Feeds:
Posts
Comments

Al-Fatihah…..

Al-Fatihah kpd Ustaz Abg Haji Safian Abg Hj Junaidi
dan Pemanca Abg Hj Sarbini Abg Hj Junaidi

Saya dan keluarga mengucapkan takziah kpd keluarga almarhum Ustaz Abg Haji Safian Hj Junaidi dan juga kepada keluarga Pemanca Abj Haji Sarbini Hj Junaidi di atas kepulangan dua bersaudara ini menemui Allah swt. Insya Allah dengan amal bakti yang mereka berdua sumbangkan untuk agama, Allah akan menempatkan mereka berdua sebaris dengan barisan para syuhadak dan para salihin di syurga Jannatun na’im. Amiin Ya Rabbal ‘alamiin.

Advertisements
Bergambar bersama-sama dengan YBhg Dato' Hj Talha Hj Abd.Rahman pada 1 May09 sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Ubudiah.

Bergambar bersama-sama dengan YBhg Dato' Hj Talha Hj Abd.Rahman pada 1 May09 sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Ubudiah.


Khutbah Juma’at
Sampena Dengan Hari Pekerja 1May 09.

Dari semenjak minggu lepas saya telah memasang niat untuk solat Juma’at minggu ini 1 May 09 di Masjid ‘Ubudiah Seksyen 19 Shah Alam. Selain daripada bersolat Juma’at saya juga ingin hendak bertemu dengan Yang Berbahgia Dato’ Hj Talha Hj Abdul Rahman dan keluarga beliau di mana sudah sebulanl saya berada di Shah Alam saya belom berkesempatan ziarah beliau dan keluarga beliau. Masjid Ubudiah terletak dalam kawasan perumahan beliau. Sebelom ini saya ada menghubongi Dato dengan telepon. Rasanya itu belom puas, melainkan kalau saya dapat bertemu dan bersua muka dengan beliau dan keluarga beliau kerana keakraban saya dan keluarga beliau sudah semacam sebuah keluarga.

Saya mengenali beliau semenjak tahun 80an lagi ketika beliau menjadi Yang Di Pertua Jais Selangor. Saya kerap berjumpa dengan beliau dalam mesyuarat Majlis Islam seMalaysia di mana ketika itu saya menjawat jawatan Setiausaha Majlis. Beliau seorang yang aktip dalam bidang dakwah dan pernah memegang jawatan yang tinggi dalam NGO-NGO Islam. Dalam setiap persidangan dan seminar kalau beliau hadir, beliau tidak berkeberatan melontar idea-idea beliau yang bernas. Umur beliau sekarang sudah mengjangkau 80. Namun demikian faktor umur dan kesihatan beliau yang sudah agak terjejas tidak menghalang beliau terus berkhimat untuk agama,bangsa dan tanahair..

Alhamdulilah, dengan izin Allah swt saya dengan ditemani anaknda Hafiz telah menunaikan solat Juma’at 1 May 09 di Masjid Ubudiah dan secara kebetulan dia menjadi Khatib dan juga Imam Solat Juma’at pada hari yang tersebut di atas. Selepas solat saya terus bersalam dengan beliau,kemudian beliau mempelawakan saya dan Hafiz dengan diiringi oleh menantu beliau Haji Roslan terus masuk ke dalam bilik khas beliau. Saya difahamkan beliau sebagai Imam Satu di Masjid Abudiah. Di antara isi khutbah yang beliau sampaikan adalah seperti berikut:

1.Islam mewajibkan umatnya berusaha mencari razki bagi menampong kehidupan di dunia ini tanpa mengira jenis pekerjaan asalkan bertepatan dengan syari’at Islam seperti disarankan oleh Allah dalam surah al-akraf:10

2.Dalam masa mencari nafqah jangan lupa urusan akhirat. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah: al-Qasas:77

3.Pekerjaan yang dikategorikan sebagai ibadat menurut Imam Ghazali dalam kitab ihyak ulumuddin beliau seperti berikut:

• Niat dan tujuan kerja itu mestilah untuk menjunjong perintah Allah swt.
• Kerja yang dilakukan tersebut tidak bercanggah dengan syari’at Allah swt
• Kerja yang dilakukan itu adalah dengan sungguh-sungguh dan tidak memudharatkan.
• Kerja tersebut tidak menghalang daripada menunaikan syari’at Allah swt seperti solat,puasa dan sebgainya.

Asas utama kerja yang dapat diterima sebagai ibadat ialah kerja yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah swt. Tanpa ikhlas pekerjaan itu tidak dianggap sebagai ibadah. Selain daripda niat yang suci pekerjaan tersebut tidak bercanggah dengan syari’at Allah swt. Hari ini ramai pekerja mengakui bekerja kerana Allah swt,namun demikian dalam masa mereka bekerja, mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan syari’at Allah swt seperti membuka ’aurat,kerja ditempat yang diharamkan seperti tempat perjudian, kelab-kelab malam dan seumpamanya.

Demikian juga terdapat pekerja-pekerja yang tidak menjaga perhubongan dengan Allah swt dan manusia seperti mengamalkan rasyuah ,salah guna kuasa, menipu, hasad dengki sesama rakan sekerja dan sering mengadu domba. Mereka ini tergulong dalam gulongan mereka yang rugi sebagaimana dinyatakan oleh Allah dalam surah:HUD:15.

Seterusnya supaya pekerjaan itu sebagai satu ibadah,pekerja hendaklah mempastikan kerja yang dilakukan itu dapat memenohi kehendak pelanggan dan meningkatkan prodaktiviti serta memenohi tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap pekerja perlu berusaha dengan sebaik mungkin dan sedia menghadapi segala karinah dengan bersikap sabar,tekun, berwawasan dan seumpmanya.Adalah merupakan satu kesalahan jika kerja yang diamanahkan itu dibuat sambil lewa. Islam begitu tegas berkaiatan kerja secara bersungguh-sunguh. Sabda rasul yang mafhumnya ” Sesungguhnya Allah swt suka apabila seseorang di antara kamu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakkukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh”(H.R.Thabrani)

Apapun kedudukan kita dalam pekerjaan, kita akan dipersoalkan dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt. Sama ada kita sebagai majikan ataupun sebagai pekerja, kita wajib untuk melaksanakan segala amanah yang dipikul. Kita juga wajib mematuhi segala peraturan dan hukum yang telah digariskan oleh islam.

Wallah ’aklam.
Shah Alam
1 May, jam 10. malam.
.

Mina-musim haji 78. Sebelah kiri sekali Dato Seri Haji Harussani(Mufti Perak sekarang). Sebelah kanan beliau Encik Ismail dan sebelah kanan saya Ustaz Hj Jais Anwar, menantu Dato Asri, menetap di London.

Mina-musim haji 78. Sebelah kiri sekali Dato Seri Haji Harussani(Mufti Perak sekarang). Sebelah kanan beliau Encik Ismail dan sebelah kanan saya Ustaz Hj Jais Anwar, menantu Dato Asri, menetap di London.

Teladanilah Keperihatinan
Rasulullah saw dan para sahabat terhadap gulongan fakir miskin

1. Ketika Rasulullah saw pergi ke Kaabah bersama2 sahabatnya ,ada diantara sahabatnya yang bernama Sa’ad bin Abi Waqas bersikap kasar kepada orang miskin dan membangga banggakan diri, lalu ditegur oleh Rasulullah saw “ Kejayaan dan kemewahan yang engkau kecapi itu disebabkan oleh orang miskin tersebut.”

2. Rasulullah saw berkata kepada Aisyah r.anha “ Ya Aisyah, jangan biarkan orang yang memerlukan(miskin) pergi dari pintu rumah engkau dengan tangan yang kosong. Berikanlah sesuatu walaupun setengah biji buah tamar. Cintailah orang miskin, dekatilah mereka kepadamu, nescaya Allah akan membawa kamu dekat kepadanya pada hari kebangkitan semula.”

3. Penyertaan Rasulullah saw didalam perperangan(ghazwah) tidak lain menunjukkan betapa perihatinnya Rasulullah saw terhadap agama dan umatnya. Keperhatinan
Rasulullah saw terhadap Islam, umatnya. Perperangan Badar dengan jelas membuktikan betapa sensitipnya Rasulullah terhadap agama Islam seperti dalam doanya “ Ya Allah, aku nantikan janji mu, ya Allah. Jika pasukan ini kalah, niscaya tidak ada lagi orang yang akan menyembah Mu di Bumi ini.”

4. Surah al-Fath :48:29 yang mafhumnya “ Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang orang Kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka”. Ayat tersebut mengandungi pengajaran pengajaran berikut:

1. Orang Islam yang sama seakidah saling sayang menyayangi,tidak menghinakannya dan tidak mengkecewakannya.

2. Sikap berlembah lembut sesama mereka, kata Pak Hamka tidaklah mudah saja buat di sudu dan kerasnya tidak mudah buat di kutik. Dia bersikap baik kepada orang lain, tetapi akidahnya jangan dipermainkan, agama jangan dihinakan. Orang yang beradab pastilah pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.

Keperihatinan
Saidina Abu Bakar r.a.

Ketika menjadi Khalifah rezki dan harta negara melimpah ruah tapi kehidupannya seperti rakyat biasa. Dia boleh menerima harta dari Baitulmal lebih dari keperluan nya tetapi dia hanya mengambil sekadar yang perlu dan kehidupannya tidak lebih daripada kehidupan kaum muslimin yang lain.

Saidina Abu Bakar seblum dilantik menjadi Khalifah memilki harta yang banyak tetapi dia bertanya kepada dirinya sendiri “ Mengapakah saya menikmati harta benda yang banyak, sedangkan kaum muslimin dalam kemiskinanan” Kerna keperihatinannya kepada Islam dan kaum muslimin semua hartanya di infak fisabilillah sehingga Rasulullah bertanyakepadanya “ Apakah yang kau tinggalkan

untuk keluargamu hai Abu Bakar?”. Jawab Abu Bakar “Untuk mereka yang saya tinggalkan Allah dan Rasul kepada mereka”.

Sejurus sebelum meninggal Saidina Abu Bakar berpesan kepada anaknya Aisyah r.anha supaya menyerahkan harta peninggalannya kepada kaum muslimin. Rupanya harta
peninggalanya itu tidak lebih daripada seekor unta untuk membawa air,alat pemerah susu dan baju luar untuk menyambut tetamu. Apabila harta itu diserahkan kepada Saidina Umar, Amirul mukminin terus melilih ayer mata nya seraya berkata “ Semuga Allah menyayangi Abu Bakar…… Sesungguhnya dia memayahkan orang yang datang selepasnya”.

Saidina Abu Bakar selalu mengamalkan doa yang menjadi amalan rasulullah saw “Wahai yang membalikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamamu” Khutbah saidina Abu Bakar ketika dilantik menjadi Khalifah “Wahai manusia….sesungguhnya saya dilantik sebagai pemimpin kamu tetapi saya bukanlah orang yang terbaik dinatara kamu…… Jika saya berbuat baik maka sokonglah saya. Sebaliknya jika saya berbuat perkara yang tidak baik maka perbetulkanlah saya. Ketahuilah orang yang lemah di kalanganmu adalah kuat disisiku sehingga saya mengembalikan haknya baginya. Ketahuilah orang yang kuat di kalanganmu adalah lemah di sisiku sehingga saya mengambil hak dari orang itu. Ta’atlah kepadaku selama saya ta’at kepada Allah dan rasul. Apabila saya durhaka, maka tidak ada ketaatan kepadaku”

Keperihatinan
Saidina Umar r.a

Ketika Pemerintahan Saidina Umar r.a. pernah umatnya menghadapi kemarau yang panjang. S. Umar r.a. amat perihatin dan empati nasib yang menimpa rakyatnya sehingga mukanya pucat masai kerana hanya makan buah Zaitun sahaja. Melihat kesihatan S. Umar r.a. terganggu lalu para sahabatnya mencadangkan kepada beliau supaya mengambil harta dari Baitul Mal untuk keperluannya tetapi dia enggan malah S. Umar menegaskan ”Bagaimana aku dapat memerhatikan kepentingan rakyat apabila aku tidak merasakan derita yang mereka rasakan”. Malah S. Umar r.a. menyamar seperti rakyat biasa-turun padang- untuk melihat sendiri kehidupan rakyatnya.

Pesan Saidina Ali r.a.
kepada Gabnornya

Saidina Ali bin Abi Thalib sewaktu melantik Malik bin Al-Haris Al-Ashtar sebagai Gabenor Mesir berpesan kepadanya dengan katanya “ Awas! Takutilah Allah, apabila kamu berdepan dengan masalah fakir miskin yang tiada pembela, yang hidup terbiar, miskin dan tidak berdaya-orang orang yang menjadi mangsa perubahan peristiwa. Antara mereka, ada beberapa orang yang tidak menyesal untung nasib mereka dalam kehidupan ini walaupun mereka hidup susah, mereka tidak pergi meminta sedekah. Atas nama Allah, lindungilah hak mereka kerana kamulah yang bertanggungjawab

menyelamatkan. Untuk meringankan beban hidup mereka, berilah bahagian mereka
yang ada di baitulMal, tanpa mengira di mana sahaja mereka berada samada dekat maupun jauh. Hendaklah kamu berlaku ‘adil kepada hak mereka. Janganlah kamu lalai sehingga kamu lupa akan tanggungjawab kamu terhadap mereka, kerana Allah tidak akan menerima sebarang alasan atas pengabaian kamu terhadap hak mereka. Janganlah kamu menganggap kesejahteraan mereka kurang penting daripada kesejahteraan kamu dan janganlah kamu melupakan mereka apabila kamu membuat sebarang ketetapan yang penting dan pulaukan orang yang memandang rendah pada fakir miskin dan orang yang tidak menceritakan perihal kehidupan fakir kepada kamu.

Pilihlah di kalangan pegawai pegawai kamu ,orang yang benar benar ta’at dan bertaqwa kepada Allah supaya mereka dapat memberitahu kamu keadaan hidup fakir yang sebenarnya. Hendaklah kamu menyediakan bantuan untuk orang orang fakir dan miskin agar kamu tidak perlu berdolak dalik di depan Allah di akhirat kelak kerana fakir miskinlah yang paling memerlukan belas ihsan kamu. Usahakanlah untuk mendapatkan ganjaran daripada Allah dengan memberikan hak tiap tiap orang yang empunya diri dan anggaplah tugas menyempurnakan keperluan orang orang tua yang tidak mempunyai mata pencarian tetapi tidak rela meminta sedekah sebagai satu amanat dan tugas yang mulia. Dan kewajipan inilah yang biasanya sukar disempurnakan oleh para pemerintah. Tetapi dalm sesebuah masyarakat yang berpandangan jauh, tugas ini dilaksanakan dengan penuh kerelaan. Hanya bangsa atau kelompok masyarakat sepeti ini sahaja yang benar benar taat akan perintah Allah dalam melaksanakan kewajipan mereka terhadap fakir miskin.
Shah Alam
8.56 pagi

Saya dan keluarga mengucapkan takziah kepada YAB Pehin Sri Datuk Hj Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri Sarawak dan keluarga di atas kembalinya Almarhumah Puan Sri Hajah Laila Taib menemui Allah s.w.t. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh almarhumah dan ditempatkannya ke dalam syurga Jannatun na’im. Amiin Ya Rabbal ‘alamin.

Bergambar kenangan bersama Prof Dr Hj Uthman Muhammady ketika bersilaturrahim kerumah 2004

Bergambar kenangan bersama Prof Dr Hj Uthman Muhammady ketika bersilaturrahim kerumah 2004

Kehebatan seorang lelaki seperti yang anda ceritakan dalam email anda itu, yang boleh mengetahui apa yang telah terjadi, sekarang dan pada masa akan datang dan dalam masa yang sama suka membuat kebajikan dengan membantu orang yang susah dengan menghulurkan wang, suka bersilaturrahim, berpengetahuan dalam bidang agama dan ilmu homeopathy, juga telah mencipta ubat penyembuh penyakit kanser dengan menggunakan ginseng dan macam-macam lagi memang mengkagumkan bukan sahaja anda malah orang lain juga turut mengkaguminya termasuk saya tetapi dalam masa yang sama pula menimbulkan tanda-tanya pula pada anda bagaimana dia boleh mengetahui perkara-perkara yang telah, sedang dan yang akan berlaku. Apakah dia menggunakan ilmu hitam? Itu pertanyaan anda.

Mengetahui perkara yang akan berlaku termasuk perkara ghaib hanya Allah swt, para Rasul dan Nabi sebagai mukjizat sahaja yang mengetauinya dan firasat/kassyaf bagi Wali-wali Allah dan orang yang beriman sahaja yang boleh mengetahuinya. Dalilnya:

1. Firman Allah yang mafhumnya, “Katakanlah: “Aku tidak mengetahui, apakah azab yang diancamkan kepadamu itu dekat atau kah Tuhanku menjadikan bagi (kedatangan) azab itu masa yang panjang? (Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu.” (S:al-Jin:25-26).

2. Firman Allah, “Katakanlah: “Wahai Allah, Pencipta langit dan bumi, Yang Mengetahui barang ghaib dan yang nyata, Engkaulah Yang memutuskan antara hamba-hamba Mu tentang apa yang selalu mereka memperselisihkannya.” (S:az-Zumar:39:46).

3. Firman Allah yang mafhumnya, “Katakanlah wahai Muhqammad : Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.” (S: al-Akraf:7:188)

4. Khidir /Nabi Khidir mengetahui perkara yang akan terjadi. Firman Allah, “Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba (khidir) Kami, yang telah kami berikan kepadanya rahmat dari sisi kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami”(S:al-Kahfi:18:65). Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah ilmu tentang perkara yang akan berlaku /ghaib;

(a) dia mengetahui kapal yang mereka naiki itu akan dirampas oleh seorang Raja yang zalim jika perahu yang baik. Untuk mengilak ianya dirampas, ia dibocorkan supaya kelihatan rosak atau buruk. Dengan yang demikian perahu dan mereka akan terselamat dari dirompakan.

(b) Khidir membunuh seorang kanak-kanak kerana dia tahu anak tersebut pada suatu masa nanti akan memalukan kedua ibubapanya yang salih dengan mendurhakai mereka berdua. Sebelum kedurhakaan dan kekufurannya menyusahkan orang tuanya, maka Khidir bertindak membunuhnya.

(c) Khidir mendirikan dinding rumah yang runtuh, pusaka dari seorang ayah yang telah meninggal dunia yang meninggalkan dua orang anak yatim. Di bawah rumah tersebut, Khidir mengetahui ada harta terpendam kepunyaan keduanya. Harta tersebut terdiri dari emas dan perak. Supaya harta tersebut terlindung oleh bangunan rumah tersebut, Khidir pun membetulkan rumah tersebut untuk melindungi harta tersebut yang terpendam di bawah rumah tersebut supaya ianya tersembunyi dan terselindung dari pandanagan orang lain dan selamat dari pemilikan mereka. Apabila anak-naka yatim sudah dewasa nanti mereka akan memanfa’atkan harta tersebut.

5. Cerita tentang Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a. ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat beliau nampak pasukan tentera Islam hendak di serang oleh tentera musuh, lalu Khalifah Umar ibnul Khattab RA dari atas mimbar menyeru tentera Islam itu supaya naik ke atas bukit supaya terselamat dari serangan musuh. Seruan Umar ibn Khattab r.a. dapat didengar oleh tentera Islam. Lantaran itu dengan izin Allah tentera Islam terselamat dari serangan musuh.

6. Sayyidina Uthman bin Affan r.a telah berkata kepada salah seorang yang datang menemuinya telah melakukan zina. Beliau mengetahuinya melalui matanya. Ada di antara yang hadir bertanya, “Adakah wahyu turun selepas Rasulullah s.a.w. wahai amirulmuminin?” Soalan ini dijawab oleh beliau dengan katanya, “Tidak, malah ia adalah firasat orang mukmin.”

Dari keterangan yang serba rinkas seperti yang tersebut di atas dapat disimpulkan bahawa selain daripada mereka yang tersebut di atas tidak akan dapat mengetahui sama ada perkara yang telah berlaku, kini, sekarang dan yang akan datang. Kalau demikian bagaimana lelaki tersebut boleh mengetahuinya? Kecualilah kalau dia seorang yang beriman dalam erti kata yang sebenarnya atau dia seorang wali Allah. Ciri-ciri Wali Allah hendaklah dia seorang yang beriman, beramal salih, meninggal perkara yang haram,perkara yang makruh,tidak takabbur dan riyak(tidak bercerita tentang kehebatan luar biasanya), tidak ada kepentingan dunia; kedudukan, pangkat, harta benda dan sebagainya. Seorang wali sebenarnya tidak tahu dirinya seorang wali. Dia tidak menunjuk-nunjuk kehebatan luar biasanya. Kalau lelaki tersebut bukan terdiri daripada mereka yang disebut di atas sudah pasti lelaki tersebut menggunakan khidmat Jin/makhluk halus. Apakah Jin boleh mengetahui perkara yang telah, sedang dan akan berlaku? Dan apakah manusia dapat menggunakan/memperalatkan/menjadikan Jin sebagai orang suruhannya untuk memenuhi permintaannya ? Sebelum pertanyaan tersebut dijawab elok diketahui asal perkataan Jin dan unsur-unsur kejadian nya.

Makna Jin dari segi bahasa.

Dalam al-Mukjam al-Mufahras/kamus quran, tidak kurang daripada 22 perkataan Jin, 7 Jan dan 10 jinnah Ia berasal dari kata kerja Janna yang bererti menutup. Sebagai contoh firman Allah yang bermaksud, “Ketika malam telah menutupinya/menjadi gelap………..”. Surah al-Anam 6;76. Dalam Kamus Dewan Bahasa Jin bererti sejenis makhluk halus. Perkataan majnun, jannah, janin, jannan, junnah dan seumpamnya juga berasal dari kata kerja Janna. Orang gila dikatakan Majnun kerana akalnya tertutup. Syurga dinamai Jannah kerana keindahan dan kecantikannya tertutup dan tersembunyi dari penglihatan dan tidak dapat dikhayalkan rupa bentuknya oleh manusia. Firman Allah, “Di sana ada hal-hal yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak juga terdengar oleh telinga dan tidak pula terlintas dalam benak hati manusia.” Bayi yang masih dalam perut dinamakan Janin kerana ia tertutup oleh perut ibunya. Perisai dinamakan Al-Junnah kerana ia menutupi seseorang dari gangguan orang lain. Orang munafiq menjadikan sumpah mereka sebagai Junnah/perisai sebagai penutup/menyembunyi kesalahan agar mereka tidak dibunuh atau ditawan atau dirampas harta mereka. Jadi jin dinamakan Jin kerana kejadiannya terlindung dan tersembunyi dari pandangan mata kasar manusia dalam bentuk asal kejadiannya sebagaimana firman Allah, “sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (S:ar-Rahman:7:27) Namun demikian ia boleh dilihat jika ia menyerupai bentuk makhluk yang dapat dilihat oleh manusia seperti peristiwa yang berlaku ke atas Abu Hurairah r.a. di mana dalam peristiwa tersebut Abu Hurairah r.a. telah didatangi oleh Jin yang menjelma sebagai manusia sebanyak tiga kali kerana hendak mencuri zakat buah kurma yang diamanahkan oleh Rasulullah s.aw. kepada Abu Hurairah r.a. untuk menyimpannya. Abu Hurairah r.a. menyangka pencuri tersebut manusia biasa Setelah diberitahu oleh Rasululllah s.a.w. barulah Abu Hurairah tahu pencuri tersebut rupa-rupanya Jin. Bagitu juga jin Syaitan yang berlagak sebagai orang kenamaan dari negeri Najd telah berjaya menyeludup masuk dalam mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar-pembesar Kota Mekah yang sedang membincang tindakan yang patut diambil ke atas Rasulullah s.a.w. Jin tersebut mencadangkan supaya Rasulullah s.a.w. dibunuh. Cadangan tersebut diterima dengan sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Demikian juga Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu para sahabat ketika baginda sedang solat, jin yang menyerupai manusia telah menganggu solat baginda dan cuba membatalkannya. Akhirnya Jin tersebut berjaya ditangkap oleh baginda dan terus diusir oleh baginda. Penjelmaan jin sebagai seekor ular yang ditemui oleh seorang pemuda yang sedang melingkar di atas tempat tidurnya, lalu menikamnya dengan anak panahnya sehingga menembusi perutnya, kemudian dia pun keluar dari bilik tidur lalu memacak panah itu di tengah rumah, tiba-tiba rumah itu bergoncang dengan kuatnya. Tidaklah diketahui siapa yang mati dahulu pemuda itukah atau si ular? Kisah diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Sila rujuk akidatul mukmin.

Apakah manusia dapat tahu sejarah latar belakang seseorang itu?

Jawapannya dapat asalkan berminat dalam sejarah dan ingatan masih kuat samada sejarah yang berkaitan dengan para ambiak, sejarah sebuah Negara atau pemimpin-pemimpin dunia dan sebagainya. Apatah lagi kalau sejarah tersebut dibukukan dan direkodkan lagi mudah mengetahuinya. Contoh yang paling mudah seorang penjenayah atau seorang yang menggugat keselamatan Negara, kegiatan kehidupan harian mereka sentiasa dipantau,kemudian direkodkan. Semua rekod mereka dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara semuanya ada dalam rekod simpanan pejabat cawangan jenayah atau pejabat cawangan khas. Kalau diperlukan bila-bila masa sahaja latar belakang dan sejarah mereka dapat diketahui secara terperinci. Begitu juga bagi mereka yang terlibat dalam amalan ilmu hitam. Kalau diri memang menjadi salah seorang target atau sasaran yang akan menjadi mangsanya kerana tujuan-tujuannya yang tertentu ada dua cara untuk pengamalnya mengetahui latar belakang hidup diri dalam usaha mereka untuk menimbulkan keyakinan dan kepercayaan diri tentang kebolehan luar biasanya sehingga diri terperangkap dalam jaringannya lalu mengakuinya sebagai seorang wali padahal kemampuan seperti ini juga dimiliki oleh penganut-penganut agama lain.

Cara yang pertama memang dia mengenali diri tetapi diri tidak mengenalinya sangat atau melalui keluarga diri sendiri (yang percaya dengan amalan bomoh dan lurus bendol) yang sudah tentu mengenali kehidupan diri atau menyuruh orang lain (kuncu-kuncunya/kakitangannya) untuk mengumpul sebanyak mungkin rahsia dan latar belakang diri kalau diri memang menjadi target sasarannya. Apabila dia mendatangi diri dan berbual dengan diri atau melalui jurubicaranya/orang suruhannya, dia akan menceritakan latar belakang hidup diri. Cara inilah yang biasanya dilakukan oleh sindiket-sindiket yang berkenaan. Cara yang kedua ialah dengan menggunakan /memperalatkan jin. Apakah hal ini boleh terjadi? Berbagai-bagai pendapat ulama dalam hal ini. Ada yang berpendapat hanya Nabi Sulaiman sahaja yang dapat memperalatkan jin. Rujuk S;Shad:38:37-38 S:al-Ambia:21:82 S:Sabak:34:13 S:an-Namal:27:38.

Ibn Taimiyah pula berpendapat manusia mampu menggunakan/memerintahkan jin samada ada dalam perkara yang diperintahkan oleh Allah atau dalam perkara yang yang dilarang oleh Allah. Menurut Syekh Muhammad Mutawalli Asy-Sya’rawi pula jin yang boleh ditunduk/diperalatkan manusia ialah jin yang jahat yang pastinya akan mendatangkan akibat yang buruk kepada pengamal/manusia itu sendiri, sebagaimaqna ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya yang bermaksud “Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.(S:al-Jin:72:6)

Menurut Dr.M. Quraish Shihab, manusia yang memperalatkan jin yang jahat pastilah manusia durhaka pula, bahkan tanpa sedar bukan dia yang memperalat jin, tetapi justeru jinlah yang memperalatnya. Bukankah salah satu sifat jin yang jahat itu/syaitan adalah memperindah dan menghiasi amal buruk manusia(:S:6:43). Dari segi realitinya, peramal-peramal yang mendakwa tahu latar belakang seseorang kadangkala bukanlah terdiri orang yang bertakwa. Bahkan ada di antara mereka orang yang fasik, terlibat dalam pembohongan, penipuan, meninggalkan solat dan seumpamanya.

Apakah jin dapat mengetahui perkara yang telah, sedang dan yang akan berlaku?

Melihat kepada unsur asal kejadian jin yang telah diciptakan daripada api Nar Samum. iaitu panas yang amat sangat lahir dari suatu tenaga panas yang amat tinggi darjahnya berkuasa menembusi segala lubang-lubang yang paling halus seperti firman Allah dalam surah al-Hijr:15:27: yang bermaksud” Dan kami telah menciptakan Jin sebelum (Adam) dari Nar Samum” dan dalam surah al-Rahmaan:55:15 Allah menjelaskan pula jin dicipta dari Marij” dan api yang sangat menyala. “Marij” ialah lidah api berwarna biru dari bahan yang menyala mempunyai kadar suhu panas yang amat tinggi. Juga merupakan api yang tidak berasap. Dan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah saw turut menjelaskan unsur kejadian jin dari api yang berkobar. Sabda Rasul yang mafhumnya, “Malaikat diciptakan dari cahaya, Jin diciptakan dari api yang berkobar, sedangkan Adam (manusia) diciptakan sebagaimana apa yang telah dijelaskan kepada kamu.” makanya dengan kudrat dan iradat Allah dan dengan asal unsur kejadian mereka dari api, kata Syeikh Sheikh Abu Bakar al-Jazairi, Allah telah memberi keupayaan kepada para jin dan syaitan untuk naik ke langit tinggi sebagaimana juga para Malaikat dapat naik/turun dari langit ke bumi dan sebaliknya untuk mendengar percakapan para Malaikat, kemudian menyampaikannya pula kepada manusia yang terdiri dari tukang tilik dan yang lain-lainnya, yang sudah pasti percakapan para Malaikat itu sudah ditokok tambah seratus peratus sebagai rekaan dari mereka sendiri dengan tujuan untuk menimbulkan fitnah dan menyesatkan manusia. (Sila rujuk S;al-Jin:72:8) dan sila rujuk juga hadis hadis riwayat al-Bukhari. Setelah Rasulullah saw diutuskan menjadi Rasul jin tidak dapat naik ke langit lagi. Kemampuan mereka sudah terbatas, hanya dapat mencuri percakapan dari Malaikat dari jauh. Jika mereka cuba mendekati langit mereka akan ditembak oleh penjaga-penjaga yang kuat. Masing-masing mempunai panah dari api. Setiap kali jin jahat cuba mendekati dinding langit, tiap itu pula penjaga yang kuat itu bertindak memanahnya. Sila rujuk surah al-Jin:72:8-9)

Dengan kemampuan jin mengharungi angkasa atau kecepatannya bergerak, menurut Dr. M. Quraisy Shihab boleh jadi dia mengetahui sesuatu yang terjadi pada masa lalu dan masa kini, yang tidak diketahui manusia tertentu. Namun demikian jin tidak mengetahui perkara yang ghaib. Contohnya kematian Nabi Sulaiman di mana jin tidak mengetahui nabi Sulaiman telah wafat kecuali setelah anai-anai memakan tongkatnya, sehingga lapuk dan tidak dapat menahan badan Nabi Sulaiman sehingga akhirnya beliau jatuh ketika itu baharulah mereka sedar Nabi Sulaiman telah wafat. Kerana kebolehan luar biasa jin bergerak dengan cepat dan dan berpindah randah dengan mudah dari suatu sudut di bumi atau di langit, menurut kesimpulan yang dibuat oleh Abd. Razak Naufal, “merupakan faktor-faktor yang mendorong sesetengah golongan manusia cuba menggunakan jin dan mempergunakan mereka malah meminta perlindungan serta mematuhi mereka yang akhirnya mereka dirosakkan oleh jin” lebih-lebih lagi terkadang yang disampaikan oleh jin itu kadang kala sesuatu yang benar dan secara kebetulan. Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Aisyah r.anha bahawa sebahagian kaum muslimin bertanya kepada Rasulullah saw tentang peramal . Baginda menjawab “Mereka tidak ada apa-apa”. Mereka berkata “Wahai Rasulullah, terkadang mereka membicarakan sesuatu yang benar”. Maka Rasulullah saw menjawab” Itulah sebuah kalimat kebenaran yang dicuri oleh jin, lalu disampaikan kepada telinga walinya/peramal, lalu wali-wali/peramal-peramal itu mencampurinya dengan seratus kebohongan”.(H.R. Bukahri dan Muslim)

Peringatan

Berhati-hati dengan lelaki tersebut sekalipun dia ada pengetahuan agama. Sekadar pengetahuan agama sahaja tidak cukup dan tidak memadai sebagai ukuran orang itu boleh dipercayai seandainya dia tidak mengamalkannya. Saya juga turut meragui tentang kebenaran dakwaannya yang dia pernah berguru dengan ulama yang terkenal itu. Kalau memang betul dia berguru dengan ulama tersebut dan selalu membaca tafsir karangan beliau sudah pasti dia tidak terlibat dengan dakwaan tersebut kerana ulama tersebut tidak percaya dan tidak mengamalkan pengetahuan yang didakwanya itu. Begitu juga kandungan tafsir tersebut menyenggahi pendirian lelaki yang anda perkatakan itu. Berhati-hati, takut ada udang disebalik mee. Yang paling ditakuti kepercayaan kepada dakwaannya itu boleh menjejaskan kewangan dan membatalkan akidah. Minta dilindungi oleh Allah swt.

Hukum Peramal

Hukum peramal ada diterangkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud, “Sesiapa yang mendatangi “Urraf” (orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib) dan bertanya kepadanya serta membenarkan perkhabrannya, maka, tidak diterima sembahyangnya selama empat puluh hari” (H.R. Tirmizi). Sabda Rasulullah saw lagi “Sesiapa yang mendatangi tukang tenung atau “urraf” lalu membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya ia mengkufuri apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.”(H.R. Muslim) Wallahu’alam.

dacing2

Lebih 100 NGO-NGO Islam mengeluarkan kenyataan bersama membantah kenyataan Dato’ Seri Nazri Abdul Aziz dan keputusan kabinet dalam kes Mohd Ridhuan Abdullah lwn M. Indra Ghandi. Satu sidang akhbar telah diadakan di pejabat Persatuan Peguam Syar’ie Malaysia pagi tadi. Berikut adalah kenyataan media bersama mereka:
Isu ini bermula daripada sebuah konflik keluarga yang menyaksikan sebuah keluarga telah terpecah. Dalam situasi sebegitu, kami berpandangan bahawa kepentinga, hak dan kebajikan semua pihak iaitu anak-anak, ibu dan bapa perlu diambil-berat dan diutamakan. Kes seumpaman ini menjadi lebih kompleks kerana ia turut melibatkan elemen pertukran agama yang terkait dengan soal isu pertukaran agama, bidangkuasa berkaitan Islam dan Mahkamah Syariah.
Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambil-kira undang-undang yang sedia ada dan pendangan semua pihak yang berkenaan. Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak. Jika tidak, ada dibimbangi keputusan atau cadangan perubahan yang dikemukakan akan tetap gagal berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat. Sebagai contohnya, kami tidak bersetuju dengan keputusan kabinet yang menetapkan agama anak-anak adalah berdasarkan agama asal perkahwinan kerana ini akan menafikan hak pihak yang memeluk Islam.
Mengambilkira sensitiviti yang tinggi berkaitan dengan kes-kes seumpaman ini, kami menyeru semua pihak untuk menangani isu ini secara bersama dan saksama. Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan kami untuk turut terlibat dalam proses ini. Untuk keterangan lanjut sila layari blog http:/membelaislam.wordpress.com
Shah Alam
jam 3.59 pagi

Bergambar bersama-sama tukang urut.

Bergambar bersama-sama tukang urut.

Berselindong Disebalik …….

Dengan menaiki kenderaan saya dan isteri saya melalui beberapa buah bangunan mencari tempat yang ada menawar perkhimatan urut. Saya sebenarnya kurang berminat untuk berurut,lebih-lebih sekarang ini badan sudah semakin menguncup. Tersilap sentoh berkecai tulang dari badan. Makanya saya memilih urutan secara reflexsology di mana ururutannya tertumpu kepada kedua telapak kaki sahaja. Rupanya berdekatan dengan taman perumahan tempat saya tinggal tidak kurang daripada empat pusat reflexsology. Tempatnya begitu cantik,kemas tersusun atur. Setiba sahaja saya di pintu masuk salah sebuahh bangunan tersebut seorang gadis penyambut tetamu yang sedang duduk di depan kaunter, bangun berdiri, mengalalu-ngalukan kedatangan saya dan isteri dengan senyum simpolnya,kemudian menerangkan perkhimatan urutan reflexsolgy yang disediakan dengan kadar bayaran yang tertentu. Setelah persetujuan dibuat maka saya pun dipersilakan masuk ke dalam dewan mengurut. Alangkah terperanjatnya saya, saya fikir tukang urutnya lelaki, rupanya seorang gadis cina dari negeri cina yang tidak tahu berbahasa Malaysia dan juga tidak tahu berbahasa Inggeris.

Sedang dia menyediakan alat-alat untuk mengurut seperti bekas air, towel dan lain-lain lagi, saya pangggil pelayan kaunter dan bertanya kepadanya , apakah yang mengurut saya nanti si gadis tersebut? Jawabnya, Ya. Terserentak saya dengan jawapan tersebut lalu mengucap, Astaghfirullah! Saya minta gadis tersebut menyediakan tukang urut lelaki. Dia kata tak ada tukang urut lelaki. Kalau perlu juga dia boleh buat temu janji dengan tukang urut lelaki tersebut. Setelah membuat temu janji dengan tukang urut lelaki ini, maka tertunailah niat saya untuk diurut secara reflexology. Tiga hari saya berulang alek ke pusat tersebut. Nampaknya cara mengurutnya tidak memuaskan hati saya. Lalu saya bagitahu jiran saya apa yang berlaku ke atas diri saya,lalu dia mencadangkan ada suatu tempat yang agak baik kerana dia dan isterinya pernah berurut di tempat yang dicadangkannya itu. Dia pun telepon dan buat temujanji.

Masuk sahaja ke dalam bangunan tersebut,saya dan isteri semakin terpegun dengan indahnya ruang tamu seperti hotel bertaraf tiga bintang. Sejurus sahaja sampai saya terus dibawa masuk ke dalam bilek urut dan tukang urutnya lelaki. Tentunya hal ini telah dimaklomkan oleh sahabat saya ketika membuat temujanji. Saya kagum sekali lagi, begitu selisa kerusi tempat berurut. Lebih cantik dari pusat urut sebelom ini.Cara mengurutnya pun lebih baik dari tempat sebelom ini tapi bayarannya agak mahal, satu jam hamir RM80.00.

Saya beria-ia sangat nak berurut secara reflexsology ini atas galakan kedua-dua orang anak saya kerana mereka berdua dah kerap kali berurut secara reflexsology dan mereka mendapati ada kesan agaknya. Anak saya yang tua, sejurus baru sampai dari KL penghujong bulan Mac 09 dan mendapat tahu saya sudah mula berjinak-jinak dengan reflexsology, dia terus membawa saya ke tempat yang terkenal di bandar sekalipun jam telah menunjuk 11 malam. Seperti biasa tukang urut saya seorang lelaki. Setelah hampir 15 minit saya diurut, datanglah empat orang lelaki berbual-bual dengan penyambut tetamu di kaunter.Mereka tak kenal saya dan saya pun tak mengenali mereka. Dari perbualan mereka dalam bahasa inggeris saya dapat menggagak mereka bukan orang tempatan. Tempat saya berurut dengan kaunter

pelayan tamu berdekatan. Dari perbualan mereka saya faham mereka minta diurut secara pakej. Apa yang dimaksudkan dengan istilah pakej yang mereka gunakan itu,wallauaklam, saya tidak faham dan nampaknya mereka dah macam pelanggan tetap di situ. Tidak menampakkan kekekonkan mereka. Kemudian mereka masuk di bilek khas masing-masing dengan diiringi oleh gadis seramai empat orang sambil tersengih-senggih. Tempat saya berurut terdedah,bukan dalam bilek khas dan tertutup. Biasanya ada empat lima buah kerusi urut. Dan kebetulan waktu saya berurut ditempat sebelom ini dan yang sekarang ini pun saya seorang diri-tidak ada pelanggan lain. Alhamdulillah.

Minggu kedua bulan April 09 setelah saya berada di Shah Alam saya di ajak pula oleh anak saya yang tua pergi reflexsology di HARTAMAS,tempat anak saya tinggal. Isteri saya ikut sama tetapi tidak berurut,hanya duduk beristirehat di tempat duduk khas yang di sediakan. Di sini tempatnya santai,satu floor sahaja. Tukang urutnya ada uniformn khas.Tempatnya terdedah. Cara mengurut lebih baik dari tempat-tempat yang tersebut di atas. Bayarannya lebih mahal.

Ibrah

Setelah lima kali berurut secara reflexsology, Allah belum mengizinkan sakit saya sembuh di mana kedua-dua bahagian paha hingga kedua-dua bahagian betis saya masih rasa tegang/ otot terasa keras. Kesannya bila melangkah agak berat sedikit,jalanpun menjadi perlahan. Kencing manis,darah tinggi dan cholestrol semuanya terkawal. Begitu juga bahagian jantong. Yang kurang pada saya ialah senaman sekalipun ringan. Jika sekiranya di antara anda yang ada pengalaman atau tahu pengubatannya sila hubongi saya dengan email awangpon@hotmailcom.

Saya bercadang tidak mengunjongi lagi pusat reflexsology seumpama itu. Kalau nak pergi pun mungkin ke tukang urut reflexsology di kaki lima. Selain daripada bayarannya murah, tukang urutnya pastinya seorang lelaki seperti yang pernah kita tonton melalui kaca TV. Juga ia dilakukan di khalayak ramai dan sudah pasti ia tidak menimbulkan sebarang fitnah. Walau bagaimanapun saya mendapatinya ada ibrah dan hikmah daripada pengalaman tersebut di atas di mana sebelom ini Kerajaan telah mengambil tindakan tegas dengan menutup beberapa buah pusat seperti ini yang berselindong dengan nama pusat rawatan kesihatan dan seumpamanya lantaran menyalahgunakan permis dan permit kebenaran yang dikeluarkan untuk tujuan maksiat.

Saya sebelom berurut, sempat juga menjengok-jengok beberapa buah bilik-bilik lain-bilik khas untuk seorang pelanggan sahaja. Dari segi pandangan mata kasar selain daripada pakaian tukang urut perempuan yang memakai pakaian serba pendek, bilik tempat mengurutnya memang memudahkan berlakunya mukaddimah zina(bunga-bunga zina). Sesetengah bangunan tersebut ada yang menyediakan apartment dan hotel. Bisa sahaja, kata orang Indonesia urut mengurut lebih daripada reflesology boleh beraku disini.

Coba anda bayangkan bagaimana keadaan empat orang lelaki muslim yang saya ceritakan di atas tadi jika di urut oleh permpuan yang halal nikah dengannya ditempat yang tertutup dapat mengilak diri daripada perbuatan yang terkutuk itu kalau sudah orang

ketiga Syaitan mencelah duduk disamping mereka. Sudah pasti di mana Allah? Di mana maruah Islam di hadapan orang bukan muslim.Di mana kepercayaan yang diberikan oleh seorang isteri, sudah pasti semunya dilupakan. Makanya selain daripada berdakwah kepada mereka yang lalai,bukan sahaja kerana hal yang tersebut sahaja malah dalam hal-hal yang lain juga pihak kerajaan perlu konsisten;mempastikan persekitaran maksiat dan mungkarat dihapuskan, agar tidak menghambat dan menjejaskan usaha dakwah. Peranan amar makruf nahi mungkar hendaklah serentak dilaksankan.Bukan hanya makruf sahaja digalakkan,sedangkan pintu maksiat dibuka seluas-luasnya. Mana mungkin masalah denggi dapat dihapuskan dengan sekadar penyamburan asap anti denggi kalau punca merebaknya nyamuk denggi tidak bersihkan.

Jadi, anda jangan mudah terpedaya oleh keindahan yang bersifat luaran sahaja. Perlu berhati-hati. Banyak perkara yang berselindong di sebalik nama itu dan ini tetapi ada udang di sebalik mee. Cara mengesannya ialah dengan memantapkan sifat takwa kerana sifat takwa itu semacam radar yang boleh mengesan. Firman Allah yang mafhumnya” Hai orang yang beriman,jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberi kepadamu furqan/petunjuk yang dapat membedakan antara yang hak dan batil) S:al-Anfal:8:29). Insya Allah dengan izin Allah banyak lagi perkara yang berslindong disebalik itu dan ini akan menjadi bahan Dewan Syura akan datang.
Wallahu aklam.
Shah Alam 24.4.09
Jam:4.18 pagi