Pesan Sayyidina Ali R.A.
kepada Ashtar Gabenor Mesir
(Bahagian Pertama)
Pesan-pesan Sayydina Ali R.A.kepada gavenornya yang tersebut di atas yang saya catatkan di bawah ini, bukan sahaja sesuai kepada Malik Ashtar tetapi juga berguna untuk para pemimpin sekarang dan juga sdra yang bakal bergelar pemimpin atau sesiapa sahaja kerana ia sarat dan penuh dengan pedoman yang amat tinggi nilainya. Di antara pesan-pesan tersebut ialah:
· Manusia seluruhnya akan meneliti tingkah lakumu dengan mata yang terbuka dan akan membicarakan perilakumu sebagaiman engkau pernah memperkatakan perihal mereka sebelum ini.
· Ketahuilah hakikat bahawasanya orang-orang awam hanya akan memperakui mereka yang melakukan kebaikan. Makasesungguhnya khazah yang terkaya yang harus engkau pupuk ialah amal salih.
· Tundukkanlah nafsu buasmu dan pagarilag dirimu dari apa yang telah diharamkan oleh Tuhanmu kerana dengan secara demikian sahajalah engkau dapat membedakan kepada mereka antara yang hak dan yang bathil
· Pupuklah di dalam hatimu sifat cintakan rakyat jelatamu dan biatkan ianya menular kepada mereka. Jangan sama sekali engkau berlaku biadap kepada mereka, dan janganlah engkau ambil sedikitpun apa-apa yang menjadi hak mereka.
· Ingatlah rakyat jelatamu itu adalah antara dua jenis sahaja: sama ada mereka itu saudaramu dalam agama, atau mereka itu manusia sepertimu jua. Mereka boleh melakukan kesilapan, malah setengah dari mereka sentiasa melakunkannya. Akan tetapi maafilah mereka sebagaimana engkau sukakan Tuhan mema’afkanmu.
· Engkau dipertanggungjawabkan ke atas mereka, sebagaimana aku dipertanggungjawabkan ke atas kamu. Dan di atas aku ada Allah, Tuhan yang mempertanggungjawabkan kita smua ke atas rakyat jelata seluruhnya. Dan kiya akan disoal tentang apa yang kita lakukan ke atas mereka.
· Jangan samasekali engkau memusuhi Tuhanmu, kerana engkau tidak mempunyai sedikitpun kekuatan untuk berlindung dari kemurkaan-Nya dan engkau tidak berupaya untuk membiarkan dirimu keluar dari naungan Kasih Sayang dan Keampunan-Nya.
· Janganlah engkau merasa kesal sekiranya engkau memaafkan sesiapa dan jangan pula engkau merasa bangga menghukum sesiapa. Dan janganlah engkau engkau menaikkan marahmu kerana ianya tidak akan menguntungkan sesiapa.
· Janganlah engkau dengan bongkaknya berkata: “Akulah ketua dan pemimpin kamu semua, maka tunduklah kepada setiap arahanku”, kerana ini akan mengotorkan hatimu,melemahkan pegangan agamamu dan memporak-perandakan Negara. Sekiranya kamu merasa megah dengan kedudukanmu dan merasa sombong dan bongkak dengan kekuasaanmu, maka renungilah akan kedudukan dan kekuasaan Kerajaan Ilahi yang menguasai seluruh alam semesta. Ini akan mengembalikan kewarasan kepada fikiranmu dan akan memberikan ketengan dan kelembutan kepada watakmu.
· Berjaga-jagalah! Jangan samasekali engkau menandingi kekuasaan dan kehebtan Tuhanmu; kerana Allah sentiasa menjatuhkan pendurhaka Tuhan dan penindas manusia.
· Biarlah jelas pada mu hak hak Allah dan hak-hak manusia, dan ajaklah kerabat handaimu untuk menghormatnya. Sekiranya engkau gagal untuk berbuat demikian, maka engkau akan menzalimi dirimu dan manusia seluruhnya yang menjadikan dirinya sendiri musuh Allah. Dia akan dianggap berperang dengan Allah sehinggalah dia memohon keampunan.
· Tidak ada satu perakarapun yang akan lebih mempercepatkan kemurkaan Allah dari kezaliman dan penindasan. Allah akan sentiasa mendengar rayuan hamba-Nya yang ditimpa kezaliman. Tiada jaminan yang lebih kukuh dari jaminan Allah untuk membela hamba yang tertyindas.
Bahan :
“Pesanan Untuk Para Pemimpin, Risalah Sayyydina Ali R.A kepada A-Malik Ashtar Gabenor Mesir”, Terjemahan dari Bahasa Ingeris ke Bahasa Malaysia oleh Wan Izuddin dan di terbit oleh Pusat pembangunan Inasan K.L.
Leave a comment