulullah saw dengan sabdanya yang bermaksud “ Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu” Ajaran ajaran tasawuf yang terdapat dalam al-Quran akan dihuraikan kemudian.

Amalan tasawwuf dalam kehidupan Rasulullah saw.

Kemudian kalau ditinjau dari segi realiti kehidupan Rasulullah saw ajaran tasawuf itu telah menjadi budaya hidup baginda. Sebagai contohnya, sifat:

a- Zudud.

Bagi Rasulullah saw kekayaan yang sebenarnya bukanlah kekayaan pada harta benda melainkan kekayaan kerohanian pada hal baginda berhak memilikinya sebagai Ketua Negara dan sahabat-sahabat baginda tidak mempertikainya kerana ianya adalah hak baginda yang sah tetapi baginda tetap dengan sifat zuhud baginda.

b- Hidup sederhana

Dalam kehidupan seharian baginda, tercermin sifat kesederhanaan baginda samada dari segi perumahan, pakaian, makan minum baginda. Baginda tidur di atas tikar kasar sehingga berbekas pada bahagian pinggang dan belakang. Pernah seorang sahabat terharu melihat kesederhanaan baginda bila baginda memakai kasut diperbuat dari kulit berisi sabut dengan menawarkan kepada baginda kasut yang empuk tetapi ditolak oleh baginda dengan berkata “ Apalah ertinya bagiku kehidupan dunia ini.Bagiku kehidupan di dunia ini ibarat seorang penunggang yang berteduh sejenak di bawah puhon, kemudian pergi meninggalkannya”.

Bagitu juga pakaian baginda begitu sederhana sekali dimana ‘Aisyah r.a. pernah memperlihatkan sehelai pakaian baginda yang kasar yang dipakai oleh baginda pada detik-detik hayat baginda yang terakhir. Dari segi makan minum, baginda banyak berpuasa dan tidak makan kecuali apabila lapar dan kalaupun makan, makannya tidaklah sampai kenyang

c-Bekerja kuat

Hidup sederhana yang ditunjukkan oleh baginda bukan kerana sifat malas. Baginda menyuruh bekerja kuat untuk memenuhi keperluan hidup dan kelebihan rezeki yang diperolehi dari titik peluh sendiri untuk kepentingan infak di jalan Allah. Baginda pernah menegaskan “ Bekerjalah untuk duniamu, seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seakan-akan engkau mati esok hari.”

Dalam bidang kemasyarakatan dan amal sosial, baginda terkenal dengan sifat baginda yang amat pemurah dan mengambil berat nasib anak-anak yatim piatu, golongan yang lemah dan sebagainya.

Amalan tasawwuf dalam kehidupan para sahabat.

Demikian juga pada pribadi para sahabat terserlah hakikat ajaran tasawwuf saperti prihal kehidupan saidina Abu Bakar ra. Sekalipun beliau menduduki tempat yang paling terhormat dalam pemerintahan namun sifat-sfat rohani yang mulia itu tidak berubah bahkan beliau selalu mengharapkan teguran dari orang banyak. Di antara kezuhudan Saidina Abu Bakar ra ialah dari segi infak fisabillah dimana beliau menyerahkan sgala harta bendanya untuk sabilillah. Lalu beliau ditegur oleh Rasulullah saw tetapi beliau menjawab “ Cukuplah bagiku Allah dan Rasulnya”. Demikian juga sifat tawadhuk beliau cukup jelas ketika beliau menghantar panglima perangnya Usamah ke perbatasan kota. Usamah berkenderaan,manakala Khalifah Saidina Abu Bakar berjalan kaki. Ketika dipelawa oleh Usamah supaya naik bersama-sama diatas kenderaan, lalu jawap Saidina Abu Bakar “ Biarkanlah telapak kakiku berdebu sejenak di jalan Allah”.

Demikian juga Khalifah Umar ibnu Khattab, sebagai ketua negara tentulah mudah baginya untuk menjadi orang yang kaya raya jika beliau mahu mengambil kesempatan dari kedudukannya itu. Namun demikian pengaruh dunia itu disingkirkannya dengan menempatkan takwa diatas segala-galanya. Menurut satu riwayat seorang Raja Eropah menghantar petugasnya untuk melihat lebih dekat lagi kehidupan Khalifah Umar Ibnul Khattab. Petugas itu coba mencari-cari Astana Khalifah Umar Ibul Khattab dengan sangkaan tentulah Astananya hebat dan mewah seperti Astana Raja Raja Eropah. Sangkaan itu meleset bahkan dia terharu bertemu dengan Khalifah di luar kota, tidur dibawah puhon berbantalkan tangan tanpa pengawal yang mendampinginya. Khalifah tidak tidur lena kerana hatinya amat empati dengan kesusahan rakyatnya. Khalifah selalu mendekati rakyatnya untuk meninjau dan mengetahui lebih dekat lagi nasib rakyat dengan menyamar seperti orang biasa.Dari segi berpakaian dan makan minumnya amat sederhana. Selalu bermuraqabah dan mengisab diri kalau-kalau terdapat tanda-tanda nifak dan kealpaan pada diri Khalifah makanya Khalifah selalu menemui sahabat-sahabatnya yang lain di antaranya ialah Salman al-Farisi minta ditunjukkan kealfaan dan kesalahannya. Jika sahabat-sahabat merasa keberatan untuk menunjukinya, dia mendesak juga agar diberitahu dimana kealpaan dan kelemahannya jika ada.

Sepeninggalan Umar Ibnul Khattab, Uthman bin Affan dilantik sebagai Khalifah. Sifat dermawannya Khalifah Uthman r.a terserlah ketika mana Nabi Muhammad saw hendak memerangi Rumawidi Tabuk, keadaan ekonomi umat Islam amatlah lemah disebabkan musim panas yang panjang. Pada sa’at susah itulah, Saidina Uthman memperlihatkan kemurahan hatinya dengan menginfakkan 1000 ekor unta, 70 ekor kuda dan wang 10.0000 dirham Di Madinah ada sebuah perigi yang namanya Telaga Roman, milik seorang Yahudi dimana ayernya baik untuk diminum. Yahudi menjual ayernya dengan harga yang cukup mahal. Ianya menyusahkan kaum muslimin dimana mereka tidak mampu membelinya. Kerana empatinya Kahlifah terhadap nasib rakyatnya,lalu perigi itu dibelinya dan diwakafkannya kepada kaum muslimin. Maka kesulitan kaum muslimin dalam mendapatkan ayer dapat diatasi.

Khalifah Saidina Ali bin Abi Thalib tidak kurang kezuhudannya kalau dibandinga dengan sahabat-sahabatnya yang lain. Beliau terkenal dengan sifat berani,pengasih, pema’af dan pemurah. Musuh politiknya mudah dima’afkannya . Akhlak dan budi pekertinya yang tinggi itu kerana terpengaruh dengan akhlak Rasulullah saw selain daripada hubongan darah dan perjuangan.

Gelaran Sufi

Gelaran Sufi atau al-sufiah timbul pada kurun yang kedua Hijrah bila mana orang Islam sudah ada yang lupa daratan, hidup bermewah-mewah dan berfoya-foya, bongkak dan takabur samada yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka maupun rakyat biasa. Lebih terserlah lagi kehidupan keduniaan dan kebendaan bilamana kekuasaan sudah pindah ke tangan Yazid bin Mua’wiyah dan tersebar luas nya Kerajaan Islam pada zaman Khalifah Bani Ummaiyah dan di zaman Bani ‘Abas di Baghdad pada tahun 132H yang berturut-turut dipegang oleh Khalifah-Khalifah Abu Abas as-sifah, Abu Ja’afar al-Mansur, al-Mahdi,al-Hadi, Harun ar-rasyhid, al-amin dan almakmun. Akibat dari kemewahan tersebut ramai umat Islam yang meninggalkan solat, tidak lagi membaca al-Quran , sudah kurang yang beristighfar, .

Sebagai reaksi dari keadaan tersebut, lahirlah segolongan umat Islam yang salih yang tidak mengejar dunia dan keduniaan kembali kepada kehidupan yang diwarisi dari zaman Nabi dan zaman para sahabat. Mereka kembali ke Masjid tekun

beribadat,memperbanyakkan solat, zikir, tasbih dan doa. Pakaian mereka sederhana,makanan mereka pun sederhana . Makanya timbullah gelaran gelaran al-‘Ubbad, al-Nussak, al-Zuhhad, al-Qurra, albaka’in dan akhirnya lahirlah gelaran al-Sufi atau al-Sufiah. Gelaran terakhir ini menjadi popular dan diterima oleh umum sehinggalah menjadi satu istilah.yang menggambarkan perjalanan hidup mereka yang berusaha untuk meneruskan perjalanan hidup Rasulullah saw, dan para Sahabat.

Ajaran ajaran tasawuf yang terdapat dalam al-Quran

a-Mujahadah an-Nafs

Dalam istilah tasawuf mujahadah bererti: berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan hawa nafsu yang ada dalam diri masing-masing , mengekang dan membawanya ke jalan yang benar. Nafsu ada tiga jenis iaitu:

1. Nafsu ammarah iaitu nafsu yang menarik kepada perbuatan maksiat sekalipun dia telah bertaubat tetapi mengualanginya semula. Orang yang dikuasai oleh nafsu ammarah dikhuwatiri mati dalam suulkhaatimah.

2. Nafsu lauwaamah iaitu nafsu yang terselamat dari dosa besar tetapi sebagai manusia biasa dia masih berhadapan dengan dosa-dosa kecil yang tidak dapat dielakkan,namun demikian dia segera merasa kesal serta mencelanya dan berazam tidak terlibat lagi. Allah menjanjikan orang yang yang kebaikannya lebih banyak dari kejahatannya dengan janji yang baik. Firman Allah “ Mereka yang telah menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan yang keji kecuali kesalahan-kesalahan kecil, sesungguhnya Tuhan mu amat laus pengampunannya”(An-Najm:32)

3. Nafsu mutmainnah (nafsu yang tenteram) iaitu nafsu yang berada dalam keadaan tenang dan tenteram,terselamat dari godaan nafsu. Nafsu mutmainnah tidak loba, rakus atau tamak,merasa cukup apa yang ada. Berlawananan dengan nafsu ammarah, yang tamak, loba danrakus,mahu melakukan perkara yang keji, tenggelam dalam dosa. Ketiga -tiga jenis nafsu tersebut ada diterangkan dalam al-Quran seperti berikut:

1. Dalil Nafsu Ammaarah. Firman Allah “Dan aku tidak membebaskan diriku(dari kesalahan) kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan,kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (S:Yusuf:12:53 )

2. Dalil nafsu Lauwaamah. Firman Allah “Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri)” (S:al- Qiyaamah:75:2)

3. Dalil nafsu mutmainnah. Firman Allah “ Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai- Nya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhainya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba ku dan masuklah ke dalam Syurgaku” (S:al-Fajr:89:27-30)

Sifat nafsu ammarah.

Sifat nafsu ammarah yang membawa kepada dosa hati dan menjadi penyakit hati yang ada dalam diri manusia itu erat sekali hubungannya dengan sifat sifat hati. Sifat sifat hati seperti berikut:

1. Sifat rububiah iaitu sifat ketuhanan yang hanya layak dimiliki oleh Allah swt sahaja seperti sifat takabur,cinta kepada pujian dan sanjungan, cinta kepada kekuasaan dan minta ditinggikan dari segala yang lain, sehingga seolah-olah dia mengatakan: Akulah Tuhan yang Maha Tinggi.

2 Sifat syaithaniah atau sifat kesyaithanan yamg daripadanya muncul sifat dengki,inaya, tipu helah, mendorong membuat kerosakan, mengelirukan,nifak,mengajak orang membuat perkara-perkara yang bid’ah, sesat dan sebagainya.

3. Sifat Bahimiah iaitu sifat kebinatangan seperti tamak haloba,bersangatan dalam makan minum, berzina,mencuri,memakan harta anak yatim dan sebagainya.

4. Sifat Subi’yah iaitu sifat kebuasan yang daripadanya timbul sifat marah,iri hati,memaki hamun, membunuh,memusnahkan harta benda dan sebagainya.

5. Sifat ‘Abid iaitu sifat kehambaan seperti sifat penakut, menghina diri dan sebagainya.

Nafsu sukar dihadapi

Perjuangan melawan nafsu amat sukar dan payah sekali. Ia dianggap perjuangan yang paling berat.Lebih berat daripada peperangan menghadapi musuh di medan peperangan. Hal ini terbukti sekali dalam sabda Rasulullah saw ketika mengalu-galu sekumpulan kaum Muslimin yang pulang dari berjihad dengan sabda baginda yang bermaksud “Aku ucapkan selamat kepada kamu. Kamu kembali dari jihad yang kecil untuk menghadapi jihad yang lebih besar”. Kemudian apabila ditanya tentang jihad yang lebih besar baginda menjawab “ Jihadun nafs” Maksudnya “ Jihad menentang nafsu”. Sabda Rasulullah saw lagi “ Musuh mu yang paling ketat terletak diantara dua rusuk mu( nafsu yang terletak dalam badan kita).

Kata kata ulamak yang berikut turut membuktikan betapa hebat dan payahnya menghadapi musuh yang di namakan Nafsu itu:

1. Imam al-Ghazali “ Hati-hati kamu dari hawa nafsu. Ia adalah musuh yang paling jahat dan paling sukar mengalahkannya. Rawatannya paling payah menyembuh,penyakitnya penyakit yang paling sukar dirawat dan ubatnya paling rumit. Oleh sebab itu kita wajib berwaspada daripadanya. Betapa tidak, sebab ia berada dalam diri kita, dalam tubuh kita. Musuh dari dalam, bukan seperti Syaitan, dia adalah musuh dari luar. Dan ingatlah si pencuri apabila telah berada di dalam rumah sukar untuk menghalaunya dan besar bahayanya. Benarlah kata orang “ Nafsu mengajak kepada perkara yang mencederakan daku,ia memperbanyakkan penyakit dan kesakitanku. Bagaimanakah helahku untuk melepaskan diri daripada seorang seteru apabila seteruku telah berkubu di antara celah-celah tulang rusukku membuat huru hara. Selain daripada itu, nafsu itu adalah musuh yang dicintai, sedangkan manusia buta daripada ke’aipan kekasihnya, hampir dia tidak nampak ke’aipannya sebagaimana yang telah dikatakan oleh hukamak “Dan anda tidak akan nampak ke’aipan orang yang anda cintai dan pada orang yang menjadi saudara anda, dan anda tidak nampak sedikitpun beberapa kea’aipan yang berada pada dirinya apabila anda telah menjadi seorang yang redha.

Dan mata yang redha, rabun untuk melihat semua ke’aipan tetapi mata yang benci menampakkan segala keburukan…………….Sesungguhnya nafsu sangat bahaya. Andainya di sana tiada dunia, tiada makhluk dan tiada syaitan sekalipun, sememangnya hawa nafsu dengan keangkuhan takburnya dan hasad dengkinya tetap melakukan dengan apa yang telah dilakukan terhadap Iblis hingga menjadi kafir lantaran enggan ta’at perintah Allah disebabkan durongan nafsu takabur dan hasad. Lihatlah dosa Nabi Adam dan isterinya Hawa’. Hawa nafsu telah mencampakkan kedua-duanya ke dalam perbuatan yang dilarangkan dengan memakan buah larangan Allah………….Begitu juga cerita pembunuhan di antara Qabil dan Habil,berlaku adalah kerana nafsu hasad dengki. Begitu juga cerita Harut dan Marut , berlakunya noda kerana dorongan nafsu syahwat.

2. Kata Sufian ath-Thauri “ Tiada sesuatu yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri; satu ketika aku mengalahkannya dan ketika yang lain ia mengalahkan aku.”

3. Kata al-Hasan al-Basri “ Tiada binatang tunggangan yang lebih memerlukan kepada tali kekang selain daripada nafsumu”

4. Yahya bin Mu’az ar-Razi pula berkata “ Berjihadlah menentang nafsumu dengan bersenjatakan riadhah empat perkara: Makanan yang sedikit, tidur yang sedikit, bercakap ketika perlu dan bersabar menanggung derita. Makanan yang sedikit mematikan syahwat,

tidur yang sedikit menyelamatkan diri dari bencana dan sabar menanggung derita menyampaikan tujuan”.

5. Yahya bin Mu’az berkata lagi “ Musuh manusia ada tiga: Dunianya, Syaitannya dan nafsunya. Berjaga-jagalah dari dunia dengan mengamalkan zuhud dan dari Syaitan dengan menentang godaannya dan dari nafsu dengan meninggalkan syahwat”

Cara melawan hawa nafsu:

1.Mujahadah nafs seperti menyedikitkkan makan,minum sebagaimana sabda Rasul “Jangan kamu tumpaskan kepekaan hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air secara berlebihan”Kenyang berlebihan akal menjadi malap,banyak mengantuk, syahwat berkubar,perangai bongkak dan malas beribadah. Rasul menggariskan kaedah pemakanan dengan sabdanya “.Sepertiga untuk makanan,sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk nafas”. Kurangkan tidur,bercakap sekadar perlu dan sabar menanggung gangguan orang lain.

Mujahadah ialah melawan godaan hawa nafsu iaitu belajar mengasuh diri sendiri dengan cara berangsur angsur supaya kita dapat menguasainya. Dan hendaklah kita ketahui dan faham bahawa nafsu adalah tali barut syaitan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan kita belajar mengenal dan mengecamnya bahawa nafsu kita sekarang adakah dia sedang dihasut oleh syaitan atau tidak. Dan inilah yang penting dan perlu sekali kita mengenalinya, kemudian hendaklah kita mujahadahkan ia dan kita lawan ia sebagaimana firman Allah “ Mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya kami beri petunjuk kepada mereka jalan jalan kami” ( al-Angkabut:29:69)

Contoh contoh mujahadah:

Misalnya, menurut kebiasaannya nafsu kita suka kepada makanan yang sedap dan lazat makanya kita makan sekenyang-kenyangnya hingga menyebabkan malas hendak beribadat. Cara mengatasinya ialah kita mujahadahkan ia dan kita lawan ia dengan kita makan jangan sampai melampaui batas yang menyebabkan keberatan hendak beribadah. Dan satu contuh mujahadah lagi, menurut kebiasaannya nafsu kita malas hendak bangun beribadat di tengah-tengah malam tetapi kalau hadir di majlis majlis perbualan maka sepuluh jam tidak memberi apa apa kesan malah dirasa sekejap jua. Jika berlaku demikian maka hendaklah kita ajarkan nafsu kita dan kita coba paksakan ia supaya bangun di tengah-tengah malam mengikut jadualnya untuk menunaikan ibadat. Dengan kata lain kita kena tahan nafsu syahwat kerana binatang yang degil akan menjadi lembut dan lemah apabila dikurangkan makanannya.

2. Bebankan nafsu itu dengan banyak melakukan ibadat kerana bahawasanya binatang Himar apabila ditambah pada muatan pikulannya serta dikurangkan makanannya nescaya ia akan tunduk dan menurut perintah tuannya. Dengan kata lain perbanyakkan ibadah solat sehinggalah keakhir hayat. Firman Allah “ Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini(ajal)” (S:al-Hijr:15:99). Firman Allah lagi “Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan perbuatan keji dan mungkar”.(S: al-Angkabut:29:45)

3. Dengan berzikir. Menurut ahli sufi amalan zikrullah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah swt. Sebab itulah apabila Saidina ‘Ali bin Abi Talib memuhun kepada Nabi Muhammad saw supaya baginda mengajarkan amalan khusus yang cepat sampai kepada
Allah swt, maka Nabi Muhammad saw menjawab dengan sabdanya yang bermaksud “ Wajiblah ke atas kamu sentiasa berzikrullah di tempat-tempat yang sunyi”. Malahan ada diantara tokoh sufi meletakkannya sebagai salah satu rukun dalam amalan tasawuf sebagaiman ditegaskan oleh Syeikh Abu ‘Aliu al-Daqaq yang antara lain katanya “ Zikrullah adalah merupakan satu rukun yang penting pada jalan Allah, bahkan ia merupakan asas yang sangat kuat dipegang di jalan Allah itu, seseorang tidak akan sampai kepada Allah dan keredhaannya kecuali dengan sentiasa berzikrullah”.

Zikrullah yang mampu mengikis hati yang berkarat menjadi suci dan bersih secara automatik laksana air api dapat meleburkan sisa-sia tembaga yang bercampur aduk dalam cecair emas hingga menjadikan ia emas bermutu, ialah dari zikir ghaflah (hati lalai mengigati Allah swt ketika berzikir) kepada zikir yaaqazah(ketika berzikir hati telah sedar,bangun terhadap Allah swt) kepada zikir hudhur(hati sentiasa hadir dengan Allah swt semasa berzikir dan akhirnya akan meningkat kepada zikir al-ghaybah( yang lain daripada Allah akan lenyap dari hati dan yang ada hanya Allah swt di dalam hati)

4. Taubikh atau mu’aatabah iaitu berdailog mutmainnah dengan diri sendiri yang memiliki nafsu ammarah. Maksudnya ialah diri mengajari diri. Sebagai contuhnya ialah seandainya nafsu kita ingin mencari pangkat dan kedudukan, mengumpul harta duniawi sebanyak-banyaknya, kepadanya hendaklah kita katakan “ Hai nafsuku! Tidak kah engkau tahu bahawa Firaun yang gagah dan sampai mendakwakan dirinya menjadi Tuhan, ditenggelamkan Allah. Tidak kah engkau tahu bahawa Qarun yang kaya raya sampai ditelan oleh bumi. Tidak kah engkau tahu Hitlar seorang diktator dalam perang yang kedua yang sangat berkuasa akhirnya mati juga. Apalah gunanya pujian, apalah gunanya sanjungan. Tidak ada faedahnya dan gunanya di alam akhirat nanti. Oleh kerana itu kembalilah kamu hai nafsu ammarah, ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah, supaya kamu selamat di akhirat nanti.

5. Memohon pertolongan daripada Allah swt dan merendah diri (berdoa’) kepadanya agar terselamat dan dapat melepaskan diri daripada godaan nafsu durjana sebagaimana ucapan Nabi Yusuf yang difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud “ Sesungguhnya nafsu itu amat menyuruh dengan kejahatan melainkan orang yang diberi rahmat olehTuhanku(maka terselamatlah dia dari runtunan nafsu jahat).

[

Bergambar bersama-sama dgn tiga orang cucu;Mohd Irfan,Nur Adilah dan siti Sarah Amirah ketika berada di Doha Qatar 12 Dec07-3 Jan 09

Bergambar bersama-sama dgn tiga orang cucu;Mohd Irfan,Nur 'Adilah dan siti Sarah Amirah ketika berada di Doha Qatar 12 Dec07-3 Jan 08

Jawapan kepada soalan madam x
Suami mudah Jemu

Perasaan jemu atau bosan memang perkara lumrah dialami oleh semua orang, baik kaum lelaki maupun kaum wanita samada yang bergelar suami mau pun yang bergelar isteri, pelajar atau guru, pekerja maupun majikan. Jemu bukan sahaja berlaku dalam menguruskan pekerjaan harian malah berlaku juga dalam menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t. kalau dilakukan semata-mata ikutan,tanpa iman dan ilmu.Punca dan sebab jemu berbagai-bagai sebab, bergantung dengan tugasan. Jemu seorang pelajar tentu tidak sama dengan jemu yang dialami oleh seorang pekerja. Demikian juga punca seorang suami jemu kepada seorang isteri sudah pasti tidak sama dan tidak semestinya ia dikaitkan dengan tempoh masa, lama atau baru perkahwinan tersebut. Ada pasangan yang baru berkahwin beberapa bulan bercerai-berai, berbanding dengan pasangan yang bertahun-tahun lama mendirikan rumah tangga terus ceria dan bahagia. Sebenarnya ia bergantung kepada kebijaksanaan menguruskan perasaan jemu itu.

Puncanya

Berbalik kepada persoalan anda, kalau suami berasa jemu kepada isterinya apa puncanya. Banyak sebab-sebabnya. Ada yang berpunca dari sejuknya perhubongan kelamin dan ada juga kerana sikap negatip isteri seperti suka melitir, terlalu demand, memandang rendah suami, bersikap kasar, cuai dalam menguruskan rumah tangga, tidak mahir dalam penyediaan makan minum, tidak menghormati keluarga suami dan lain-lain lagi.

Akibatnya.

Akibatnya perasaan cinta dan sayang suami kepada isterinya semakin sehari semakin luntur, bukan semakin sehari semakin sayang dan akhirnya menimbulkan perasaan jemu dan bosan si suami. Akhirnya kalau tidak bijak mengendalikannya menyebabkan perceraian atau si suami akan menjadikannya sebagai alasan untuk berpoligami. Cara mengatasinya si isteri perlu sedia berubah ke arah kebaikan.

2. Dalam hidup berumah tangga kesilapan dan kesalahan tidak dapat dielakkan, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula manusia. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Yang pentingnya suami isteri hendaklah sentiasa berlapang dada, mencari punca masalah dan coba menyelsaikannya,saling bermaafan di antara satu sama lain. Jangan kerana kesilapan kecil boleh menguncang kerukunan rumah tangga sehingga tidak nampak kebaikan yang dilakukan oleh pasangan. Sekiranya si isteri menyedari ia telah melakukan kesilapan hendaklah segera meminta ma’af dan jangan mengulangi nya lagi. Sekiranya kerap kali mengulangi kesalahan tersebut, apatah lagi kesalahan yang dilakukan itu perkara yang besar yang boleh menyentuh maruah dan kesucian agama. Jika membiarkannya ia boleh menjadi dayus, ini yang menyebabkan si suami agak sukar untuk mema’afkan kesalahan si isteri. Kalau kesalahan-kesalahan kecil biasanya si suami sedia mema’afkannya.

Memang ada kerana karenah negatip isteri yang berterus-terusan menjadi sebab suami menggugut malah tanpa ada ugutan pun ada suami yang terus berpoligami tanpa diketahui si isteri.

. Namun demikian poligami tidak menyelsaikan masalah jika tidak diurus dengan bijaksana dan berbekalkan ilmu dan sifat jujur.

Nasihat
Apa nasihat tuan sekiranya ada lelaki yang hendak berpoligami? Jawapan saya:Kepada lelaki yang bergelar suami yang bercadang untuk berpoligami sebaik-baiknya perlu lah memahami dan menghayati surah al-Nisak yang berikut: “Maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi:dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja”(an-Nisak:4:3:). Dari segi ilmu usul fikh perkataan “Kahwinlah” bukanlah suruhan atau perintah yang wajib dilaksanakan dan jika meninggalkannya pula menjadi berdosa dan kahwin poligami juga bukan merupakan perintah sunat di mana kalau ianya ditinggalkan tidak berdosa dan melakukannya dapat pahala kecuali nikah bukan poligami ada ketika hukumnya sunat, wajib ,makruh, haram dan mubah.

Poligami bukan sunnah Nabi mengikut setengah pendapat.

Sandaran bagi mereka yang berpendapat poligami merupakan sunnah Nabi tidak tepat kerana Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang tempoh berumah tangga dengan Siti Khadijah r.anha selama 28 tahun tidak pernah pun berpoligami. Kalau sunnah hukumnya sudah pasti Rasulullah saw berpoligami lebih awal lagi. Setelah dua tahun kewafatan Khadiiah r.anha baharulah Nabi berpoligami. Dan perkahwinan Nabi dengan ummahat mukminin (Isteri-isteri yang dipoligami Rasulullah sa.w.) sekitar lapan tahun dari sisa-sisa hidup baginda. Kebanyakan mereka adalah janda, kecuali Aisyah,r.anha. Selain daripada itu, Rasulullah s.a.w berpoligami bukan kerana perkara-perkara remeh temeh dan didorong oleh nafsu sebaliknya kerana menghuraikan dan menyelesaikan persoalan sosial ketika itu. Makanya kahwin poligami bukan merupakan keistimewaan bagi kaum lelaki tetapi ia merupakan tanggungjawab yang berat dan hukumnya bukan perintah/suruhan/anjuran dan bukan sunnah tetapi mubah/harus tetapi dengan syarat mampu berlaku adil. Jika berkahwin juga dalam keadaan tidak mampu, nikah tersebut sah dari segi hukum fikh tetapi ia berdosa jika tidak berlaku adil. Untuk berlaku adil dalam berpoligami adalah perkara yang sukar sebagaimana ditegaskan oleh Allah dengan firmannya yang bermaksud, “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung:.(S;an-Nisak:4:129). Suami yang tidak berlaku adil akan bergelumang dengan dosa dan di akhirat nanti separuh badannya akan lepas dan terputus, sebagaimana sabda Rasul yang mafhumnya, “Barang siapa yang mengawini dua perempuan, sedangkan ia tidak berlaku adil kepada keduanya, pada hari akhirat nanti separuh tubuhnya akan lepas dan terputus.”

Di antara syarat berpoligami dan akibat daripadanya jika tidak berlaku adil.

1. Sebelum berpoligami pastikan terlebih dahulu sama ada anda berupaya dari segi mental, emosi dan berlaku adil dari segi penyediaan makan minum,tempat tinggal isteri yang sedia ada, isteri yang bakal dimadu, belanja perubatan, giliran bermalam, pendidikan anak-anak dan sebagainya. Kalau tidak yakin atau anda ragu-ragu tidak akan dapat berlaku adil, fikir dua kali sebelum meneruskan cadangan berpoligami sekalipun anda melepasi syarat-syarat berpoligami seperti isteri anda mandul, berpenyakitan yang tidak membolehkan anda melakukan perhubongan kelamin dan sebagainya namun syarat keadilan tetap wajib. Kalau diteruskan juga hasrat anda itu sedang anda tidak mampu berlaku adil, maka dikhuwatiri anda akan bergelumang dengan dosa setiap hari sekalipun anda orang yang ta’at mendirikan solat dan seumpamanya.

2. Boleh menimbulkan perasaan curiga-mencurigai, hasad dengki di kalangan isteri-isteri yang dimadu. Demikian juga ia akan mempengaruhi perkembangan anak-anak juga.

3. Boleh menjejaskan ekonomi rumah tangga kerana terpaksa menanggung nafkah keluarga yang sedia ada dan isteri yang dimadu dan anak-anak yang bakal lahir.

4. Lumrahnya kehidupan berpoligami tidak ada keharmonian dan ketenangan dan akibatnya akan menjejaskan pertumbuhan minda dan pembelajaran anak-anak kerana sering berhadapan dengan karenah-karenah yang negatif yang dipertontonkan oleh ibubapa sehingga menyebabkan anak tidak berasa aman tinggal dirumah.

Pengalaman mereka yang berpoligami.

Saya pernah bertanya kepada mereka yang telah dan sedang berpoligami yang muda atau yang sudah berumur tentang pengalaman mereka berpoligami.Malah ada di antara sahabat-sahabat saya yang berkahwin poligami di atas persetujuan isterinya,malah isterinya meminang bakal isteri yang kedua. Jawapan mereka, sesiapa yang hendak berpoligami kena fikir dua kali. Bagi mereka sukar untuk mendapat kemanisan dalam bermadu samada ia berpunca dari pihak si suami atau isteri-isteri yang dimadu . Banyak cabarannya sama ada dari segi kewangan, mental, emosi, layanan dan sebagainya. Demikian juga saya dapati ada golongan yang berpoligami bukan kerana alasan syarie sebaliknya kerana terpengaruh oleh unsur-unsur kebendaan seperti kecantikan luaran, pergaualan bebas, nafsu yang tidak terurus dan sudah terlanjur; kata P.Ramlee, “Makan dahulu baharu baca doa selamat”

Dengan kata lain kalau hendak berpoligami fikir dahulu samada sumber kewangan anda kukuh dan kuat, pendidikan anak-anak yang sedia ada sudah beres atau sebaliknya. Kena maklumkan kepada isteri tentang cadangan anda hendak berpoligami. Alasan-alasan untuk berpoligami mestilah berdasarkan syarak dan sebagainya. Kalau belum bersedia carilah jalan untuk menghindarkan diri dari berpoligami. Kalau ada masalah dari pihak isteri yang tidak menyenangkan perlu diselesaikan dan isteri pula hendaklah sedia berubah. Kalau diteruskan juga niat tersebut ia tidak akan menyelesaikan masalah malah ia akan mengundang masalah baru sama ada dengan isteri yang sedia ada atau dengan isteri baru. Apatah lagi kalau berpoligami secara sulit tanpa kebenaran dari mahkamah ia telah melakukan kesalahan jenayah dan boleh di ambil tindakan di bawah undang-undang jenayah syariah. Selain daripada perkahwinan tersebut, kalau tidak didaftar ia tidak sah dari segi undang-undang keluarga Islam. Perkahwinan itu hanya dianggap sah dari segi undang-undang setelah didaftarkan dan setelah pasangan menjalani hukuman denda. Kalau perkahwinan tersebut tidak didaftarkan dan berlaku perceraian atau sebaliknya pihak isteri yang baru dikahwin tidak berhak mendapat haknya sebagai seorang isteri dan hak nafkah anak kalau si suami mengabaikan tanggungjawabnya apatah lagi kalau ia diceraikan sebelum perkahwinan belum didaftarkan maka si isteri tidak berhak mendapat hak nafkahnya samada harta sepencarian atau hak-hak yang lain. seperti nafkah iddah atau nafkah anak. Begitu juga kelahiran anak sukar untuk didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain lagi kerana perkahwinan itu dianggap tidak sah di bawah undang-undang keluarga Islam. Seorang wanita yang dipujuk-pujuk oleh seorang lelaki yang bergelar suami untuk menjadikannya isterinya yang kedua dan pernikahan tersebut dijalankan secara sulit atau nikah keluar negeri tanpa kebenaran mahkamah berfikirlah dua kali supaya tidak menyesal di belakang hari nanti. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya kecualilah anda kenal hati budinya dan rumahtangganya yang sedia ada terurus dan terpimpin.

Di bawah sebahagian dari petikan undang-undang poligami di seluruh Malaysia.

1. Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isteri yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati-

a. bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandangkan kepada antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

b. Bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh hukum syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang di cadangkan itu.

c. Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak hukum syarak dan

d. Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Dari penjelasan secara ringkas dan tidak tersusun itu harap sekurang-kurangnya dapat menjawab pertanyaan anda. Wallahu’alam.

x

Persmian Kongress Melayu setimur tengah di Mesir buat pertama kalinya. Perasmian berlansung di markaz parti sosialis Arab kerana itu saya direkod sebagai penganut faham sosialis. Masya Allah. Kongres berlansung pada 15-22 bulan?70. Saya duduk sebelah kanan sekaili. Di tengah Encik Aziz setiuasaha 1 wakil Kedutaan Malaysia,Kaherah. Kertas kerja yang dibincangkan ialah; Pentingnya Bank Islam di Malaysia,Mencipta Perpaduan dan Keharmonian Rakyat Malaysia,Pembentukkan Moral Rakyat Malaysia dan Peranan Mahasiswa Melayu Timur Tengah.

Persmian Kongress Melayu setimur tengah di Mesir buat pertama kalinya. Perasmian berlansung di markaz parti sosialis Arab kerana itu saya direkod sebagai penganut faham sosialis. Masya Allah. Kongres berlansung pada 15-22 bulan?70. Saya duduk sebelah kanan sekaili. Di tengah Encik Aziz setiuasaha 1 wakil Kedutaan Malaysia,Kaherah. Lain-lain wakil parti dan wakil University Alazhar.Kertas kerja yang dibincangkan ialah; Pentingnya Bank Islam di Malaysia,Mencipta Perpaduan dan Keharmonian Rakyat Malaysia,Pembentukkan Moral Rakyat Malaysia dan Peranan Mahasiswa Melayu Timur Tengah.

Peristiwa I May 1968

Waktu belajar di Mesir dahulu saya pernah tinggal setahun setengah di Madinah Bu’uth surghra iaitu asrama khusus untuk menempatkan pelajar-pelajar pemegang biasiswa Universiti Al-azhar dari seluruh dunia. Bilangan penghuninya tidak kurang seribu orang. Kebanyakan penghuninya dari negara-negara Afrika. Ada di antara pelajar-pelajar Malaysia kurang bersetuju saya tinggal di sini kerana kemudahan asramanya kurangkan lengkap.Demikian juga dengan penyediaan makan minumnya.

Memang benar apa yang dikatakan oleh sahabat-sahabat saya itu kalau dibandingkan dengan kemudahan yang terdapat di Asrama Melayu,Jalan Abbasiah yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Semuanya lengkap dan agak mewah tetapi yang menyebabkan saya meninggalkan Asrama Melayu buat seketika dan bersedia beradapan dengan karinah pelajar-pelajar dari Afrika dan juga pelajar-pelajar dari negara Arab adalah dengan tujuan untuk dapat menguasai sebanyak sedikit bahasa Arab di samping mengambil peluang keemasan bersilaturrahim dengan pelajar pelajar yang datang dari seentero dunia.

Seingat saya,pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal di Madinah Bu’uth,baik surgha maupun kubra tidak ramai,bolih dibilang dengan jari. Di antara mereka yang masih saya ingat Ustaz Abd.Ghani Shamsuddin,pimpinan tertinggi parti PAS puast sekarang ini. Ustaz Mahmud Abdul yang sering menjadi MC bahasa Arab musabaqah -Quran peringkat antarabangsa , Ustaz Mohd Darus Senawi yang telah lama berpisah dengan beliau tetapi dipertemukan oleh Allah swt, secara kebetulan dengan beliau pada 23 April 09 baru-baru ini. Melaui business card yang beliau bagi kepada saya, beliau orang kuat dalam HALUAN dengan jawatanya timbalan Presiden Haluan. Selain daripada mereka bertiga,yang pernah tinggal di asrama tersebut juga Prof Dr. Abdullah Bakar,bekas pensyarah UIA, Prof Dr. Abdul Halim Hj.Uthman Muhammady,mantan pensyarah UKM dan aktivis ABIM, Ustaz Umar Abu Bakar,mantan Ketua Pandakwa Syarie,Jabatan Agama Pahang dan Ustaz Sulaiman Sujak,mantan Guru Besar Ma’ahad Muar J.B.

1 May 1968 yang menjadi tajuk bahan blog Dewan Syura kali ini tidak ada kaitan dengan sejarah hari buruh atau hari pekerja. Tarikh tersebut mengundang kembali suatu peristiwa yang membuat suara saya agak tinggi sedikit daripada suara sahabat saya Mahmud bin Ahmad dari Sudan yang tinggal bersebelahan bilik saya di Madinah bu’uth surgha. Beliau pelajar fakulti usuluddin. Puncanya sedikit sahaja iaitu beliau mempelawa saya datang ke Sudan. Saya jawab Insya Allah. Rupanya dia tak puas hati dengan jawapan saya itu, malah beliau paksa saya pergi dengan menggunakan perkataan LAZIM!!!. Lazimnya erti wajib. Dengan perkataan lain, dia tak puas hati dengan jawapan insya Allah saya itu. Mungkin jawapan saya itu bagi beliau agak longgar,rapuh, tidak kuat atau sebuah harapan yang tidak pasti akan menjadi suatu kenyataan. Beliau hendak suatu jawapan yang pasti,tegas atau dengan kata lain padamkan/tiadakan perkataan insya Allah dalam jawapan saya . Memadai dengan Na’am atau ya saya akan pergi. Apakah itu maksud yang tersirat darinya? Wallahu aklam. Rupanya budaya? orang Sudan ini sama dengan budaya?orang melayu kita. Kalau amalan zahir ini sama dengan amalan batin ia suatu kesilapan.

Merancang sesuatu perkara untuk hari esok dan pada bila-bila masa termasuklah dalam bab ikhtiar,tidak bercanggah dengan konsep tauhid,malah ia merupakan tindakan orang yang bertakwa. Firman Allah dalam surah al-Hasy:59:18 yang mafhumnya: ”Hai orang yang beriman , bettakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat) dan bertakwalah kepada Allah ,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Yang penting kejayaan perancangan tidak boleh di sandar secara mutlak di atas usaha kita. Sebaliknya ia bergantong dengan keizinan Allah swt. Jadi Islam melarang kita sama sekali dari mempastikan bahawa kita akan dapat melakukan sesuatu perkara pada masa hadapan pada hal ia belom pasti boleh berlaku. Sikap yang demikian menunjukkan sikap sombong dan bongkak dan menolak sekaligus sifat takdir dan kudrat Allah swt. Lantaran itu, ketika Malaysia mempopularkan slogan Malaysia Boleh, ada warga Malaysia mencadangkan; hendakalah ditambah sebelom slogan tersebut dengan perkataan Insya Allah; Insya Allah Malaysia Boleh.

Pengajaran dari surah al-Kahf

1.Mengucapkan Insya Allah adalah ajaran al-Quran sebagaimana dinyatakan oleh Allah dalam firmannya menerusi surah: al-Kahf:18:23 yang mafhumnya ” Dan jangan sekali-kali mengatakan terhadap sesuatu: ” Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi, kecuali (dengan menyebut): ”Insya Allah. Dan ingatlah kepada TuhanMu jika kamu lupa dan katakanlah:Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini

2.Merancang sesuatu perkara dengan serapi mungkin sebahagian daripada ikhtiar dan asbab kejayaan dan kita dituntut melakukannya. Namun demikian penyebab kejayaan itu tidak akan terjadi seperti yang dirancangkan,kalau tidak dengan izin dan kuasa Allah swt. Kerana itu kita di suruh bertawakkal kepada Allah swt.

3. Dengan mengucapkan Insya Allah adalah tanda sifat tawadhuk,rasa rendah diri dan sedar siapalah diri ini kalau dibanding dengan kudrat dan iradat Allah swt. Dan jangan rasa ego dgn kekuasaan,kecerdikan dan kepandian yang dimiliki dan dikuasai,lalu mendabik dada bahawa kejayaan tersebut hasil daripada usaha dan penguasaan ilmu tetapi sebenarnya kita tidak sendirian dalam menempuh kehidupan ini melainkan ada hubong jalinnya dengan seluruh ciptaan Allah swt yang lain, sesuai dengan takdir dan iradah Allah swt.

Sumber rujukan
Pintu-pintu menuju Tuhan

Wallahu a’lam
Shah Alam
Isnin:4 May 09
Jam 2.30 malam.

Mantan Menteri Pelajaran Malaysia YAB Dato Hj Abdul Rahman Ya'akub sedang bercakap dgn saya ketika beliau melawat Kaherah dalam tahun 70an. Gambar tengah Ust Haji Ismail Abd Halim,Mantan Pengarah Kusza Trengganu

Mantan Menteri Pelajaran Malaysia YAB Dato Hj Abdul Rahman Ya'akub sedang bercakap dgn saya ketika beliau melawat Kaherah dalam tahun 70an. Gambar tengah Ust Haji Ismail Abd Halim,Mantan Pengarah Kusza Trengganu

Habit Suka Berhutang:
Jawapan keatas pertanyaan Dd melalui emailnya

Sikap empati anda terhadap kawan anda itu wajar dipuji. Dalam Islam kita disuruh membantu orang yang dalam kesusahan. Firman Allah yang bermaksud”Dan tulong menulonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan jangan tulong menulong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” (S:al-Maaidah:5:2).

(1) Sabda Rasul yang mafhumnya”Di antara perkara yang memestikan dapat keampunan dari Allah ialah engkau memasukkan kegembiraan ke dalam hati saudaramu yang muslim(H.T. at-Thabrani)

2. Sabda Rasul yang bermaksud.” Orang yang paling dikasihi Allah ialah orang yang paling berguna kepada orang ramai dan amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang kau masukkan kedalam hati kepada Muslim, kau melepaskannya dari kesusahan, kau tunaikan(bayar) hutangnya atau kau usir kelaparannya. Sesungguhnya jika aku berjalan bersama seorang saudara dalam usaha menyempurnakan(makanan) keperluannya itu lebih baik aku sukai dari beriktikaf dalam masjid.

Namun demikian sikap berhati-hati juga perlu kerana ada orang yang senghaja mengambil kesempatan dari sifat sangka baik dan ambil berat kita terhadapnya. Lebih-lebih lagi kawan anda itu di mana berhutang baginya sudah menjadi amalannya biarpun alasannya itu sukar untuk diterima. Rasulullah s.a.w. berdoa agar dijauhkan dari belenggu hutang. Sebagaimana doa’ Rasulullah saw yang mafhumnya “Aku berlindung daripada belenggu hutang”.

Tak kanlah selalu kehilangan wang menjadi sebab dia selalu berhutang. Berhutang dalam Islam tidak boleh menjadi amalan kecuali kerana keadaan terdesak yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya seorang itu benar-benar dalam kusulitan kewangan , pihak Baitulmal akan bersedia membantu jika sebab-sebab yang munasabah malah sebahagian daripada kutipan zakat fitrah wajib diberi kepada mereka yang berhutang kerana kepentingan agama. Janganlah alasan kecurian menjadi sebab untuk berhutang. Firman Allah “ Sesungguhnya zakat zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk memerdekakan budak(hamba) orang-orang yang berhutang untuk jalan Allah……” (S:at-Taubah:9:60) .

Yang menjadi kemusykilan saya bagaimana kawan anda ini suka berhutang dengan alasan barangnya selalu dicuri orang.Apakah dia tidak memaklomkan perkara yang terjadi ini kepada orang tuanya atau sudah dimaklomkannya tetapi ternyata orang tua nya tidak mampu membantunya kerana kemiskinan. Kalau betul kawan anda itu orang yang susah elok anda berbincang dengannya dan juga dengan pihak-pihak yang tertentu untuk sama-sama menyelsaikan kesempitan hidupnya dan juga kepada pihak warden tentang musibah yang sering menimpanya. Saya rasa kalau benar ia seorang

pelajar yang miskin tetapi prestasi pelajarannya baik saya kira ada jalan keluarnya. Jangan anda sendirian menyelsaikan masalahnya. Bincangkan dengan pihak-pihak yang lain dan pihak yang berwajib agar dapat merungkai kesulitan yang dihadapinya.

Dalam Islam, orang yang berhutang tetapi senghaja tidak menjelaskannya, ia tidak akan terlepas daripada menanggung beban hutang sekalipun selepas meninggal dunia Sebab itu bila seorang hamba meninggal dunia di antara perkara yang perlu diselesaikan lebih awal ialah hutang piutangnya. Rasulullah s.a.w mencela orang yang berhutang tetapi senghaja tidak mahu membayar hutang dan berhutang kerana mengikut hawa nafsu.

Dalam sebuah hadis, roh orang yang mati dikatakan tidak akan naik ke langit melainkan selepas hutangnya selesai. Menunda-nunda menjelaskannya padahal mampu menjelaskannya termasuk perbuatan yang zalim. Dan jika ditunda-tunda pembayaran hutang, pada hal ia mampu membayarnya maka bertambah satu dosa baginya setiap hari. Rasulullah s.a.w. bersabda” Barangsiapa(yang berhutang) di dalam hatinya tidak ada niat untuk membayar hutangnya, maka pahala kebaikannya akan dialihkan kepada yang memberi hutang. Jika masih belum terpenuhi, maka dosa-dosa yang memberi hutang akan dialihkan kepada orang-orang yang berhutang” (HR.Baihaqi)

Kesimpulannya anda hendaklah menyelidiki sebab dan punca sebenarnya kawan anda berhutang. Kalau benar kawan anda itu bermasalah memang wajarlah anda membantunya. Namun demikian perkara ini sepatutnya tidak menjadi bebanan pada anda sepanjang masa. Anda harus berkongsi masalah ini seperti yang saya nyatakan diatas dengan kawan- kawan anda dan dengan pihak pihak yang lain agar problemnya dapat di selesaikan. Berhutang hanya boleh menyelsaikan masalah buat seketika tetapi jangka panjangnya ialah dengan mencari puncanya,kemudian coba menyelsaikannya.

Kepada mereka yang belom terlibat dengan hutang, elakkan diri anda dari suka berhutang kecuali kerana sebab-sebab yang sangat mendesak. Lebih-lebih lagi buat masa sekarang,pintu berhutang dibuka seluas-luasnya untuk siapa sahaja yang mahu,tanpa wang pendahuluan dan cagaran anda dengan mudah memiliki sesuatu yang anda sukai.

Akibat dari suka berhutang akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap diri anda. Anda akan menyisihkan diri dari orang ramai bimbang terserempak dengan orang yang memberi hutang. Anda akan berterusan dengan sikap bohong anda dengan berbagai-bagai alasan untuk berhutang,malah tidak mustahil anda akan terjebak lebih jauh lagi dalam kencah jenayah seperti mencuri,rasuah dan seumpamanya untuk melensaikan hutang. Juga ia membahayakan keselamatan diri anda jika anda berhutang dengan AhLong tetapi gagal melunaskannya dalam masa yang telah ditetapkan.

Berhutang akan mencabutkan kemerdekaan diri anda kerana dibelenggukan oleh hutang yang malilit pinggang. Keadaan yang sama juga akan berlaku kepada sesebuah negara yang banyak berhutang di mana akhirnya ia tidak bebas untuk menentukan hala tuju negara. Wallahu aklam.
Shah Alam,3 May Jam:2.30 ptg.

Al-Fatihah…..

Al-Fatihah kpd Ustaz Abg Haji Safian Abg Hj Junaidi
dan Pemanca Abg Hj Sarbini Abg Hj Junaidi

Saya dan keluarga mengucapkan takziah kpd keluarga almarhum Ustaz Abg Haji Safian Hj Junaidi dan juga kepada keluarga Pemanca Abj Haji Sarbini Hj Junaidi di atas kepulangan dua bersaudara ini menemui Allah swt. Insya Allah dengan amal bakti yang mereka berdua sumbangkan untuk agama, Allah akan menempatkan mereka berdua sebaris dengan barisan para syuhadak dan para salihin di syurga Jannatun na’im. Amiin Ya Rabbal ‘alamiin.

Bergambar bersama-sama dengan YBhg Dato' Hj Talha Hj Abd.Rahman pada 1 May09 sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Ubudiah.

Bergambar bersama-sama dengan YBhg Dato' Hj Talha Hj Abd.Rahman pada 1 May09 sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Ubudiah.


Khutbah Juma’at
Sampena Dengan Hari Pekerja 1May 09.

Dari semenjak minggu lepas saya telah memasang niat untuk solat Juma’at minggu ini 1 May 09 di Masjid ‘Ubudiah Seksyen 19 Shah Alam. Selain daripada bersolat Juma’at saya juga ingin hendak bertemu dengan Yang Berbahgia Dato’ Hj Talha Hj Abdul Rahman dan keluarga beliau di mana sudah sebulanl saya berada di Shah Alam saya belom berkesempatan ziarah beliau dan keluarga beliau. Masjid Ubudiah terletak dalam kawasan perumahan beliau. Sebelom ini saya ada menghubongi Dato dengan telepon. Rasanya itu belom puas, melainkan kalau saya dapat bertemu dan bersua muka dengan beliau dan keluarga beliau kerana keakraban saya dan keluarga beliau sudah semacam sebuah keluarga.

Saya mengenali beliau semenjak tahun 80an lagi ketika beliau menjadi Yang Di Pertua Jais Selangor. Saya kerap berjumpa dengan beliau dalam mesyuarat Majlis Islam seMalaysia di mana ketika itu saya menjawat jawatan Setiausaha Majlis. Beliau seorang yang aktip dalam bidang dakwah dan pernah memegang jawatan yang tinggi dalam NGO-NGO Islam. Dalam setiap persidangan dan seminar kalau beliau hadir, beliau tidak berkeberatan melontar idea-idea beliau yang bernas. Umur beliau sekarang sudah mengjangkau 80. Namun demikian faktor umur dan kesihatan beliau yang sudah agak terjejas tidak menghalang beliau terus berkhimat untuk agama,bangsa dan tanahair..

Alhamdulilah, dengan izin Allah swt saya dengan ditemani anaknda Hafiz telah menunaikan solat Juma’at 1 May 09 di Masjid Ubudiah dan secara kebetulan dia menjadi Khatib dan juga Imam Solat Juma’at pada hari yang tersebut di atas. Selepas solat saya terus bersalam dengan beliau,kemudian beliau mempelawakan saya dan Hafiz dengan diiringi oleh menantu beliau Haji Roslan terus masuk ke dalam bilik khas beliau. Saya difahamkan beliau sebagai Imam Satu di Masjid Abudiah. Di antara isi khutbah yang beliau sampaikan adalah seperti berikut:

1.Islam mewajibkan umatnya berusaha mencari razki bagi menampong kehidupan di dunia ini tanpa mengira jenis pekerjaan asalkan bertepatan dengan syari’at Islam seperti disarankan oleh Allah dalam surah al-akraf:10

2.Dalam masa mencari nafqah jangan lupa urusan akhirat. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah: al-Qasas:77

3.Pekerjaan yang dikategorikan sebagai ibadat menurut Imam Ghazali dalam kitab ihyak ulumuddin beliau seperti berikut:

• Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjong perintah Allah swt.
• Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syari’at Allah swt
• Kerja yang dilakukan itu adalah dengan sungguh-sungguh dan tidak memudharatkan.
• Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syari’at Allah swt seperti solat,puasa dan sebgainya.

Asas utama kerja yang dapat diterima sebagai ibadat ialah kerja yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah swt. Tanpa ikhlas pekerjaan itu tidak dianggap sebagai ibadah. Selain daripda niat yang suci pekerjaan tersebut tidak bercanggah dengan syari’at Allah swt. Hari ini ramai pekerja mengakui bekerja kerana Allah swt,namun demikian dalam masa mereka bekerja, mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan syari’at Allah swt seperti membuka ’aurat,kerja ditempat yang diharamkan seperti tempat perjudian, kelab-kelab malam dan seumpamanya.

Demikian juga terdapat pekerja-pekerja yang tidak menjaga perhubongan dengan Allah swt dan manusia seperti mengamalkan rasyuah ,salah guna kuasa, menipu, hasad dengki sesama rakan sekerja dan sering mengadu domba. Mereka ini tergulong dalam gulongan mereka yang rugi sebagaimana dinyatakan oleh Allah dalam surah:HUD:15.

Seterusnya supaya pekerjaan itu sebagai satu ibadah,pekerja hendaklah mempastikan kerja yang dilakukan itu dapat memenohi kehendak pelanggan dan meningkatkan prodaktiviti serta memenohi tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap pekerja perlu berusaha dengan sebaik mungkin dan sedia menghadapi segala karinah dengan bersikap sabar,tekun, berwawasan dan seumpmanya.Adalah merupakan satu kesalahan jika kerja yang diamanahkan itu dibuat sambil lewa. Islam begitu tegas berkaiatan kerja secara bersungguh-sunguh. Sabda rasul yang mafhumnya ” Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang di antara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakkukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh”(H.R.Thabrani)

Apapun kedudukan kita dalam pekerjaan, kita akan dipersoalkan dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt. Sama ada kita sebagai majikan ataupun sebagai pekerja, kita wajib untuk melaksanakan segala amanah yang dipikul. Kita juga wajib mematuhi segala peraturan dan hukum yang telah digariskan oleh islam.

Wallah ’aklam.
Shah Alam
1 May, jam 10. malam.
.

Mina-musim haji 78. Sebelah kiri sekali Dato Seri Haji Harussani(Mufti Perak sekarang). Sebelah kanan beliau Encik Ismail dan sebelah kanan saya Ustaz Hj Jais Anwar, menantu Dato Asri, menetap di London.

Mina-musim haji 78. Sebelah kiri sekali Dato Seri Haji Harussani(Mufti Perak sekarang). Sebelah kanan beliau Encik Ismail dan sebelah kanan saya Ustaz Hj Jais Anwar, menantu Dato Asri, menetap di London.

Teladanilah Keperihatinan
Rasulullah saw dan para sahabat terhadap gulongan fakir miskin

1. Ketika Rasulullah saw pergi ke Kaabah bersama2 sahabatnya ,ada diantara sahabatnya yang bernama Sa’ad bin Abi Waqas bersikap kasar kepada orang miskin dan membangga banggakan diri, lalu ditegur oleh Rasulullah saw “ Kejayaan dan kemewahan yang engkau kecapi itu disebabkan oleh orang miskin tersebut.”

2. Rasulullah saw berkata kepada Aisyah r.anha “ Ya Aisyah, jangan biarkan orang yang memerlukan(miskin) pergi dari pintu rumah engkau dengan tangan yang kosong. Berikanlah sesuatu walaupun setengah biji buah tamar. Cintailah orang miskin, dekatilah mereka kepadamu, nescaya Allah akan membawa kamu dekat kepadanya pada hari kebangkitan semula.”

3. Penyertaan Rasulullah saw didalam perperangan(ghazwah) tidak lain menunjukkan betapa perihatinnya Rasulullah saw terhadap agama dan umatnya. Keperhatinan
Rasulullah saw terhadap Islam, umatnya. Perperangan Badar dengan jelas membuktikan betapa sensitipnya Rasulullah terhadap agama Islam seperti dalam doanya “ Ya Allah, aku nantikan janji mu, ya Allah. Jika pasukan ini kalah, niscaya tidak ada lagi orang yang akan menyembah Mu di Bumi ini.”

4. Surah al-Fath :48:29 yang mafhumnya “ Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang orang Kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka”. Ayat tersebut mengandungi pengajaran pengajaran berikut:

1. Orang Islam yang sama seakidah saling sayang menyayangi,tidak menghinakannya dan tidak mengkecewakannya.

2. Sikap berlembah lembut sesama mereka, kata Pak Hamka tidaklah mudah saja buat di sudu dan kerasnya tidak mudah buat di kutik. Dia bersikap baik kepada orang lain, tetapi akidahnya jangan dipermainkan, agama jangan dihinakan. Orang yang beradab pastilah pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.

Keperihatinan
Saidina Abu Bakar r.a.

Ketika menjadi Khalifah rezki dan harta negara melimpah ruah tapi kehidupannya seperti rakyat biasa. Dia boleh menerima harta dari Baitulmal lebih dari keperluan nya tetapi dia hanya mengambil sekadar yang perlu dan kehidupannya tidak lebih daripada kehidupan kaum muslimin yang lain.

Saidina Abu Bakar seblum dilantik menjadi Khalifah memilki harta yang banyak tetapi dia bertanya kepada dirinya sendiri “ Mengapakah saya menikmati harta benda yang banyak, sedangkan kaum muslimin dalam kemiskinanan” Kerna keperihatinannya kepada Islam dan kaum muslimin semua hartanya di infak fisabilillah sehingga Rasulullah bertanyakepadanya “ Apakah yang kau tinggalkan

untuk keluargamu hai Abu Bakar?”. Jawab Abu Bakar “Untuk mereka yang saya tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka”.

Sejurus sebelum meninggal Saidina Abu Bakar berpesan kepada anaknya Aisyah r.anha supaya menyerahkan harta peninggalannya kepada kaum muslimin. Rupanya harta
peninggalanya itu tidak lebih daripada seekor unta untuk membawa air,alat pemerah susu dan baju luar untuk menyambut tetamu. Apabila harta itu diserahkan kepada Saidina Umar, Amirul mukminin terus melilih ayer mata nya seraya berkata “ Semuga Allah menyayangi Abu Bakar…… Sesungguhnya dia memayahkan orang yang datang selepasnya”.

Saidina Abu Bakar selalu mengamalkan doa yang menjadi amalan rasulullah saw “Wahai yang membalikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamamu” Khutbah saidina Abu Bakar ketika dilantik menjadi Khalifah “Wahai manusia….sesungguhnya saya dilantik sebagai pemimpin kamu tetapi saya bukanlah orang yang terbaik dinatara kamu…… Jika saya berbuat baik maka sokonglah saya. Sebaliknya jika saya berbuat perkara yang tidak baik maka perbetulkanlah saya. Ketahuilah orang yang lemah di kalanganmu adalah kuat disisiku sehingga saya mengembalikan haknya baginya. Ketahuilah orang yang kuat di kalanganmu adalah lemah di sisiku sehingga saya mengambil hak dari orang itu. Ta’atlah kepadaku selama saya ta’at kepada Allah dan rasul. Apabila saya durhaka, maka tidak ada ketaatan kepadaku”

Keperihatinan
Saidina Umar r.a

Ketika Pemerintahan Saidina Umar r.a. pernah umatnya menghadapi kemarau yang panjang. S. Umar r.a. amat perihatin dan empati nasib yang menimpa rakyatnya sehingga mukanya pucat masai kerana hanya makan buah Zaitun sahaja. Melihat kesihatan S. Umar r.a. terganggu lalu para sahabatnya mencadangkan kepada beliau supaya mengambil harta dari Baitul Mal untuk keperluannya tetapi dia enggan malah S. Umar menegaskan ”Bagaimana aku dapat memerhatikan kepentingan rakyat apabila aku tidak merasakan derita yang mereka rasakan”. Malah S. Umar r.a. menyamar seperti rakyat biasa-turun padang- untuk melihat sendiri kehidupan rakyatnya.

Pesan Saidina Ali r.a.
kepada Gabnornya

Saidina Ali bin Abi Thalib sewaktu melantik Malik bin Al-Haris Al-Ashtar sebagai Gabenor Mesir berpesan kepadanya dengan katanya “ Awas! Takutilah Allah, apabila kamu berdepan dengan masalah fakir miskin yang tiada pembela, yang hidup terbiar, miskin dan tidak berdaya-orang orang yang menjadi mangsa perubahan peristiwa. Antara mereka, ada beberapa orang yang tidak menyesal untung nasib mereka dalam kehidupan ini walaupun mereka hidup susah, mereka tidak pergi meminta sedekah. Atas nama Allah, lindungilah hak mereka kerana kamulah yang bertanggungjawab

menyelamatkan. Untuk meringankan beban hidup mereka, berilah bahagian mereka
yang ada di baitulMal, tanpa mengira di mana sahaja mereka berada samada dekat maupun jauh. Hendaklah kamu berlaku ‘adil kepada hak mereka. Janganlah kamu lalai sehingga kamu lupa akan tanggungjawab kamu terhadap mereka, kerana Allah tidak akan menerima sebarang alasan atas pengabaian kamu terhadap hak mereka. Janganlah kamu menganggap kesejahteraan mereka kurang penting daripada kesejahteraan kamu dan janganlah kamu melupakan mereka apabila kamu membuat sebarang ketetapan yang penting dan pulaukan orang yang memandang rendah pada fakir miskin dan orang yang tidak menceritakan perihal kehidupan fakir kepada kamu.

Pilihlah di kalangan pegawai pegawai kamu ,orang yang benar benar ta’at dan bertaqwa kepada Allah supaya mereka dapat memberitahu kamu keadaan hidup fakir yang sebenarnya. Hendaklah kamu menyediakan bantuan untuk orang orang fakir dan miskin agar kamu tidak perlu berdolak dalik di depan Allah di akhirat kelak kerana fakir miskinlah yang paling memerlukan belas ihsan kamu. Usahakanlah untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah dengan memberikan hak tiap tiap orang yang empunya diri dan anggaplah tugas menyempurnakan keperluan orang orang tua yang tidak mempunyai mata pencarian tetapi tidak rela meminta sedekah sebagai satu amanat dan tugas yang mulia. Dan kewajipan inilah yang biasanya sukar disempurnakan oleh para pemerintah. Tetapi dalm sesebuah masyarakat yang berpandangan jauh, tugas ini dilaksanakan dengan penuh kerelaan. Hanya bangsa atau kelompok masyarakat sepeti ini sahaja yang benar benar taat akan perintah Allah dalam melaksanakan kewajipan mereka terhadap fakir miskin.
Shah Alam
8.56 pagi